Kini diberitakan bahawa Zainal mahu menjalankan piket diseluruh negeri. Satu manipulasi kenyataan oleh Zainal Rampak, Zainal TIDAK AKAN BERANI menganjurkansebarang bentuk piket.

 

MAHATHIR TAK PATUT, ZAINAL MELUTUT.

Komentar 1/5/2000

 

Hari ini merupakan Hari Pekerja, dimana berita yang paling menyayatkan hati kaum pekerja telah diistiharkan ia itu tuntutan gaji minima oleh kaum pekerja negara ini ditolak oleh kerajaan.

Mahathir memang sudah dikenali sebagai Anti Kesatuan Sekerja dan sekali gusjuga anti pekerja. Tanya sama Zainal Rampak sepanjang Mahathir menjadi PM (18 thn) berapa kali beliau bertemu dengan pemimpin MTUC? Tiada kecuali apabila Zainal dianugerah pangkat Senator dan sekali gus mengestablish beliau sebagai salah seorang budak suruhan Mahathir. Mulut terkunci, tangan diikat dan mata ditutup. Jangan cakap, jangan Bertindak dan buat buta sahaja.

Mahathir sememangnya seorang berfahaman Kapitalis Tulin yang extreme, dan ini jelas dari konsep penswastaan beliau yang begitu pesat dan tidak mungkin orang yang berfahaman begini berpihak pada pekerja yang rata-rata adalah rakyat kelas bawahan. Polisi beliau lebih kepada kaum pemodal.

Pemodal-pemodal diberi banyak kemudahan sehingga cukai pun tak perlu bayar. Tetapi pembinaan Free Trade Zone(FTZ) dan infrastruktur bagi kemudahan pelabur-pelabur ini adalah duit dari rakyat. Tetapi yang sedihnya ada pekerja-pekerja yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun masih dikecualikan cukai pendapatan kerana gaji terlalu rendah. Senario begini terdapat disektor elektronik, sector yang paling produktif.Dan sector ini juga , pekerjanya dinafikan hak untuk berkesatuan.

Sebenarnya kalau semua sector dibenarkan berkesatuan tidak perlu adanya Gaji Minima kerana Perjanjian Bersama telah merangkuminya. Tuntutan gaji minima ini adalah untuk pekerja-pekerja yang tidak ada kesatuan.

Mahathir sepatutnya menggalakan penubuhan kesatuan sekerja kebangsaan tetapi lebih berminat untuk memecahbelahkan kaum pekerja dengan konsep kesatuan dalaman beliau.

Zainal Rampak, eloklah berundur. Pangkat Senator anda itu tak akan membawa kaum pekerja ini kemana-mana. Memang benar kata Tunku Abd. Rahman iaitu agenda “The Ultras”ini tak membawa keuntungan kepada rakyat tetapi lebih kepada keuntungan peribadi. Mahathir adalah pemimpin The Ultra ini.