HADIAH UMNO@BN KEPADA RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA
 
        HARGA MINYAK NAIK, HARGA BARANG PUN NAIK.
 
Dengan kenaikan harga minyak 10 sen seliter ….. kerajaan dapat mengurangkan kos
subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM 4 billion setahun. Secara rambangnya 10
sen apalah yang boleh dibeli kini…..??? gula-gula pun 20 sen 3 biji……??? Inilah
yang dikatakan oleh penganut patung berhala UMNO@BN ….kita wajib membantu
kerajaan BN….jangan dok asyik mendapat subsidi sehaja ….. biarlah kita berkorban
10 sen ….. kalau diceramah BA…..dia orang bagi derma RM 10.00 tak sebuk pun….ni
pulak derma balik kat kerajaan 10 sen sehaja.
 
Begitu mudah penganut patung berhala UMNO@BN menyokong tindakkan
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya menaikan harga minyak……. Kita tengok bab
harga minyak ini dulu.
 
1.      Kerajaan akan untung RM 4 billion setahun dengan kenaikkan harga minyak
sebanyak 10 sen seliter.
 
2.      Rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa berbelanja lebih 10 sen setiap liter
minyak dan jumlah yang dibelanjakan RM 4 billion setahun.
 
3.      Kerajaan akan mendapat cukai jualan dari nilai RM 4 billion ini…lebih kurang
RM 1.5 billion setahun.
 
4.      Kita jumlahkan keuntungan kerajaan RM 4 billion dicampur cukai kerajaan
kepada penguna RM 1.5 billion…jadi kerajaan akan pendapatan lebihan RM 5.5
billlion setahun dalam soal minyak ini sehaja.
 
Kita tinggalkan soal minyak yang kerajaan dapat untung sebanyak RM 5.5 billion
dan rakyat terpaksa berbelanja RM 4 billion.
 
Kita melihat implikasi kenaikan harga minyak ini……harga barang keperluan harian
mendadak naik dari 10% hingga ke 15%…..kerajaan BN jawap apa….??? Kenaikan ini
sementara sehaja….??? Dalam kes kenaikan harga barang harian dan makanan ini ……
rakyat terpaksa berbelanja lebih dari biasa dengan nilai lebih kurang RM 3
billion setahun….dan kerajaan mendapat cukai jualan lebih kurang RM 1
billion…..???
 
Kita kembali semula pada soal harga minyak dan barang keperluan harian.
 
1.      Rakyat dan bangsa Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari biasa lebih kurang
RM 7 billion setahun dalam soal minyak kenderaan dan keperluan harian.
 
2.      Kerajaan BN akan mendapat cukai jualan dari kenaikan harga minyak serta
kenaikan harga barang keperluan harian dan makanan lebih kurang RM 2.5 billion.
 
3.      Kerajaan BN akan mendapat laba dari penarikan subsidi berjumlah RM 4 billion
dan cukai jualan berjumlah RM 2.5 billion……..dengan jumlah besarnya RM 6.5
billion.
 
Apakah rakyat dan bangsa Malaysia sedar kemana laba RM 6.5 billion itu akan
dibawa dan digunakan…..??? dan dalam waktu yang sama rakyat dan bangsa Malaysia
terpaksa berbelanja lebih RM 7 billion setahun kerana 2 perkara ini……cuba
bayangkan RM 7 billion ini disimpan oleh rakyat dalam mana-mana skim tabungan……
RM 7 billion X 10% bonus serta dividen = RM 700 juta ia menjadi hak rakyat dan
bangsa Malaysia…… kini wang RM 7 billion terpaksa diserahkan kepada juak-juak
serta kroni UMNO@BN dalam menampung tempolok mereka…….dan laba RM 6.5 billion
ini pula digunakan untuk memuaskan nafsu serakah mereka……kini rakyat dan bangsa
Malaysia secara terang-terangan telah ditipu dan diperbodohkan oleh
Mahathir@Mahafiraun berserta UMNO@BN sebanyak RM 12 billion….dengan jumlah
rakyat 22 juta wang RM 12 billion ini boleh membangunkan negara serta rakyatnya
dengan selesa selama 1 tahun….??? Tapi wang RM 12 billion dengan senang dirompak
dan difaraitkan oleh Mahathir@Mahafiraun serta Daim@Haman dan juak-juak mereka.
 
