Salam Reformasi
24-03-2001

RUPANYA GENDANG, DIPALU DI SEBELAH TELINGA KITA.

Semasa Komentar menghadiri Demo Petang Sabtu beberapa minggu lampau, salah seorang reformis yang "regular" baik menghadiri reformasi atau menjejakkan kaki di balai-balai polis dan lokap berkata " okay juga, walaupun sikit laungan kuat macam kita ramai ".

Memang benar setelah berberapa kali DPS dijalankan "participant" semakin berkurangan mungkin kerana "support" dari mereka yang bergelar pemimpin tiada. Saban minggu semakin berkurangan dan laungan REFORMASI hanya sayup kedengaran.

"Senario berbeza sekarang ini", kata seorang reformis kepada Komentar.

Insiden ini mengingatkan Komentar tentang penerima laungan reformasi dewasa ini. Kita tidak membicarakan penerimaan rakyat terhadap tuntutan perubahan tetapi jalan menuju dan mendesak perubahan itu perlu kita nilai dan kaji semula. Tuntutan kehendak agar perubahan di tuntut memang sudah di terima oleh kita sebagai pendokong reformasi tetapi apakah dengan ini sahaja boleh menjana kemenangan?. Apakah cara ini kita pasti boleh berhadapan dengan gagah bila sampai pilihanraya ke 11 nanti? Apa pula bagi mereka yang tidak lagi menerima tuntutan reformasi ini?

Apakah mereka yang belum menerima "NUR" reformasi dibiarkan begitu sahaja tanpa penerangan dan langkah-langkah untuk menyedarkan mereka akan kepincangan yang selama ini dilakukan oleh kerajaan Mahathir khususnya Dr Mahathir sendiri.

Apakah cukup ratusan rakyat di jalanan menunjukkan "gah" perjuangan? Apakah ini jalan menuju kejayaan?

Ada pihak yang bersetuju agar tekanan terus dilaksanakan melalui perhimpunan aman yang menunjukkan kebangkitan rakyat. Ada pihak pula yang mengatakan pilihanraya 11 menjadi penentuan, oleh itu parti-parti politik khasnya perlu merangka satu strategi kearah meraih pengundi. Apa pun kedua-dua "school of thoughts" ini merasakan mereka lebih kuat dan usaha membazir diambil untuk membincangkan perkara tersebut kerana realitinya kedua-dua itu perlu.

Komentar duduk memikirkan. Apakah sebenarnya kekuatan dan kerancakan gendang paluan reformasi hanya terasa kerana kita rapat dengan keadaan itu? Apakah sebenarnya gendang paluan reformasi itu kedengaran atau mungkin hanya sayup kedengaran bagi mereka yang jauh dari keadaan, lantas menjauhkan kita dari kejayaan?

MUNGKIN, RUPANYA GENDANG DIPALU DI SEBELAH TELINGA KITA, ITULAH SEBABNYA KITA MERASAI KERANCAKANNYA. KITA INGATKAN KEKUATAN, RUPANYA BUNYI ITU SAYUP DAN TIDAK KEDENGARAN BAGI MEREKA YANG JAUH, YANG BELUM MENERIMA DAN TIDAK MENGERTI, MAKNA TUNTUTAN REFORMASI INI. LALU KITA LEKA.

Habis apa perlu kita lakukan. Jom duduk berbincang. Ikhlaslah dalam memperkatakan senario sebenarnya agar kita tidak menipu diri sendiri.

KOMENTAR