15 GEJALA SOSIAL MELAYU….???


Dalam ruangan skop Berita Hairan (NST) (bertarikh 18/10/2000) , Rektor
Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, Prof Dr Kamal Hassan telah
menyenaraikan 15 gejala sosial masyarakat Melayu kini, iaitu lima di kalangan
Melayu elit manakala bakinya belia dan orang awam.

1.	Melayu elit mengamalkan liberal-sekular sehingga hukum Islam sanggup
“diketepikan”        ( membolehkan riba, judi, arak dan hiburan awam ) kerana
mengutamakan kebendaan.

a.	Perkara 1 ini memang berada dalam golongan Melayu elit atau biasa dalam
kelompok UMNO@BN serta juak-juaknya.
b.	Golongan ini adalah pendokong utama UMNO@BN dalam memastikan mereka bebas dan
selamat melakukan apa sehaja.
c.	UMNO@BN amat menyukai golongan Melayu yang jenis ini, kerana mereka yang
mengutamakan kebendaan amat mudah dilentur mengikut acuan UMNO@BN .
d.	Mahathir@Mahafiraun adalah orang pertama menyokong pendapat Prof Dr Kamal
Hassan ini….tanpa golongan Melayu elit dan biasa yang berperangai begini…manakan
dia mampu untuk bertahan lama ditahta singah sana Perdana Menteri@Maharaja 
Malaysia.
e.	Dengan meningkatnya golongan jenis ini……Mahathir@Mahafiraun dengan rasa
selesa serta bangga…bangsa Melayu akan dipergunakan sepenuhnya untuk
menyelamatkan serta melindungi dirinya serta kroni-kroni kesayangan.
f.	Liberal-sekular adalah asas utama UMNO@BN serta gaya kepimpinan
Mahathir@Mahafiraun, jika ia dipisahkan maka pincanglah pentas politik mereka.

2.	Gaya hidup menunjuk dan berlagak dengan barangan import dan mewah.

a.	Golongan Melayu jenis ini memang menjadi pra-syarat utama sebagai ahli
UMNO@BN , dengan sikap sebegini Mahathir@Mahafiraun boleh mengaku orang Melayu
telah menjadi kaya dan mewah semasa pentadbiranya.
b.	Tanpa golongan ini dalam kelompok Melayu elit / biasa …… Mahathir@Mahafiraun
serta UMNO@BN  tidak mampu untuk menunjukkan contoh serta angan-angan kosong
bagi penjilat dan pengampu UMNO@BN.
c.	Tanpa golongan menunjuk dan bermegah ini…UMNO@BN tidak mampu untuk
menjalankan cita-citanya meracuni minda dan sikap orang Melayu agar terus
mencari kemewahan walaupun terpaksa berhutang atau bergadai harta dan maruah.
d.	Dengan adanya golongan Melayu elit / biasa jenis ini…… Mahathir@Mahafiraun
serta juak-juaknya akan dapat menanamkan sikap serta jiwa kebendaan kepada
golongan Melayu kelas pertengahan dan rendah …. Secara totalnya berjiwa penjajah
…. Kerana memiliki barangan import adalah satu budaya hidup orang Melayu serta
kerajaan pimpinan UMNO@BN.

3.	Sindrom politik wang.

a.	Politik wang secara rasmi telah diakui oleh UMNO@BN serta kompenan BN sebagai
satu cara hidup berpolitik mereka.
b.	Politik wang adalah pra-syarat mengejar pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN.
c.	Tanpa politik wang UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun tidak mampu untuk
berkuasa dan memerintah negara.
d.	Tanpa politik wang ini ….. UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun  ibarat lagu
tanpa irama serta hidup tanpa makan dan minum.

