MEREKA KATA BLACK 14 GAGAL

Komentar 18/4/2000

 

Mereka kata Black 14 gagal. Mereka kata sokongan dari kalangan Parti keADILan sendiri berpecah. Mereka kata kes Anwar Ibrahim akan sejuk kelak. Apa yang mereka kata ialah rakyat gagal melanggar mereka. Apa yang mereka kata ialah rakyat tidak boleh menentang Mahathir dan apa yang mereka kata ialah Mahathir pemegang kuasa mutlak.

SEBENARNYA mereka salah dalam pengiraan mereka. Mereka terpaksa mengumpul seluruh jentera se Malaysia bagi menahan kita berhimpun. Mereka mengunakan segala kekuatan jentera kerajaan untuk membela Dr Mahathir. Mereka berhabis-habis untuk menyelamatkan Mahthir. Mereka tidak sedar Mahathir adalah punca segala-galanya. Mereka memukul dan menunjukkan lebih kezaliman dari menyelamatkan negara kononnya dari terancam. Mereka terkejut melihat biar 1,000 ancaman dan amaran rakyat masih tetap berkumpul.

NANTI mereka akan sedar juga betapa beratnya memikul Mahathir. Mereka akan sedar bahawa Mahathir sebenarnya masalah mereka dan bukan perhimpunan aman. Mereka pasti akan sedar Mahathir adalah bebanan.

 

Komentar