ALHAMDULILLAH! itulah ucapan pertama yang keluar dari mulut saya setelah terbaca tajuk Akhbar Utusan Meloya Sabtu 24/02/2001. Tiada perkara yang lebih mengembirakan hati saya pada hari tersebut. Maka setelah saya tiba di rumah terus saya merujuk berita lanjut melalui internet. Rupa-rupanya TV3 suku ini disaman kerana menyebarkan berita fitnah. Itu saya tidak terkejut kerana sudah menjadi ajenda utama TV gila ini ialah fitnah. Maka teringatlah saya bahawa PAS bercadang untuk menyaman TV3 suku kerana membuat laporan fitnah kununnya PAS menghantar surat penangguhan Muzakarrah dengan UMNO di bawah pintu Setiausaha UMNO. Memang saya melihat sendiri laporan itu. Kemudian setelah PAS mengemukakan bukti bahawa surat tersebut diserah secara tangan kepada pegawai Dato Khalil dan berhasrat menyaman TV3 barulah TV3 membuat kenyataan kununnya mereka tidak pernah membuat laporan berkenaan. Mereka berdolak dalih, untuk memohon maaf jauh sekali. Jadi saya sangat berharap kiranya pihak PAS meneruskan saman tersebut. Kerana sejarah telah membuktikan bahawa stesen TV ini memang suka melaporkan berita fitnah. Keputusan Mahkamah membuktikan bahawa tiada lagi keraguan akan rendahnya kredibiliti TV pengampu ini. Dan saya rasa dengan bukti begitu kukuh pAS juga boleh mendapat wang sebanyak RM100 juta dari TV3, bolehlah kita bina markaz yang lebih besar. Ataupun kita boleh mohon dari Mahkamah agar memindahkan hakmilik stesen TV gila itu kepada PAS. Hari ini pula Rais Yatim buat kenyataan nak kaji soal tuntutan saman fitnah yang melampau. Demi untuk melindungi kroni. Kerana masih ada lagi kes saman tertangguh bagi TV3, Utusan Meloya, Berita Harian dan mahadey baru selamt dari saman fitnah oleh DSAI...dengan ihsan hakim-hakim boneka. Selamat Gulung Tikar TV3