4.	Sindrom kelemahan moral (rasuah, penipuan, nepotisme dan kronisme)

a.	Tanpa sindrom kelemahan moral ini …. UMNO@BN dan Mahathir@Mahafiraun tidak
akan mampu menguasai minda dan jiwa orang Melayu.
b.	Dengan adanya sindrom kelemahan moral ini ….. ia memang diamalkan dan
digalakkan dalam UMNO@BN serta kehidupan harian orang Melayu ….
Mahathir@Mahafiraun dengan mudah mengalunkan jiwa serta perasaan rakyat
Malaysia.
c.	Gejala ini memang dipertahankan dalam budaya hidup orang Melayu ….
Terutamanya yang berpegang kuat dengan ajaran serta mazhab UMNO@BN yang dipimpin
oleh ketua mazhab Maharaja Mahathir@Mahafiraun.
d.	Dengab bermazhabkan rasuah, kronisme dan nepotisme …. para juak-juak UMNO@BN
akan mendapat hidup selesa serta bergembira dengan meliwat serta menghapuskan
hak ketuanan Melayu itu sendiri.

5.	Amalan tuan-hamba, petron-klien (kepatuhan natijahnya lumayan, penentang
dianggap penderhaka dan buruk padahnya).

a.	Budaya dan cara hidup ini memang akan dipertahankan walaupun terpaksa
bergadai nyawa oleh pendokong UMNO@BN serta pencinta Mahathir@Mahafiraun ,
kerana tanpa amalan tuan-hamba ini ….. mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri
serta bergerak sebebas-bebasnya.
b.	Tanpa amalan ini, UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun akan pincang serta rebah
menyembah bumi tanpa nesan.
c.	Golongan dan pengamal perkara lima ini …. adalah golongan utama diberi
pangkat dan kuasa dalam UMNO@BN atau dimana-mana agensi kerajaan atau swasta.
d.	Golongan penentang (PAS/KeADILan/DAP/PRM) sememangnya telah lama dicop serta
dilebelkan penderhaka serta agen asing …. lihat DSAI menerima padah yang buruk
kerana menentang kehendak Mahathir@Mahafiraun serta kroninya. Golongan penentang
ini selamanya akan dianggap penderhaka oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun
walaupun mereka telah tidak berkuasa …. dan usaha untuk mengubal undang-undang
begitu rancak dijalankan sekarang …. agar golongan penderhaka ini cepat-cepat
dimatikan walau apa cara sekali pun.

6.	Gejala lepak, ketagihan dadah, seks rambang dan kenakalan remaja.)

a.	Pengasas gejala ini memang secara rasminya adalah UMNO@BN serta pendokong
mazhab Mahathir@Mahafiraun , tanpa golongan Melayu yang menyokong serta mengamal
gejala sosial ini …. UMNO@BN serta pengasasnya Mahathir@mahafiraun tidak mampu
untuk memerintah serta menguasai jiwa dan minda orang Melayu.
b.	Gejala sosial ini adalah penyumbang utama sebagai pelindung kuasa yang
dimiliki oleh UMNO@BN …. Kerana jika orang Melayu tidak mengamalkan budaya
sosial jenis ini …. Dan mengamalkan budaya Islam yang bercirikan Melayu tulen
….. maka pincang dan rebahlah UMNO@BN (Baru) kemuka bumi ini tanpa dipedulikan
oleh sesiapapun.
c.	Tanpa gejala sosial ini …. Orang Melayu akan mengamalkan hidup yang sihat
serta bijak berfirkir dimanakah yang benar atau salah …. Inilah yang amat
menakutkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya ….. maka adalah digalakkan
orang Melayu menceburi bidang gejala sosial ini sebagai satu budaya hidup dan
tanpa perlu memikirkan apa yang Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya nak
lakukan terhadap Malaysia ini.

