KENYATAAN EKSKLUSIF GABUNGAN MAHASISWA WANGSA MAJU

Assalamualaikum....saya telah menerima berbagai surat ugutan daripada pelbagai pihak.Ada yag megatakan bahawa kami telah terpesong daripada agenda perjuangan kami.adakah ini benar???Ingin dimaklumkan bahawa kami tidak memaksa anda daripada hadir daripada kursus!!Jika ada mampu keluar bersama awek ke pusat hiburan atau pusat membeli belah apakah salah untuk menghadirkan diri ke kursus.

  Saya secara peribadi tidak menghalang anda semua untuk bercinta tetapi anda telah melakukan kesilapan jika mencampurkan urusan cinta dengan perjuangan.Adakah anda semua inginkan negara kita daripada terus dijajah oleh kerajaan yang tidak telus dalam urusan negara kita.Fikirkan dengan secara dewasa.Anda semua adalah mahasiswa yang bakal menerajui Malaysia.Insyaalah jika perjuangan kita benar maka kehidupan kita dimasa hadapan akan sempurna.FIKIRKANLAH!!!

   Kami juga mendapat komen daripada pelawat yang mengatakan kami telah terpesong daripada perjuangan sebenar.Relevenkah orang yang menyatakan perkara tersebut.Ingin dimaklumkan bahawa perjuangan kami selama ini adalah khas untuk mahasiswa dan rakyat.Apa yang kami dapat.Kami tidak inginkan kekayaan,pangkat dan darjat.Apa yang kami inginkan selama ini adalah rakyat da mahasiswa medapat kembali haknya.Adakah ini juga dikatakan terpesong.Kami yang sanggup berjuang hingga terpaksa turun kejalan-jalan untuk menuntut hak kamu yang selama ini telah dirampas oleh kerajaan.Apa yang anda lakukan ketika itu.???memerap dikampus!!!dating!!!atau melakukan perkara yang tidak berfaedah daripada turut bersama sama kami berjuang.FIKIRKANLAH!!!

  Ada juga pelawat yang bertanya mengapa kami tidak menyokong parti politik di Malaysia.Secara peribadi saya juga menyokong parti politik(yang pasti bukan BN).Menjadi ahli politik pun tidak salah.Tetapi yang salah adalah memasukkan agenda parti politik di Malaysia kedalam persatuan kita. Apa yang tidak baik ialah bila persatuan dibawa kebawah pengaruh parti politik maka kepentingan dan kebajikan ahli-ahli persatuan tidak akan menjadi agenda utama. Yang diutamakan oleh persatuan hanyalah kepentingan parti politik. Ini satu kesilapan.

  Persatuan wajib mengambil kira semua kaum kerabat kampus.Ahli persatuan terdiri dari berbagai bangsa,agama,kepercayaan dan cara hidup.Pandangan ahli-ahli yang ramai mungkin berlainan tetapi mereka tetap juga ahli persatuan.Suara dan pandangan mereka juga wajib diberi perhatian. Cara hidup dan aktiviti budaya mereka juga tidak seharusnya dihalang. Pimpinan persatuan wajib memberi gambaran yang betul kepada masyarakat kampus.

Persatuan pelajar wajib dilihat oleh orang ramai sebagai perwakilan yang sah. Persatuan pelajar wajib dilihat sebagai mewakili semua pandangan. Kalau hanya satu pandangan sahaja yang betul bermakna persatuan kita mengamalkan sistem autokrasi dan bukan demokrasi. Bila persatuan dibawah pengaruh parti politik,persatuan kita akan menjadi lemahr Kenapa?
Persatuan menjadi lemah kerana tidak ramai ahli yang ingin campurtangan atau mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan.Ahli-ahli persatuan tidak ambil pot tentang apa yang berlaku dalam kampus. Masing-masing tidak mengambil endah. Ini kerana mereka melihat persatuan tidak lagi mewakili kebajikan dan kepentingan mereka.Persatuan telah menjadi alat propaganda parti. Ini terbukti kerana tahun lepas dan tahun ini peratus pelajar yang turun mengundi kecil atau terus menurun. Ada kampus yang mempunyai ahli sampai 25,000 orang tetapi berapa peratus yang mengundi? kemana pergi yang lain. FIKIRKANLAN!!!

  Kami juga mendapati bahawa ada beberapa ahli yang telah belot daripada perjuanga asal.Dan ingin saya namakan disini bahawa Abdul Muiz telah dikenakan tindakan displin kerana cuba mempengaruhi ahli yang lain supaya keluar daripada GMWM. Kami tidak gusar sedikit pun kerana kami tahu bahawa RAKYAT SENTIASA BERADA DI BELAKANG KAMI UNTUK MENYOKONG PERJUANG YANG MURNI DISISI AGAMA,BANGSA DAN AGAMA.

Pengerusi GMWM
(Muhammad Khairil)

Timbalan Pengerusi
(Mohd Hafiz)

Naib Pengerusi
(Mohd Irwan)

Webmaster GMWM
(Wanted81)

Barisan Exco

http://wanted81.tripod.com

*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*