Perdana Menteri UMNO, Mahathir berkata dia dibayar dengan gaji yang rendah tidak setimpal dengan kerja yang dilakukkannya. Dia juga mengatakan bahawa gaji yang diterimanya juga jauh lebih rendah daripada yang diterima oleh orang bawahannya seperti Pengerusi Petronas. Mahathir telah mengungkit kununnya dia berkerja selama '24 Jam' sehari yang mana merupakan satu pembohongan yang paling nyata sekali. Orang tua ini juga mendakwa Kerajaan Malaysia berhutang wang 'overtime' nya berjuta-juta ringgit kerana katanya dia berkhidmat dalam kerajaan sejak tahun 1974 lagi. Beliau juga membayangkan bahawa beliau adalah orang yang paling kuat bekerja di Malaysia kalau tidak pun didunia. Persoalannya sekarang apakah benar dakwaan Perdana Menteri UMNO ini?

 

    Minggu lalu, Perdana Menteri UMNO ini berkata beliau menyerahkan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia (tanggungjawab BUKAN jawatan) kepada timbalannya Pak Lah B. Manakala beliau sendiri akan lebih menumpukan perhatian terhadap AMENO (bertuahnya AMENO tak payah susah-susah bayar gaji sebab kami 'tulung' bayar). AMENO adalah sebuah Parti Usang yang sudah terlalu rosak untuk dibaik pulih, ini adalah kerana komponen-komponen yang menyokong parti tersebut merupakan bahan-bahan 'rekon' ataupun bahan-bahan tiruan. Bahkan Mahathir sendiri adalah komponen yang sudah 'expired' sejak lama dahulu. Seumpama helikopter NURI yang kerap terhempas begitulah keadaan UMNO dan Mahathir. Namun merasakan diri terlalu hebat, Mahathir fikir dengan menumpukan lebih masa kepada AMENO maka dia boleh menyelamatkan AMENO. Apa yang pasti dengan pengumuman ini, MALAYSIA sedikit selamat kerana komponen 'expired' diminimakan penggunaannya.

 

    Cuma yang menjadi isu di sini ialah GAJI. Apakah AMENO yang akan membayar GAJI Mahathir atau Pembayar Cukai? Ya! jawapannya Rakyat Malaysia yang majoriti terdiri dari penyokong Pembangkang. Ini bermakna MAHATHIR makan gaji buta. Sebenarnya Kerajaan Malaysia tidak berhutang satu sen pun dengan Mahathir. Beliau dibayar gaji untuk buat kerja. Samada dia suka atau tidak itu bukan persoalannya. Kalau dia tak suka sudah tentu sudah lama dia letak jawatan. tapi kita semua tahu dan lihat dia 'AMAT' suka dengan kerja dia. Kerana bukan sahaja PENDAPATAN yang lumayan, KUASA juga mutlak. Mahathir bukan 'UNDERPAID' malah 'OVERPAID & OVERPOWERED'. Sebenarnya Bill Gates pun tidak dapat menandingi kekayaan dan kekuasaan MAHATHIR. Mahathir juga membandingkan GAJInya jauh lebih rendah dari GAJI GOH CHOK TONG Perdana Menteri Singapura. Tetapi dia tidak pula memberitahu kediamannya (MAHLIGAI) sebagai PM lebih MAHAL dari mana-mana Perdana Menteri di mukabumi ini termasuklah Presiden US. Hanya Bill Gates memiliki Mahligai yang setanding dengan Mahathir cuma Bill Gates keluarkan duit poket sendiri, Mahathir keluarkan duit poket Rakyat.