7.	Sindrom mediokriti (sikap tidak apa, rendah daya saing dan daya tahan).

a.	Sindrom ini memang paling disukai oleh Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juaknya, dan sindrom ini telah dijadikan syarat dalam menjadi ahli UMNO@BN
serta kakitangan kerajaan …. Tanpa sindrom ini ia akan menyusahkan dan
meresahkan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya untuk merampas serta merompak
khazanah negara.
b.	Sindrom makin hari makin dijangkitkan kepada lain-lain bangsa selain orang
Melayu …. Sikap tidak apa … benar-benar memberikan bonus kepada
Mahathir@Mahafiruan …. Kita lihat pada kes DSAI dan pemilu 1999 …. Walaupun
rakyat dan bangsa Melayu dua perkara ini benar-benar konspirasi peringkat
tertinggi … tetapi kerana sikap tidak apa lebih 50% rakyat dan bangsa Malaysia
….. Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya masih mampu berkuasa dan berpesta sakan
dengan khazanah negara.
c.	Dengan sikap rendah daya saing dan daya tahan … Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juaknya terus menerus menekan jiwa dan minda rakyat agar merasa lemah dan
takut kepada mereka … sehingga mereka sanggup mengarahkan orang Melayu bersyukur
dan berterima kasih kepada UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun yang mengaku
memberi rezeki kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.
d.	Dengan sindrom ini berpusat dalam jiwa orang Melayu … segala peluang
perniagaan dan kekuasaan akan sentiasa dimiliki oleh satu golongan dikalangan
mereka sehaja …. Terutamanya yang telah mantap bersama-sama Mahathir@Mahafiraun.
e.	Jika orang Melayu digalakkan mempunyai sikap ambil tahun, berdaya saing dan
ketahanan jiwa serta minda amat kuat ….. secara totalnya kroni, juak-juak,
penjilat serta Maharaja mereka Mahathir@Mahafiraun telah lama berada dalam
penjara Sungai Buluh …. Jadi supaya igauan buruk ini berlaku kepada mereka …
sindrom ini akan disebarkan seluas-luasnya sehingga anak dalam kandungan pun
mahu dijangkiti sama.

8.	Sindrom bergantung kepada biasiswa, subsisdi, bantuan, pinjaman, pemberian
kontrak.

a.	Sindrom ini memang sejak dari dahulu lagi digalakkan dan diamalkan oleh
UMNO@BN serta juak-juak mereka. Dengan sikap suka bergantung inilah …. Orang
Melayu amat mudah dicucuk hidung oleh mereka, walaupun harta dan maruah dirampas
dihadapan mata.
b.	Jika sindrom ini tidak disebarkan sejak dahulu lagi …. Masakan UMNO@BN mampu
nak mengawal orang Melayu …. Kita lihat berapa ramai orang Melayu sehingga hari
ini masih mengatakan Parti KAPAL LAYAR adalah kerajaan Malaysia…. Sedangkan
zaman dan masa telah berubah … sehingga anak-anak Melayu zaman 1970an hingga
1990an adalah penganut utama mazhab dadah, arak, judi, seks bebas dan
berbagai-bagai maksiat, jadi subsidi, biasiswa, bantuan yang disalurkan adalah
bertujuan untuk mengawal dan mengekang minda dan jiwa orang Melayu ….. di atas
nama hak bumiputra dan ketuanan Melayu.
c.	Sindrom ini memang digunakan sepenuhnya oleh UMNO@BN untuk mengrekrut
kader-kader untuk menjadi pemimpin atau wakil dalam golongan masyarakat Melayu.
d.	Sindrom inilah yang menjadi satu agenda utama UMNO@BN dalam mengekalkan kuasa
mereka, kerana orang Melayu lemah jika dijanjikan serta diberi habuan atau
bantuan.

