SEKRETARIAT OPS 2004
 
Email: ops2004@mailcity.com
 
29 Oktober 2000
 
 
BELANJAWAN 2001 - BUKTI KERAJAAN BN MENGANGGAP
ASKAR & POLIS KERJA MENGHABISKAN BERAS
 
 
PENDAHULUAN
 
1. Terlebih dahulu diucapkan ucapan paling sayang dan paling manis kepada
rakan-rakan Risik Tentera (MIO) & Special Branch di atas ketekunan anda
menjalankan tugas perisikan yang diamanahkan oleh "Kerajaan". Tidak dilupakan
salam peluk cium untuk rakan-rakan FRU di atas budi-baik anda membelasah
rakan-rakan 'civiliance' walaupun sebenarnya di hati sanubari anda, kami tahu
terasa 1,001 rasa bersalah yang amat sesal hingga membawa penyesalan hingga ke
mati. Anda berdosa dalam hal ini...,
 
2.Mahukah rakan-rakan MIO, SB dan FRU terus-terusan membenarkan diri anda
dijadikan alat pekakas meruntun nafsu serakah seekor mangkuk hayun bernama
MAHATHIR dengan kerjasama betina yang paling Warga ATM & PDRM benci selama ini
iaitu RAFIDAH AZIZ ?. Tidakkah anda sedar bahawa anda sebenarnya sudah tidak
berguna untuk BN/UMNO ?.
 
3. Ya, kalau benar anda masih berguna kepada BN/UMNO, sudah tentu mereka akan
membalas jasa anda dengan memberikan sedikit imbuhan berupa BONUS TAHUNAN kepada
anda. Sekarang dah 'confirm' pepatah yang diungkapkan oleh Saudara Anwar
Ibrahim: NEGARA KAYA-RAYA, RAKYAT PAPA-KEDANA. Bohongkah ini ?.
 
 
BELANJAWAN MENIPU TENTERA & POLIS
 
4. Saudara-Saudaraku Warga ATM & PDRM yang dikasihi, pembentangan Belanjawan
2001 yang telah dibentangkan oleh Daim Zainuddin (Qarun) semalam sebenarnya
adalah terlalu memualkan kita. Janganlah anda tertipu dengan laporan mengampu
yang disiarkan melalui TV3 ataupun RTM konon-kononnya adalah Belanjawan Mesra
Rakyat. Cuba-cubalah anda rujuk laporan CNN atau Channel News Asia pulak; pasti
anda akan rasa dikencing bulat-bulat.
 
5. Belanjawan Mesra Rakyat kepala hotak dia, kalau mesra rakyat sudah tentu
kerajaan akan memikirkan tentang kesusahan yang bakal ditanggung oleh anggota
Tentera serta Polis pangkat rendah yang akan berdepan dengan musim perayaan
serta musim persekolahan yang bakal tiba dengan memberikan paling tidak sebulan
bonus. Inilah lagi satu bukti yang jelas bahawa ekonomi negara masih teruk.
 
 
JANGAN PATUH KEPADA KERAJAAN YANG ZALIM
 
6. Kita bukan minta rakan-rakan Warga ATM & PDRM sampai memberontak ataupun
melakukan revolusi. Itu jauh dari hasrat sesiapa pun yang sayangkan negara
Malaysia ini. Apa yang kita mahu dari rakan-rakan Warga ATM & PDRM lakukan mulai
hari ini adalah:
 
 a. Tanamkan tekad yang jitu iaitu pada Pilihanraya
 Umum 2004 kelak kalian tidak lagi akan memangkah BN
 dan menghantar sendiri Undi Pos anda agar tidak
 dikencing lagi oleh BN/UMNO dengan kerjasama SPR.
 Ikutilah Seksyen 12 & 13, Akta Pilihanraya 1958
 yang dengan jelas membenarkan setiap pengundi Pos
 menghantar Kertas Undi Pos mereka ke pusat-pusat
 pembuangan undi awam pada hari Pilihanraya sebelum
 jam 1700 petang.
 
 b. Mengatakan bahawa kita, Warga ATM & PDRM adalah
 Kakitangan Awam dan bukannya Kakitangan Kerajaan
 sebagaimana yang diperuntukan di dalam Perkara 132
 Perlembagaan Persekutuan. (Perkhidmatan Awam:
 Tentera, Polis, Guru, Pegawai Perundangan dan
 lain-lain adalah Kakitangan atau Penjawat Awam).
 
