Dua rakyat yang hadir untuk menghantar memorandum berkenaan dengan masalah setinggan Ampang Jaya di halau oleh Gerak Gempur Pemuda UMNO pada 12hb Nov 2000 di Majlis Bersama Rakyat

 

Komentar pada 12hb November jam 8.00 pm telah menerima talifon dari seorang rakan mengenai satu perhimpunan yang akan diadakan bagi membantah pengadaian Putra Jaya di Ampang Jaya Selangor. Perhimpunan itu dikatakan di buat oleh golongan UMNO sendiri. Dalam kehairanan Komentar berserta rakan telah bergegas kesana untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Apa yang kami dapati adalah UMNO sedang mengadakan upacara Pemimpin Bersama Rakyat yang di hadiri oleh Khir Toyo.

Lebih menghairankan adalah kehadiran Water Cannon dan Fru. Polis Traffik turut hadir untuk mengawal kenderaan. Dalam masa yang sama wartawan dari China Press dan lain-lain berita China hadir. Sedang Komentar berbual dan mendengar berita-berita dari rakan surat kabar kita di kejutkan oleh panggilan agar semua gerak gempur Pemuda UMNO berbaris dihadapan bertentangan jalan.

 

Gerak Gempur Pemuda UMNO seolah membuat benteng

Seketika kemudian mereka menyeberangi jalan dan mula menghalau 2 rakyat China yang cuba menyeberangi jalan untuk menuju ke Majlis tersebut. Mereka menjerit-jerit dan menghalau dua rakyat China tersebut yang di beritakan hadir untuk menyerah Memorandum dari rakyat Setinggan Kawasan Ampang Jaya. Tindakan ganas mereka seolah-olah " samseng" kampung. 2 rakyat China tersebut amat terkejut dengan tindakan biadap Pemuda UMNO tersebut.

Pemuda UMNO yang pernah dikatakan oleh Naib Ketua mereka Dato Aziz Sheikh Fadzil sebagai tidak beremosional pada malam itu umpama "samseng" yang kononnya berkuasa. Mereka memarahi dua rakayt ini sedangkan mereka hanya hadir sebagai wakil kaum China yang diberitakan mahu MB Selangor meneliti memorandum mereka.

"GANGSTER" UMNO sedang memberi amaran kepada 2 wakil tersebut.

Peristiwa ini berlaku dihadapan Komentar. Sungguhpun Komentar kurang mendapat gambar kerana filem yang di beli siang tadi telah digunakan untuk Upacara menghantar nota Terima Kasih rakyat Malaysia kepada Indonesia.

Apa pun yang jelas Komentar nampak ialah sikap gangterisma Pemuda UMNO ini nampak jangkal bila berdepan dengan isu remeh. Mereka kecut bila berhadapan dengan isu kezaliman terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Mereka bisu bila berdepan dengan isu kekejaman polis.

 

Komentar