9.	Ketakutan kepada matematik-sains.

a.	Sistem pendidikan ini memang dari dahulu … meletakkan orang Melayu menjadi
takut kepada Matematik-Sains serta sebagai satu mata pelajaran yang dibenci  ….
Hanya satu tujuan , jika ramai orang Melayu biasa atau pertengahan bijak dalam
bidang ini …. Maka anak-anak kroni serta golongan elit terhad peluang mereka …
terutamanya jawatan dalam agensi kerajaan. Dan kita boleh melihat…dengan
kekurangan orang Melayu dalam bidang matematik-sains ini ….. mereka-mereka yang
menjadi kroni UMNO@BN serta pengikut Mahathir@Mahfiraun dengan mudah dan senang
memfaraitkan khazah serta milik rakyat Malaysia.
b.	Contoh yang terbaharu …. Seorang anak Melayu yang dari golongan rendah telah
berjaya melahir satu kejayaan yang cemerlang bagi bangsa Melayu itu sendiri …..
tak lain dan tak bukan Tan Sri Ahmad Tajuddin ( bekas CEO TNB ) …. Pemegang
Ijazah Kelas Pertama Nuklear dan satu-satunya pemegang ijazah kelas pertama
bidang nuklear dinegara ini …. Sanggup di perlekeh dan disingkirkan dari TNB …
asalkan puak-puak dan kroni memiliki kesemuanya ….. apakah Tan Sri Ahmad
Tajuddin itu penderhaka kepada negara kerana membawa perubahan serta kemajuan
dalam bidang sumber tenaga …..??? Atau kerana ia anak Melayu yang golongan
rendah / biasa tidak layak duduk sebaris dengan anak melayu dari golongan elit
atau golongan raja…..??? itulah sikap orang Melayu … yang telah meletakkan
darjat dan kuasa sebagai asas utama dalam kehidupan mereka.
c.	Kita lihat disekolah-sekolah pendalaman serta pinggir Bandar ….. ???
guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini akan diambil dari mereka yang sekadar
menjadikan karier guru sebagai tempat makan gaji sehaja (***maaf dari penulis
bukan semua guru begitu…ramai yang ikhlas dan pendokong reformasi???) ….bukan
dari kalangan mereka yang ikhlas serta dilatih khusus dalam matapelajaran ini
…..dan hasilnya orang Melayu mundur dan takut akan matematik-sains.

10.	Kecenderungan untung segera.

a.	Golongan ini memang dilatih oleh UMNO@BN , kerana golongan ini adalah
penyumbang utama kewangan mereka …. Dan golongan ini juga …. Jika tiada UMNO@BN
mereka tidak mampu untuk menjadi jutawan segera ….. kita lihat DEB ….. berapa
kerat orang Melayu yang menjadi Jutawan dan bakinya orang Melayu yang merepat
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ….??? Dan perkara ini memang
dibanggakan oleh Presiden UMNO@BN , dengan melahirkan segelintir golongan untung
segera ini ….. dia mampu mengawal kuasa ekonomi orang Melayu …. Tapi jika ramai
yang menjadi kaya …. Maka susah baginya untuk mengawal dan memantau kuasa
politik mereka.
b.	Dengan meng Ali-Baba kan projek ….. UMNO@BN begitu mudah mengawal golongan
ini, kerana hasil Sidrom bergantung kepada pemberian kontrak yang disebarkan …..
dan golongan ini akan sentiasa menjadi peminta dan perayu kepada UMNO@BN serta
Mahathir@Mahfiraun dan akan besyukur serta menzakatkan harta dan maruah mereka
kepada kroni dan juak-juak UMNO@BN.
c.	Jika golongan ini tidak dapat dikekalkan dalam budaya orang Melayu… yang
pastinya UMNO@BN akan berkubur tanpa alamat.

11.	Nilai rendah terhadap masa.

a.	Golongan ini memang dilalaikan tentang masa, jika ia sentiasa lalai ….. maka
golongan Melayu jenis ini amat disukai oleh UMNO@BN…. Yang pentingnya mereka ini
sentiasa ketinggalan serta tidak mampu bersaing dalam apa jua bidang.
b.	Golongan ini juga memang dilatih oleh UMNO@BN , kita boleh melihat bagai mana
masa ini dibazirkan oleh mereka-mereka ini dangan program anjuran UMNO@BN.
Contohnya :-
1.	Kelab Malam, Kelab Karaoke, Kelab Dangdut, Pesta demi Pesta Keraian.
2.	Cyber Café, Video Game, Snooker.
3.	Siaran TV (paling ramai penonton Melayu …. Filem Hindustan 20 siaran satu
minggu).
4.	Aktiviti merapu dalam agensi kerajaan ….???
c.	Masa ini hanya dinilai sebagai penanda waktu sehaja …. Dan minda orang Melayu
memang dari dahulu lagi, diasah dan dipasak untuk melalaikan masa melalui
khayalan dan cerita-cerita dongeng serta kenikmatan hidup melalui kehidupan
harian mahupun dialam persekolahan lagi.