Inilah dikatakan hadiah kepada pengundi UMNO@BN serta kebodohan rakyat kerana
memilih kerajaan BN untuk memerintah negara…..??? apakah dengan pengecualian
cukai pendapatan tahun 2000 serta bonus dan kenaikan gaji untuk kakitangan
kerajaan pada belanjawan 1999-2000 yang lalu….secara muadah dan ringkas
Mahathir@Mahafiraun memperbodohkan rakyat dan bangsa Malaysia…..??? sedangkan
kita semua mengalami kerugian lebih RM 12 billion……dengan bermodalkan RM 2
billion ……. Mahathir@Mahafiraun serta Daim@Haman dengan senang mendapat
keuntungan dan laba lebih kurang RM 10 billion…..yakni kenaikan 500% dari modal
pokok mereka….??
 
Apakah kita masih mengatakan hadiah kerajaan BN dan kerajaan BN yang mesra
rakyat…..?? Apa yang kita lihat segala kemewahan dan kesenangan menjadi milik
mereka……tapi segala kesempitan dan kesusahan akan menjadi hak milik rakyat dan
bangsa Malaysia.
 
Dalam tempoh tak sampai 12 bulan sejak pemilu ke 10 yang lalu….. kerajaan BN
dengan dokongan UMNO@BN secara terus-terusan mendera rakyat … kerana marahkan
pengundi Melayu kerana tidak mengundi BN ….. bak pepatah Melayu " marahkan
nyamuk kelambu dibakar " …. Dengan memusuhi orang Melayu dan bangsa
Malaysia…kerajaan UMNO@BN makin hari makin rapuh serta dengan melabel kan SUQUI
sebagai pelampau komunis….kin kaum CINA talah mula sedar mereka sebenarnya telah
dipergunakan oleh UMNO@BN untuk mengekakal kuasa pemerintahan….tapi dalam waktu
yang sama UMNO@BN terus meminggirkan serta mendera kaum CINA.
 
Kini rakyat dan bangsa Malaysia wajib sedar akan kepincangan UMNO@BN dibawah
pimpinan Mahathir@Mahafiraun ……yang terpaksa menjilat ludahnya di Britain….???
Apa yang nak diharap oleh 22 juta rakyat Malaysia kepada kumpulan mahluk
pemusnah ini ……. Mereka tidak pernah ada rasa belas kasihan atau simpati kepada
22 juta rakyat Malaysia ini……kini masanya telah tiba….??
 
1.      Kepada pengundi BN pada pemilu ke 10 yang lalu….. kini tentu anda telah sedar
yang anda semua telah ditipu oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.
 
2.      Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bangkit dan istihar keluar
parti beramai-ramai dari UMNO@BN , MCA@BN, MIC@BN, GERAKAN@BN , PESAKA@BN, dan
serta sertai BARISAN ALTERNATIF.
 
3.      Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bangkit bersama-sama BARISAN
ALTERNATIF menuntut Mahathir@Mahafiraun meletakkan jawatan serta memohon Yang Di
Pertuan Agung membubarkan Parlimen Malaysia agar dapat diadakan pemilu ke 11
pada tahun ini juga……biarlah rakyat menentukan siapa pemerintah yang layak.
 
4.      Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 bersama-sama kami di BARISAN
ALTERNATIF melaksanakan pemilu ke 11 dengan jujur dan ikhlas ….. dan menafikan
hak SPR yang penipu itu menjadi penganjur pilihanraya di Malaysia.
 
5.      Kami menyeru semua pengundi BN pada pemilu ke 10 …… jangan merasa takut dan
gusar untuk bersama-sama BARISAN ALTERNATIF ….. percayalah  kepimpinan ULAMA'
dan PROFESSIONAL dalam BN mampu menjana kearah " Malaysia Yang Adil ".
 
 
Jangan ditunggu masa ke waktu senja ….. ??? jangan dibiar nasi menjadi
bubur…..??? jangan dibiar anak-cucu kita merempat di tanah air sendiri …..???
baru kita semua mahu bangkit …… kita boleh lihat tokoh diktator Yugoslvia dan
Rusia serta Filipina….mereka tersungkur…tapi nasi telah menjadi bubur….?? Begitu
juga Suharto….yang tersungkur dengan kuasa rakyat ….. tapi Indonesia kini
merangkak bak kanak-kanak untuk memulihkan negara mereka…..??? apakah anda semua
rela dengan kesusahan akibat angkara Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya.
 
Bangkitlah wahai anak bangsa ku !!!! Bangun sebagai pejuang bangsa dan rakyat
Malaysia ….. ??? REFORMASI TOTAL kearah Negara Yang Adil serta mempertahankan
hak Agama rasmi serta Perlembagaan Persekutuan Dan Rukun Negara.
 
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  "
- 12hb.okt.2000