UNTUK MU MALAYSIA

Komentar 5/4/2000

 

Hanya 9 hari lagi kita akan sampai kepada apa yang kita sifatkan sebagai hari hitam dalam sejarah kehakiman negara kita ini. Sambutan THE BLACK 14 adalah bagi mengingati kezaliman Dr Mahathir keatas Sdr Anwar Ibrahim yang mana kezaliman ini telah melibatkan secara terbuka manipulasi perundangan negara sehinggakan kedaulatan undang~undang kini tercemar dan tercalar. THE BLACK 14 diadakan kerana kita percaya dan kita yakin bahawa apa yang jelas ialah penggunaan sistem perundangan untuk menghancurkan nilai maruah sesaorang yang disifatkan sebagai ancaman kepada kuasa mutlak yang ada pada dirinya. Sanggupkah kita rakyat Malaysia melihat kezaliman dan ketidakadilan. Sanggupkah kita melihat keanggkuhan mereka dengan melakukkan sesuka hati mereka tanpa rasa malu kerana mereka tahu kita tidak akan terdaya melawan mereka. KITA TIDAK MAMPU BERBUAT APA. RAKYAT TIDAK MAMPU MEMBUAT APA. RAKYAT TIDAK MAMPU MELAWAN BEBERAPA KERAT MEREKA YANG HANYA ADA KUASA YANG DIBERI OLEH RAKYAT, KUASA YANG DIPEROLEHI SECARA TIDAK BERETIKA. BENARKAH KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAMPU MEMBUAT PERUBAHAN. APAKAH KITA TERLALU MUDAH DIBELI SEHINGGAKAN MARUAH DIRI KITA DIPUNYAI MEREKA.

Untuk mu Malaysia,

Kita perlu hadir, kita perlu tunjukkan komitment kita untuk memperjuangan hak kita, memperjuangkan keadilan dan membela mereka yang dizalimi. Kita perlu tunjukkan bahawa kita rakyat, kita punya kekuatan dan kita tidak boleh sekali-kali dibeli diikat suara dan dibutakan mata dalam melihat kepincangan perlakuan mereka. Negara kita ini milik bersama dan bukan milik mereka yang hanya tahu merompak hak kita demi kekayaan diri sendiri.

 

HADIR PADA AGENDA THE BLACK 14

 

Komentar