KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

17.06.2000

Salam Reformasi

 

GERAKAN REFORMASI RAKYAT MENGGESA KITA MENGANTUNG JAWATAN MAHATHIR SEBAGAI PEDANA MENTERI MALAYSIA SEHINGGA SIASATAN DIBUAT.

 

Kedudukan Mahathir semakin terjejas. Pembelaannya terhadap Eusoff Chin dan kini meluluskan tambahan perkhidmatannya diselar. Mahathir semakin gelojoh dan kegelojohan ini membuka banyak kepincangan yang dilakukkan oleh beliau. Sehingga ke hari ini dokong UMNO sendiri mengibaratkan beliau sebagai libiliti kepada UMNO. Eusoff Chin kini boleh di gelar pendusta. Sebelum pendedahan dibuat oleh Malaysia Kini Eusoff bermati-matian mengatakan bahawa semua itu hanya satu kebetulan dan tidak menyalahi sebarang etika perkhidmatan. Dengan jayanya Malaysia Kini membongkar pendustaan Eusoff Chin sekali gus memalukan beliau dikhalayak ramai. Kisah Eusoff Chin ini menjadi teladan baik kebesaran kuasa Mahahtir dalam UMNO. Mahathir boleh mencampuri sebarang urusan perundangan termasuk membuat keputusan perundangan.

 

MULAI DARI HARI INI KITA TIDAK PUNYAI PEDANA MENTERI LAGI. HUKUM MAHATHIR.