GPMS KAMBING HITAM UMNO@BN DAN MAHATHIR@MAHAFIRAUN

SIRI 1

Hari ini 14hb.Dis.2000…GPMS berhimpun di rumah GPMS di Kuala Lumpur ( setahu
kita tarikh mohon permit kepada polis 14 hari dari tarikh perhimpunan - nampak
gayanya POLIS TELAH MEMBERI PERMIT PALSU PADA GPMS HARI INI ) …. Dengan nama
PERHIMPUNAN BANGSA MELAYU … GPMS rela menjadi kambing hitam kepada UMNO@BN serta
Mahathir@Mahafiraun …dengan mendesak Shuqui menarik 17 tuntutan mereka kepada
Kerajaan UMNO@BN yang telah diluluskan oleh kerajaan UMNO@BN sebelum pilihanraya
umum ke 10 tahun lepas….????

Diwaktu yang sama GPMS telah membuat 100 tuntutan bagi pihak UMNO@BN dan
Mahathir@Mahafiraun kepada BARISAN NASIONAL…dan memberi tempoh 10 hari kepada
Shuqui untuk menarik balik tututan mereka…!!!

Dengan laungan penuh emosi dan perkauman …. Sdr. Suhaimi Ibrahim sebagai
Presiden GPMS mendesak dan memaksa pelampau CINA SHUQUI dan gabungannya menerima
penubuhan sekolah wawasan dan mengikut telunjuk UMNO@BN … dan perlu sedar CINA
adalah kaum minoriti di Malaysia…????

Itulah sebahagian senario GPMS tajaan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dalam
tempoh 14 hari ini…apa yang dicatit oleh penulis dalam artikel "Rakyat dan
Bangsa Malaysia Menuntut Keadilan" terbukti sudah…tak sampai 2 hari perkara
ditakuti ini berlaku….kini ia dibangkitkan oleh GPMS….apakah dengan nama
PERHIMPUNAN BANGSA MELAYU kita boleh menghalalkan segala isu perkauman dan
meletakan kasta dalam kaum majmuk di Malaysia… dimanakah dasar perpaduan dalam
merealisasikan MASYARAKAT MADANI YANG BERPAKSIKAN AL-QURAN YANG MENJADIKAN ISLAM
SATU KEHIDUPAN DAN SATU BANGSA MALAYSIA YANG BERPADU SERTA HARMONI…..tapi kerana
celuparnya mulut si Aziz labi-labi dihadapan dewan CINA Kuala Lumpur beberapa
bulan lepas…..hari ini Suhaimi Ibrahim pula menjadi tagan kambing hitam
Mahathir@Mahafiraun  untuk mengapikan perpecahan dan perbalahan kaum seperti
13hb.Mei.1969…titik-titik hitam tersebut makin terserlah…kaum CINA kini begitu
ditekan saban hari dan makin hari makin kasar tindakan UMNO@BN serta
juak-juaknya terhadap perasaan kaum CINA …. Dan perlu di ingat siapkah dalang
utama peristiwa 13hb.Mei.1969 ( Tanya Datuk Harun Idris….hero tragedi
tersebut…kini dalang 13hb.Mei.1969 tersebut masih mahu dan bernafsu mencuba agar
ORANG MELAYU DAN CINA bertelagah serta bermusuhan …. Di waktu kekecohan inilah
dalang utama dan juak-juaknya akan menyelamatkan diri dan harta mereka..itulah
tujuan kepada SHUQUI dijadikan mangsa)

Kita imbas kembali isu Shuqui ini … ia memang dirancang sebegitu cara untuk
menyelamatkan Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.

1.	Tahun 1999 - Shuqui menghantar memorandum pilihanraya kepada semua parti
politik di Malaysia … dan memorandum ini telah dipersetujui oleh kerajaan
UMNO@BN . ( ini kerana untuk membeli undi kaum Cina …. Tetapi itu semua lakonan
dan penipuan UMNO@BN … bila dapat undi…kaum CINA dihina sebagai komunis dan
pelampau oleh Mahathir@Mahafiraun ).

2.	Beberapa hari sebelum 31hb.Ogos.2000 …. David Chia (orang kuat
Mahathir@Mahafiraun ) telah diarah membangkitkan isu tuntutan Shuqui ini semula
… dan diwaktu ini pula PEMUDA UMNO@BN pula berlagak HERO dengan memaki dan
menghina kaum CINA di Dewan CINA Kuala Lumpur…sampai nak bakar dewan CINA ….
Wah..wah terrer nampaknya….lepas tu kat PUTRAJAYA si Mahathir@Mahafiraun  pula
mengapikan kaum upahan Melayunya agar menyokongnya menghina Shuqui dan kaum
CINA.

3.	Kemudian timbul pula sekolah wawasan … saja nak buat isu … pada hal kalau
laksanakannya tak de sapa nak sebok …. Tapi saje nak politikan dan menyakiti
hati kaum CINA … sekolah wawasan ini sengaja digembar-gemburkan ….??? Sehingga
kaum CINA di panggil pelampau dan tak kenang budi Mahathir@Mahafiraun serta
UMNO@BN ….. CINA BOLEH BALIK TONG SAN kalau tak suka Mahathir@Mahafiraun
…..!!!!!

4.	Kemudia bila Mahfuz keluar penjara .. .sengaja timbul isu INTIFADAH pula ….
Kalau boleh nak laga-lagakan orang ISLAM dengan POLIS …. Jadi bolehlah blah dan
magerankan negara ini.

5.	Hari guna GPMS pulak nak sakitkan hati kaum CINA …. Nampaknya makin
beriya-iya benar orang MELAYU dalam UMNO@BN mahu menghapuskan kaum CINA di
MALAYSIA ini …. Apakah MCA@BN dan GERAKAN@BN tak de telur ke …. Angguk jugak
kalau kaum CINA nak dicincang dan dinyahkan oleh UMNO@BN …..????

Apakah tujuannya kini UMNO@BN mengundang perpecahan kaum … kalau BARISAN
ALTERNATIF begitu bersungguh-sungguh menjadikan RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA
KEARAH MALAYSIA YANG ADIL … tetapi UMNO@BN begitu sebok mengadu-domba dan
menghina kaum-kaum di Malaysia … apakah tujuan mereka ini….???


" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
14HB.DISEMBER.2000 - bersambung disiri 2.

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL