"Habislah
Umno jika Terengganu dapat royalti"
-Sebahagian
petikan dari ucapan Perbahasan Belanjawan 2000 oleh Haji Mustafa Ali
(Pas-Dungun)
Mungkin dalam
senarai saya beberapa pemimpin pusat yang membuat keputusan, iaitu Perdana
Menteri, menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri ini pun bukan orang yang
membuat keputusan walaupun dia adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen bagi Jerebu, ini saya rasa pun bukan
orang yang membuat keputusan tetapi orang yang menggantikan tempat Ibrahim Ali
dulu.
Suatu
ketika dulu, saya sebut nama ini dan orang yang akan melaksanakan apa yang
diarahkan oleh Perdana Menteri untuk melakukannya sehingga tergamak dalam
[Menunjukkan keratan akhbar]. Kalau benarlah hari ini satu kenyataan yang
dibuat oleh beliau semalam, 'No more royalty payments deal with Terengganu
revoke'. Ini dalam Star, saya terpaksa - kerana ini yang lebih jelas, semua
surat khabar menyiarkan ini tetapi ini yang lebih jelas.
Ertinya,
tanpa ada perundingan sama sekali, tanpa memberitahu sama sekali, dia telah
meyatakan perjanjian itu dibatalkan. Dulu dia juga tidak mengiktirafkan ini
sebagai suatu 'perjanjian' dia menyebut hanya 'MoU' saja. Waktu itu disiarkan
dalam TV3, suatu interview dia menyebut 'MoU', hari ini dia menyebut
'perjanjian' dan perjanjian itu telah dibatalkan.
Saya
kena semak sama ada keputusan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri ini keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara menyeluruh kerana
perjanjian itu menyebut - saya ambil yang hujungnya saja, Perjanjian itu
"Therefor this letter shall bind both parties to the agreement effective
from the first day of January 1987 unless otherwise revoke by mutual
agreements". "Mutual agreements" ertinya mestilah persetujuan
kedua-dua belah pihak. Tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini telah
memilih suatu tindakan seperti itu.
Saya
kenal mereka ini kesemua, keempat-empatnya saya kenal secara peribadi dan saya
terkejut menyedari kerana mengenali mereka ini dulu bahawa mereka boleh seperti
ini sekarang.
Menyedari
dan mengenali mereka ini saya terkejut bahawa inilah inilah sikap yang diambil
oleh mereka yang bertanggungjawab ini. Malah seorang kenalan saya yang juga
seorang lawer, bila dia dengar suatu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri di TV bahawa dia sendiri tahu bahawa perjanjian ini adalah diantara
Petronas dengan kerajaan negeri.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri menyebut ini 'MoU' bukan 'perjanjian', dia menyebut
kepada saya. Saya pinjam apa yang disebut, "Saya terkejut apa disebut oleh
Menteri itu. Dia seorang lawyer tapi sampaikan kepada dia kalau saudara boleh -
he is not a lawer but a LIAR". Saya pinjam apa yang disebut kepada saya
waktu itu. Betapa kecewanya orang seperti ini melihat seseorang yang mempunyai
pendidikan sampai Ph.D tetapi 'is a disgrace' kepada Ph.D yang dipunyai itu
sendiri.
-