PAK LAH CUBA GUNA REFORMIS

 

Terbaca diakbar harian pro-kerajaan hari ini (20/9/2000), Pak Lah B berkata para reformi tidak lagi mengadakan reformasi/demonstrasi kerana telah sedar bahawa perbuatan berkenaan adalah sia-sia dan ramai dari penyokong reformasi sudah kembali pada UMNO (perasan!).

 

   

Sebenarnya ini adalah satu taktik permainan politik yang sungguh kotor oleh Pak Lah B. Apakah perasaan para reformis apabila membaca laporan akhbar itu? Marah! Ya sudah pasti menimbulkan kemarahan. Dan daripada itu kita para reformis pasti akan membuktikan kata-kata Pah Lah B adalah salah, maka berjayalah Pak Lah B. Keranaa itulah tujuan sebenar Pak Lah B. Pak Lah B cuba menggunakan para reformis untuk menjatuhkan Mahadeh. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Reformasi dan Mahadeh dua-dua nak dibalun. Tapi perkiraan Pak Lah B adalah silap sebab reformis bukan macam Pemuda UMNO-Bodoh, Bacul, Bangang.  Ini juga merupakan sandiwara Pak Lah B. Kununnya beliau seorang yang tegas dalam menangani demonstrasi jalanan. Sudahlah Pak Lah B, perairan negara pun senang dibolosi nak eksyen. Pak Lah tak payahlah nak sibuk dengan para reformis yang tidak bersenjata ini. Kami reformis mempertahankan negara tapi kamu membiarkan musuh masuk negara dengan senangnya. Apa kamu buat. Makan Gaji Buta ke? Kalau Menteri Keselamatan Dalam Negeri asing sudah pasti mereka letak jawatan, namun di Malaysia, Menteri tidak bertanggungjawab kepada negara tetapi Menteri pelahap harta negara. Menteri-menteri Malaysia gila kuasa, gila harta. Pak Lah bukan nak jaga negara, bukan nak jaga rakyat tapi nak jaga Hindun. Maklumlah kalau hilang Jawatan, Hilanglah Hindun, kalau hilang Hindun hilanglah telur. pak Lah memang tak takut dengan reformis tapi Pak Lah takut dengan Hindun. Tengoklah mana dia berani nak beritahu bini dia supaya tutup aurat, nampaknya jambul Hindun makin tinggi. Takkan datok Pak Lah ulamak terkenal tak tinggalkan pesan kat cucunya. Samalah Pak Mahandeh dengan Mak Andeh Mah kat Mahligai tu. Makin tua makin keras sanggulnya. Makin kecut kulit makin hitam rambut.

 

Sekian

 

Aura(t)2000