MEMANG BOLEH JADI GILA

Kiriman email

 

 

Kenyataan DS Ziani Mohd. Said dalam muka depan surat khabar Utusan Meloya pada hari in Isnin 17 Julai , menyifatkan sesiapa sahaja yang mendakwa kejadian rompakan senjata di Gerik merupakan sandiwara kerajaan sebagai 'gila yang tidak berakal' .

Memang benar saya separuh gila kerana hingga kini saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana kesemua senjata/peluru dsb yang dirompak itu dapat dimuatkan dalam 3 buah Pajero dengan 15 orang yang tegap-tegap bersama dalamnya .

Elok sekiranya untuk mengelak persangka yang bukan-bukan , ditunjukkan secara video atau gambar dan disiarkan di surat-surat khabar dan TV bagaimana 3 buah Pajero itu diisikan dengan 15 orang dan kesemua hasil rompakan supaya kami semua yang hampir 'gila' ini dapat diyakinkan dan terselamat daripada menjadi 'gila'

Sekiranya ini tidak dilakukan secepat mungkin , semua yang hampir 'gila' ini akan menjadi lebih 'gila' , dan , maruah DS Zaini akan dipersoalkan , dan bukan maruah pasukan keselamatan .

Yang masih lagi waras...