12.	Orientasi akhirat / amalan kerohanian keterlaluan dan secara taksub.

a.	Mengamalkan budaya amalan akhirat / kerohania dengan sikap taksub kepada
pengasasnya Walaupun pengasasnya menyeleweng dari Al-Quran dan al-hadis.
b.	Sikap ini memang digalakkan oleh UMNO@BN …. Kerana golongan Melayu jenis
tidak akan memperdulikan kehidupan didunia ini …. Dan inilah yang diharapkan
oleh UMNO@BN , dengan mudah mereka memiliki hak kenikmatan didunia ini serta
dikongsi bersama-sama kroni dan juak-juaknya.
c.	UMNO@BN amat menyokong serta melindungi puak-puak taksub ini….. dan puak-puak
taksub ini akan dijadikan orang suruhan dan hamba bagi UMNO@BN , biar golongan
ini berusaha dan berkerja …. Dan puak-puak UMNO@BN akan mengambil laba keduniaan
menjadi milik mutlak mereka.
d.	Jika golongan ini bangkit atau menentang …. Mereka ini akan dikatakan telah
rosak aqidah serta perlu dipulihkan oleh pihak JAKIM.

13.	Kepercayaan kepada tahyul.

a.	Minda orang Melayu memang diasah serta dipasak dengan perkara ini … agar
menjadi satu golongan yang yakin ada kuasa selain Allah. s.w.t …… melalui cerita
dongeng ataupun kuasa politik.
b.	Kepercayaan ini memang menjadi amalan utama UMNO@BN , dengan kuasa tahyul ini
lah telah ramai Melayu menjadi hamba abdi UMNO@BN,,,dahulu kini dan selamanya.
c.	Tahyul ini juga dijadikan asas politik UMNO@BN , tanpa perkara tahyul
ini…masakan mampu Mahathir@Mahafiraun menjadikan rakyat dan bangsa Malaysia
ibarat sekumpulan lembu yang dicucuk hidung.

14.	Belas, gejala fitnah dan umpatan (melalui surat layang, rencana, buku,
akhbar, khabar angin) serta mengelak perdebatan terbuka / telus.

a.	Belas, fitnah ini memang menjadi asas utama perlembagaan UMNO@BN , tanpa dua
perakara ini UMNO@BN pasti telah lama berkubur dari bumi Malaysia ini.
b.	DSAI telah menjadi mangsa golongan ini, kini YAB Nik Aziz, YAB Hj.Hadi, YB
Hj.Fadil Nor, Datuk Ishak Baharom, Datuk Harun Din terus-menerus menjadi mangsa
golongan jenis ini, kerana golongan jenis memang dilatih dan dididik oleh
UMNO@BN serta Maharaja Mahathir@Mahafiraun .
c.	UMNO@BN memang dari dahulu lagi takut berhujah dan berdebat tentang hak orang
Mealyu ini ….. kerana mereka berselindung disebalik slogan ini, tanpa berdebat
isu ini secara telus dan terbuka ….meraka yakin mereka akan selamat dari rahsia
terbongkar.

