KABARAN DARI GENEVA

Komentar 12/4/2000

 

Puteri Reformasi telah kembali ke Tanah Air. Duta muda ini telah kembali dari Persidangan Hak Asasi Manusia Di Geneva dibawah naungkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Puteri Reformasi ini telah memukau sidang di Geneva dan nyata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu SEDAR akan pencabulan hak-hak asasi manusia di Malaysia. Dimaklumkan kepada Komentar sedang Puteri Reformasi memberikan perutusannya sidang terpaku dan terus terpukau dengan apa yang telah disampaikan oleh Duta Muda ini. Duta Muda ini membawa suara rakyat ke Geneva yang mana suara itu tidak mahu didengar oleh pemerintah kita sendiri. Duta Muda ini membawa bersama keluhan rakyat yang mana kepimpinan kita tidak pernah mahu ambil tahu. Duta muda itu membicara tentang ketidakadilan yang kepimpinan kita tidak faham ertinya dari sudut pandangan rakyat. Duta Muda itu membidas kezaliman yang mana kepimpinan kita tidak pernah sedar akan perlakuannya. Puteri Reformasi membawa kabaran dari Malaysia dan MENYATAKAN bahawa ayahnya BAPA REFORMASI MALAYSIA ditahan atas senario politik dan bukan seperti yang ditohmah oleh Dr Mahathir dan anggatan pemusnah keadilan Malaysia. Anak Muda ini telah dihadapkan dengan kejijikan politik Malaysia. Anak Muda ini dihadapkan dengan sikap keji manusia yang melebihi keburukan syaitan dan iblis digabung semuanya. Anak Muda ini bangkit bersama-sama menuntut pembelaan keatas ayahnya, kerana ayahnya hadir dan dipenjara kerana menuntut pembelaan terhadap rakyatnya. Anak Muda inilah bakal pemimpin berjiwa rakyat menggantikan kepimpinan sekarang yang berjiwa jahat.

 

Komentar