GABUNGAN MAHASISWA WANGSA MAJU

MARILAH BERSAMA-SAMA RAKAN KU

 

 

Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum….
Nampaknya kerajaan dewasa ini semakin meminggirkan suara dan persepakatan kebanyakan (majoriti) rakyat.Mereka sengaja lupa dan tidak peka terhadap sensitiviti rakyat terutamanya bagi masyarakat Islam di negara ini.Terbaru,demonstrasi pada Jumaat yang lalu(28 julai 2000) oleh mahasiswa/i Islam Universiti Malaya selepas solat Jumaat bagi membantah sikap kerajaan yang membenarkan diadakan konsert 'Vengaboys dan Bollywood' langsung tidak diendahkan oleh kerajaan.Sebaliknya laporan mengenai promosi pesta maksiat tersebut di dada-dada akhbar dan kaca tv semakin rancak tetapi tiada satu pun media (kecuali Harakah)yang sudi melaporkan mengenai protes kebanyakan rakyat terhadap konsert tersebut.

  Demonstrasi pelajar yang bermula di Masjid Ar-Rahman itu patut dipuji kerana mahasiswa kini dilihat masih berani bersuara demi kebenaran dan kesucian agama Islam.Bantahan dan protes memang wajib dilakukan memandangkan konsert yang dilangsungkan itu secara nyata menjurus ke arah maksiat.Ternyata kegusaran kerajaan selama ini terhadap masalah keruntuhan akhlak dan sosial remaja
selama ini hanyalah sandiwara semata-mata.Adalah satu pembohongan dan
pendustaan besar kalau dikatakan kerajaan amat serius dan bersusah-payah menangani gejala sosial di kalangan remaja.
Sebaliknya saya berani mengatakan kerajaan Mahathir adalah penggalak dan pemangkin berlakunya masalah remaja.Kalau benar mereka bimbang dengan peningkatan kes-kes seperti pergaulan bebas,pengambilan pil
khayal,zina,pembuangan bayi dan sebagainya di kalangan remaja mengapa mereka membenarkan kehadiran artis-artis asing membuat konsert di negara ini.Nyata sekali konsert-konsert tersebut berbentuk maksiat,melalaikan dan menghancurkan identiti Islam dalam diri masyarakat terutamanya golognan remaja.

Kalau mereka boleh memberikan permit terhadap aktiviti-aktiviti maksiat,sekarang saya mahu mereka memberikan kebenaran rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia bagi membolehkan kita beramai-ramai menghadiri 'Judgement Day' pada Jumaat ini dengan aman tanpa sebarang halangan dan provokasi dari mana-mana pihak.Tapi saya tetap berdiri di bumi yang nyata, walau sebaik mana tujuan kita pada hari itu tak mungkin kerajaan akan berbuat demikian.Sedangkan dengan kawalan rapi oleh semua unit kontijen polis yang dikerah pada 'Black 14' lalu rakyat masih berani melaungkan suara REFORMASI inikan pula apabila si Mahathir itu bermurah hati nak membenarkan rakyat berhimpun pada 4 Ogos ini.Pasti kecut perut mamak bendahara itu bila melihatkan sambutan yang menakjubkan oleh rakyat Malaysia yang rata-rata
menyokong REFORMASI dan dah lama menyampah dengan PM yang semakin uzur itu.

       Walau apa pun tindakan kerajaan dan pihak berkuasa menjelang Jumaat ini,saya menyeru sahabat-sahabat semua jangan sekali-kali gentar untuk hadir beramai-ramai.Mahasiswa terutamanya perlu lebih bersemangat dan turun beramai-ramai bagi membentuk BARISAN RAKYAT yang lebih mantap pada hari tersebut.Jangan gusar dengan amaran-amaran kerajaan yang kononnya pelajar boleh dibuang universiti jika terbabit dengan perhimpunan 'The Judgement Day'.Sekarang saya nak tanya lagi kepada Mahathir yang perasan muda tu, adakah syarat kemasukan pelajar ke universiti-universiti tempatan adalah dengan syarat mengikut telunjuk BN/UMNO dan tidak melawan kerajaan.Kita selaku mahasiswa yang telah diterima masuk ke IPT adalah kerana usaha kita menimba ilmu selama ini dan tiada satu pun syarat kemasukan kita ke IPT yang memaksa untuk mengikut telunjuk pemimpin keparat itu.
            Semoga lebih ramai pelajar yang akan turun bagi memberi sokongan yang penuh terhadap pahlawan negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim.Bersedialah dari segi mental dan fizikal kerana pada hari itu kita pasti akan terus diprovok dan kesudahannya barisan rakyat yang akan dipersalahkan sebagai pencetus rusuhan dan keganasan.Sekarang saya nak cabar Abdullah Badawi,apa kata biar sekali ini rakyat berhimpun tanpa kehadiran pihak-pihak yang gemar sekali melakukan
provokasi terhadap barisan rakyat iaitu Polis dan FRU.Saya pasti jika ini berlaku sudah pasti perhimpunan rakyat akan berjalan lancar tanpa sebarang rusuhan dan ketegangan.Tapi persoalannya sekarang "Berani ke Atuk Dollah kita tu buat macam tu?". Sahabat-sahabat sekalian pasti dah tahu jawapannya. Atuk Dollah kita tu tak kan berani buat macam tu sebab dia tentu risau dengan keadaan Mahathir hari itu yang gelabah semacam kerana melihatkan betapa ramainya rakyat jelata yang bersimpati dan terus menyokong "Bapa Islah Malaysia".
  Untuk menjamin kejayaan rakyat pada Jumaat ini marilah kita beramai-ramai turun ke perkarangan Mahkamah Tinggi(benteng).Semangat saja tidak memadai jika sahabat-sahabat tidak turut serta pada hari tersebut.Berjumpa kita di sana.



   Wanted81
(webmaster GMWM)suara_wangsa
*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*