15.	Amalan ajaran sesat.

a.	Ajaran sesat ini memang digalakkan, kerana jika ramai orang Melayu menghayati
dan mengamalkan ajaran Islam….maka pincanglah UMNO@BN yang berasaskan sekular.
b.	Dengan ajaran sesat yang menular dikalangan Melayu yang beragama Islam,
puak-puak UMNO@BN akan bertambah selesa kerana orang Melayu secara berperingkat
akan meninggalkan ajaran Islam serta mengamal budaya hidup sonsang …… dan minda
golongan ini akan lebih mudah dibeli dengan harta dunia serta maruah dan hak
mereka akan diperkotak-katekan mengikut acuan UMNO@BN.
c.	Para golongan ajaran sesat ini akan menjadikan UMNO@BN sebagai sandaran
mereka … seperti contoh JAM (Kumpulan Anti Hadis@ Kasim Ahmad)…mereka amat
berbangga dan berterima-kasih dengan Mahathir@Mahafiraun kerana menyokong serta
melindungi mereka…..dan Mahathir@Mahafiraun pembenci Nabi Muhamad s.a.w.
d.	Begitu juga kumpulan Sister In Islam…..yang hanya mengambi Islam sebagai
pakaian sehaja….dan bukanya timbul dari keikhlasan didalam jiwa mereka.
Kumpulan-kumpulan seperti JAM & SIS ini adalah pendokong kuat UMNO@BN dan mereka
ini diberi ruang seluas-luasnya bergerak melalui media atau pun seminar-seminar
anjuran UMNO@BN . Dengan penerapan Islam ala JAM & SIS ini ….. UMNO@BN percaya
mereka akan berjaya mencapai agenda politik alaf baru mengikut acauan dan rentak
Maharaja Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya.


Secara totalnya kita dapat melihat secara ringkas inti-pati yang tersirat dalam
15 gejala sosial orang Melayu pada abad ke 20 dan ke 21 ini………..??? UMNO@BN
dahulu kini dan selamanya akan mempertahankan 15 gejala sosial orang Melayu ini
…… demi menjamin masa hadapan politik dan kuasa mereka. Yang pastinya Prof Dr
Kamal Hassan seorang cendiakawan mempunyai persepsinya sendiri dalam menimbulkan
isunya…..tapi asas dan masalah pokoknya adalah seperti diatas.

Sebagai orang Melayu yang berbangsa Malaysia ….. dan beragama Islam ….. 15
gejala sosial ini adalah salah satu punca utama keruntuhan moral dan minda orang
Melayu itu sendiri ….. walaupun dengan mata dan kepala mereka sendiri melihat
segala keburukan dan kepincangan dalam negara Malaysia ini …. Mereka masih mahu
mengatakan “ biarlah orang politik menyelesaikan masalah ini “ dan mereka hanya
mampu berborak kosong dikedai-kedai kopi sehaja …. Dan meninggalkan masalah ini
kepada pihak yang merancang dan merencana segala masalah sosial ini.

Dengan kelemahan minda dan daya saing yang dimiliki oeleh orang Melayu inilah ….
Mahathir@Mahafiraun dengan lantang mengatakan isu ANWAR IBRAHIM hanya mampu
bertahan 2 hingga 3 bulan sehaja pada September 1998 yang lalu ….. tapi
Mahathir@Mahafiraun telah tersilap percaturan kini ….. kini telah 2 tahun isu
tersebut gagal dibendung oleh UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun sendiri…….???
Adakah orang Melayu telah keluar dari kelompok 15 gejala sosial ini ……??? Dan
mungkin UMNO@BN telah tersilap langkah kerana meletakkan pemimpin berjiwa Islam
dalam partinya …. Sehinggakan orang Melayu kini merasa jijik dan meluat
mendengar atau melihat UMNO@BN serta pemimpin mereka…..??? yang pastinya
walaupun gejala sosial ini masih menular dikalangan orang Melayu…..Insya Allah
dengan berkat usaha bersepadu orang Melayu itu sendiri….walaupun terpaksa
mengunakan orang bukan Melayu membantu menghapuskan gejala sosial ini.
Segala perancangan dan rencana orang Melayu yang benar-benar mahu keluar dari
gejala sosial ini, pasti akan berjaya jua akhirnya…walaupun UMNO@BN
bermati-matian mempertahankanya.