 c. Sebagai Kakitangan Perkhidmatan Awam, kita kena
 kerja untuk kebajikan dan faedah orang awam dan
 bukannya untuk kebaikan Kerajaan BN/UMNO yang telah
 kencing periuk nasi kita.
 
 d. Jom sama-sama kita jayakan PERHIMPUNAN 100,000
 RAKYAT yang akan diadakan pada 5 Nov 2000 nanti.
 
 e. Sebarkan seluas mungkin kegagalan BN/UMNO menjaga
 kebajikan kita Warga ATM & PDRM kepada rakan-rakan
 di Kem-Kem dan di Balai-Balai tu. Kerana masih ramai
 di antara mereka yang masih bangang dengan istilah
 sebenar di antara KERAJAAN dengan PARTI. Biar mereka
 mengerti agar akhirnya mereka pun turut menyokong
 perjuangan kita ini.
 
 f. Jauhkan dari menanam kebencian terhadap negara,
 kerana kita bertugas dan mengangkat sumpah untuk
 kepentingan negara Malaysia ini dan bukannya untuk
 BN/UMNO. Harap faham Skot..., kita mesti bencikan
 kerajaan BN/UMNO pimpinan Mahathir dan betina
 sundal Rafidah Aziz tu.
 
 
PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT
 
7. Rakan-rakan SB & FRU yang bakal dikerah ke Jalan Kebun pada 5 Nov 2000 ini
ambil perhatian. Inilah kesempatan terbaik untuk anda melakukan protes terhadap
ketidakadilan yang telah BN/UMNO buat terhadap kamu selama ini. Sedarlah kamu
tak tahu tentang perkara berikut:
 
 a. Gaji Minimum RM1,200.00, siapa yang perjuangkan ?.
 
    Mahathir/Rafidah Aziz atau Kak Wan Azizah.
 
 
 b. Umur Persaraan Polis Kenapa Tidak 21 Tahun Tempoh
 Perkhidmatan Sebagaimana Anggota ATM siapa yang
 perjuangkan ?.
 
 
    Pak Lah/Rafidah Aziz atau Kak Wan Azizah.
 
 
 c. Polis & Tentera Kerja Dapat Over Time siapa yang
 perjuangkan ?
 
    Pak Lah/Najib atau Tuan Haji Annuar Tahir.
 
 
 d. Bonus Untuk Tentera & Polis siapa yang bising ?
 
    Daim atau Saudara Mahfuz dan Mat Sabu.
 
 
8. Tolonglah rakan-rakan ATM & PDRM, sedarlah bahawa sebenarnya kita dah jauh
kena kencing. Kena kencing Skot..., Tolonglah sedar rakan-rakan MIO, SB dan FRU.
kita dah kena kencing.
 
9. Dulu kita ambil pendekatan tak mahu campur urusan rakan-rakan 'civiliance'
sebab nak tengok perubahan kerajaan dilakukan melalui Pilihanraya Umum 1999.
Tapi apa tindakan kita bila Undi Pos kita kena kencing 100% pada Pilihanraya
Umum 1999 dulu. Hanya selepas Pilihanraya Kecil P119 Telok Kemang barulah kita
dapat menyaksikan rakan-rakan kita di Port Dickson menempelak BN/UMNO melalui
ketelusan Undi Pos mereka. Kita kena melawan Skot, jangan asyik 'enggih' aje.
 
10. Tengok bila rakan-rakan kita di PD melawan, kelam-kabut Kerajaan BN/UMNO nak
kaji bantuan PERHEBAT, Skim Bantuan Perniagaan untuk bakal pesara Tentera &
Polis dan banyak macam lagi rahsuah mereka. Kita kena belajar melawan untuk
kepentingan kita. Kalau tidak, terus-terusanlah kita kena kencing.
 
11. Kami merayu rakan-rakan ATM & PDRM fikirkanlah secara serius perkara ini.
Ini adalah persoalah ahli politik mana yang jujur dan ikhlas dengan ahli politik
mana yang asyik kencing merata-rata. Fikirkanlah. Janganlah anda menghancurkan
periuk-nasi anda sendiri.
 
12. Sekian, rayuan ikhlas.
 
Dengan hormatnya,
 
 
Kiriman daripada:
 
 
 
ABANG MEJAR       &      INSPEKTOR BUKIT AMAN
 
MINDEF                   Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Jalan Padang Tembak      50100 KUALA LUMPUR
50634 KUALA LUMPUR
 
 
bp
 
 
LEFTENAN KLUANGMAN