KOMENTAR

 

15hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

RAFIDAH ATAU NAZRI MENJAWAT JAWATAN MENTERI KEWANGAN.

 

Daim sudah sampai dipenghujungnya. Perbalahan Dr Mahathir dengan Daim bukan sandiwara kita. Ianya reality. Sungguhpun begitu Daim akan tetap memaklumkan bahawa kerjanya dalam memulihkan ekonomi negara sudah selesai. Isu ini akan menyebabkan rombakan kabinet berlaku. Persoalan siapa menggantikan Daim  mual tersebar. Apapun nama-nama yang kuat disebut adalah Rafidah Aziz ( perasuah yang diselamatkan oleh Mahathir) dan Nazri Tan Sri Aziz ( mahluk yang memaklumkan bahawa sesiapa yang mendokong pembangkang tidak akan dibenarkan membuat pinjaman atau bantuan perniagaan). Ada juga yang menyebut Datuk Najib sebagai penganti. Spekulasi ini akan tersebar luas dikalangan UMNO. Kita sebagai pembangkang juga menanti siapakah MB baru Selangor dan bila tarikhnya Daim meletak jawatan dan diganti.

Persoalan-persoalan tersebut dapat dijawab dengan mudah.

 

Pengganti Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor adalah Mahathir Mohamed

 

Pengganti bagi Tun Daim juga adalah Mahathir.

 

Kenapa Komentar berkata sedemikian ? Kerana siapapun penggantinya nanti semestinya tunduk dibawah cengkaman Mahathir

 

Mahathir tidak perlu melantik. Lantik diri sendiri sudah….

 

Komentar