Bagi orang Melayu yang masih mempertahankan Islam sebagai agama rasminya….pasti
berjaya keluar dan meninggalkan budaya gejala sosial ini serta cengkaman UMNO@BN
dan Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya, kelompok Melayu alaf baru ini amat
menakutkan UMNO@BN , sehingga hari ini mereka takut menyatakan yang mereka telah
dipinggirkan dan sisihkan oleh orang Melayu yang beragama Islam itu sendiri ….
Dan yang tinggal adalah mereka yang suka menerima kain batik cap semut dan kain
pelikat cap gajah.

Wajah usang dan murung  UMNO@BN bertambah jelas apabila Kabinet Terpaksa
Meluluskan untuk mengharamkan pusat Video Haram atau judi haram … walau  bangsa
Cina menjadi pemangkin kepada isu ini …. Tahniah kepada Datuk Ong Ka Ting kerana
menolong orang Melayu, begitu juga kepada MCA kerana berjaya memangkin isu pil
khayal….. walau pun orang Melayu yang dikatakan didokong oleh UMNO@BN
mempertahankan hak ketuanan Melayu ……????

Apakah bangsa Cina lebih perihatin keatas masalah sosial orang Melayu ini …..???
Apabila kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan membatalkan atau mengurangkan lesen
kedai arak serta pusat snooker ini …. Dikatakan menghalang hak asasi bangsa lain
yang tidak beragama Islam……?? Apakah salah tindakkan orang Melayu dalam PAS itu
menentang segala kepincangan gejala sosial orang Melayu dan rakyat Malaysia
ini…… sehingga mereka dilabelkan sebagai penderhaka dan ekstrim politik…..????

Apakah UMNO@BN masih mahu mengatakan aurat itu satu perkara remeh-temeh dalam
Islam, dan hukum Islam itu bebas diperlakukan mengikut rentak hak asasi manusia
ciptaan manusia….??? Atau hak asasi manusia itu wajip mengikut kehendak hukum
Al-quran dan Hadis Nabi.

Adakah kumpulan 25 ulamak UMNO@BN serta JAKIM….benar-benar faham akan kehendak
Al-Quran dan Hadis Nabi …. Dalam menjadikan Islam itu satu cara hidup dan
meninggalkan segala perbuatan jahilliah dari kehidupan rakyat dan bangsa
Malaysia.

Adakah UMNO@BN masih mahu mempertahankan 15 gejala sosial ini dalam masyarakat
Melayu…..??? dan terus-terusan menjadi perencana dan pengamal kepada rakyat dan
bangsa Malaysia agar bersama-sama mereka bermegah-megah dan berkhayal setiap
masa…..???

Apakah UMNO@BN tidak merasa malu dan rendah diri dengan MCA dan GERAKAN yang
menolak perkara buruk ini….seperti judi, arak, pelacuran, video haram …..
walaupun mereka tidak menganuti agama Islam…..??? apakah UMNO@BN masih mahu
mendabik dada lagi …… yang sepatutnya UMNO@BN merasa malu dan hina bila Datuk
Ong Ka Ting berjaya menjadi pemangkin dalam isu Video Haram begitu juga MCA
dalam isu pil khayal……???

Bagi orang-oang Melayu yang beragama Islam ….. telah pasti dan yakin UMNO@BN
serta Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …..wajip disingkirkan dan dihapuskan
dari persada politik negara …. Kerana dengan kuasa politik ini masih berada
ditangan-tangan mereka  ….. 15 gejala sosial ini adalah mustahil berjaya diatasi
…….???? Bak pepatah Melayu moden “ Tak kan hilang gejala Sosial selagi ada
UMNO@BN memerintah negara Malaysia ini “

Buat anak-anak bangsa Melayu….???? Kita wajip kembali kepada pesanan orang
tua-tua ….. orang melayu orang berbudi-bahasa dan Islam adalah asas kehidupan
….. tiada satu pun cara dan budaya dalam hidup ini mampu menandingi budaya Islam
dan Melayu ….. berbanggalah kita menjadi bangsa Melayu yang berpaksikan Al-Quran
dan Al-Hadis.

Salam Reformasi dan Islah kearah Malaysia Yang Adi.

“ Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN  “
- 18hb.Okt.2000