BERITA HARIAN 10 NOV 2000. POLIS MEMAKLUMKAN JANGAN ADAKAN PERHIMPUNAN HARAM

Ketua Polis Selangor memberi amaran tegas bahawa sebarang perhimpunan yang tidak mendapat permit polis akan di halang dan penganjur boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Selangor tersebut, Datuk Nik Ismail Nik Yusof bahawa terdapat satu rancangan untuk berhimpun oleh pihak-pihak tertentu bagi membantah pengadaian Putra Jaya. Nampaknya Ketua Polis Selangor tersilap pula, Perhimpunan itu adalah perhimpunan membelanja duit rakyat bagi mengenalkan MB Selangor kepada rakyat Selangor di Ampang Jaya. Maklumat Polis nampaknya tidak tepat. Sungguhpun begitu perhimpunan itu di teruskan dengan Polis mengawal traffik. Tidak pula MPAJ meruntuhkan "stage" seperti yang dilakukan oleh MPSA di Kg Kebun 4 Nov 2000 yang lalu.

Usah berdalih Polis, martabat mereka tercalar dan pemulihan kredibiliti mereka hanya akan berlaku sekira sikap Polis berubah dari terus membodek regim Mahathir.

 

Komentar