05-07-2001
Salam Reformasi,

Entah apa gilanya Komentar menjelajah jauh menyeberangi pelbagai laman-laman Web baik Pro Reform dan Laman Web UMNO. Dalam menjelajah laman-laman Web tersebut Komentar berhenti melihat Forum popular Gerak Reformasi. Apa yang Komentar perhatikan Laman Forum ini di sabotaj oleh pengunjung yang tidak bertanggung jawab. Saya juga terbaca posting mereka tentang suratkabar Internet yakni Agenda Daily. Pengunjung di Forum itu mencurigai laman Web Agenda Daily. Entah lah gatal sangat tangan ini maka Komentar membuat carian "who Is" dan hasilnya adalah Agenda Daily terletak di server Utusan Media. Utusan Media adalah kumpulan Utusan.

Lihat keputusan mereka KLIK SINI Ah...biarkan. Kita tidak mahu memfitnah sesiapa cuma kekadang Web Master laman-laman Pro Reformasi agak "pessimistic" dengan mereka yang "park" di Utusan.

Komentar terus melihat Laman-laman Web lain dan mendapati Laman Reformasi (Mahazalim) sudah menukar capaian di Dot Net, suatu pembaharuan dan satu peningkatan. Apa pun Komentar percaya bahawa Laman-laman Web UMNO jauh ketinggalan berbanding dengan Laman Web Pro Reform. Tahniah!

Sengaja Komentar menulis mengenai kejayaan Teknologi Maklumat kerana laman-laman Web Pro Reformasi berjaya mencetus perhubungan menggunakan email dan web site sedangkan UMNO jelas gagal.

Walau apa pun corak perjuangan ini jelas ianya mahukan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. Insyallah