 

    Dakwaan Mahathir dia bekerja '24 JAM' sehari adalah hampir karut. Namun tidak dinafikan sejak pemecatan WIRA rakya DSAI, Mahathir kerja 'around-the-clock' bagi memastikan 'SEMUANYA BERES'. Ingat! kerja Mahathir bukan sebagai PM, tetapi sebagai Chief Conspirator Officer. Mahathir tidak boleh melelapkan mata kerana ANWAR. Pejam nampak ANWAR, celik nampak ANWAR. Kerja Mahathir adalah untuk kepuasan NAFSU SERAKAH peribadi bukan untuk rakyat. Jadi wajarkah dia tuntut 'overtime'? Kalau Mahathir bekerja 24 jam satu hari untuk rakyat, takkan masih ada rumah setinggan di pinggir KLCC. Dakwaan Mahathir gajinya jauh lebih rendah dari Pengerusi Petronas adalah BULLSHIT. Kalau dia boleh arahkan PETRONAS jangan bayar ROYALTI kepada Kerajaan Terengganu adakah mustahil dia tidak boleh arakhkan Petronas bayar gaji untuk dia?

 

    Dakwaan Mahathir Kerajaan berhutang berjuta-juta ringgit dengan dia merupakan satu perbuatan orang yang tidak malu. Cuba Mahathir fikir layakkah dia duduk di Mahligai, siapa bayar Mahligai tu. Siap yang beli Jet Global express yang bawak Mahthir melancong ke sana- sini? Wang siapakah yang Mahathir guna untuk renovation rumah kelahirannya di Alor Star kalau bukan duit rakyat. Pernah ke Mahathir berenti bayar TOL? Polis dan pengawal peribadi yang mengiringi Kak Mah pegi shopping tu siapa yang bayar? Siapa yang suruh bina Putra Jaya dan siapa pula kena bayar? Sedangkan pejabat lama masih kukuh dan memadai. Siapa yang bayar hutang anak-anak manja Mahathir? Pokoknya Mahathir berhutang dengan rakyat Berbilion ringgit selain hutang nyawa.

 

    Belum lagi dikira pendapatan hasil rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Kalau orang bawahannya Ali Abul mengambil rasuah RM100k takkan mahathir 'rate'nya sama atau lebih rendah. Bagaimana dengan banglo-banglo di sekitar KL, berapa nilainya? Di Langkawi, Tioman. Hartanah di Argentina, Afrika Selatan, Amerika dan Kanada. Mampukkah kalau hanya dengan pendapatan RM16k sebulan Mahathir mampu memilikinya.  Jangan Kelentonglah.

 

    Tentang dakwaan Mahathri bahawa dialah yang paling kuat bekerja di Malaysia. Saya kira Tuan Guru Nik Ab Aziz dan Tuang Guru Hj Hadi lagi hebat. Waktu siang mereka di pejabat, menguruskan masalah negeri diwaktu malam mereka menunaikan tanggung jawab sebagai pewaris nabi tanpa sebarang bayaran. Mereka ini tidak pernah mengungkit pun atas tanggung jawab yang dilaksanakan malah mereka juga memotong sebahagian dari pendapatan yang pasti lebih rendah dari Gaji Mahathir untuk rakyat, jauh sekali dari merungut tentang gaji yang rendah. Mereka ini juga tidak membazir duit pembayar cukai untuk keselesaan peribadi. Mereka masih tinggal di rumah sendiri (ada bekas MB AMENO bikin ubahsuai rumah RM5j wang rakyat). Kereta rasmi hanya urusan pejabat. Tidak perlu membayar gaji untuk 'body guard'. Pergi muktamar naik teksi, tambang bayar sendiri. Bukan macam Persidangan Agung AMENO, PM pergi naik Mercedes Kerajaan, pemandu kerajaan, duit minyak kerajaan.

 

     Kesimpulannya Perdana Menteri UMNO ini terlebih dibayar gaji dan terlebih kuasa. Kami memohon agar Parlimen mengemukakan usul menghadkan kuasa Perdana Menteri. Juga mengkaji berapakah nilai sebenar kediaman Perdana Menteri yang selayaknya. parlimen juga perlu mengkaji siapkah patut membayar penyenggaraan Global Express ketika tidak digunakan sebab Perdana Menteri tidak memerlukkan jet semahal itu sebenarnya. Bill gates pun sibuk juga malah lebih banyak 'trevel' berbanding Mahathir tapi dia pun tidak membeli Jet peribadi.

 

AMENO. DULU karut KINI munafik SELAMANYA sesat.

 

SEKIAN

 

Montoya