KENYATAAN GABUNGAN MAHASISWA WANGSA MAJU

UIA akan dirasmikan semula. Adakah kita sebagai pelajar dan rakyat Malaysia tidak rasa terhina jika kita tidak dapat mempertahankan UIA daripada tangan penajis-penajis yang kononnya dia merupakan wira rakyat.Mahathir sekali lagi melakukan pernodaan kepada mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa melayu. Kita dimanjakan dengan ugutan ugutan yang tidak dapat diterima akal. Suara kita sekali lagi telah disekat oleh rejim Mahathir beserta pak karutnya Abdullah Badawi. Ayuh kita bersama-sama mempertahankan kampung kita(UIA) daripada Mahathir.Ingatlah bahawa 17 april adalah tarikh keramat bagi pelajar kerana pada 17 april 1999 kita telah bersama sama melakukan aksi yang pertama bersama sama dan pada tahun ini juga kita akan melakukan bersama sama tanpa rasa takut dan gentar dengan ugutan auku,penjara dan bermacam macam ugutan lagi.Dan ingatlah bahawa kita akan tetap memberikan "signal" kepada kerajaan bahawa kerajaan yang zalim akan dijatuhkan dan kerajaan yang adil akan dijulang. Ayuh kita bersama-sama menghalang Mahathir dan kuncu-kuncunya merasmikan kembali UIA kerana UIA telah dirasmikan oleh Anwar.

Kita akan bersama-sama melakukan bantahan. Dan rakyat akan menyokong kita dari belakang.Kita ganyang Mahathir pada 17 April 2001,bersamaan hari Selasa di kampus induk UIA di Gombak. LAWAN TETAP LAWAN PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN STUDENTS POWER

Mohamed Khairil (Presiden GMWM)

*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*