KOMENTAR

Salam Reformasi

05.12.2000

 

PEMUDA UMNO BERGOLAK

 

Benarkan di peringkat Pemuda UMNO khususnya di terajui oleh Datuk Hishammuddin menuduh antara kekalahan Lunas adalah peranan yang di mainkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO dalam mengadakan demonstrasi haram yang menimbulkan kemarahan Cina semasa isu Suqiu. Ketua Pemuda UMNO tersebut dengan jelas telah meletakkan beban kekalahan tersebut pada Naib Ketuanya Datuk Aziz Sheilh Fadzir.

 

Komentar dimaklumkan bahawa atas tuduhan tersebut pergeseran antara Ketua Pemuda UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO semakin meruncing. Jesteru itu perpecahan antara pendokong mereka juga tidak dapat dielakkan. Pemuda UMNO sekarang sedang sibuk menanti apakah kesudahan pergeseran tersebut. Dimaklumkan kepada Komentar juga perkara ini sudah sampai ke tahap kritikal dan Dr Mahathir sudah dimaklumkan.

 

Apa yang jelas pergeseran ini akan memberi manafaat kepada Dr Khir Toyo dan Zein Isma. Mereka yang kini bergandingan akan terus melihat pergeseran ini dengan sepenuhnya. Mereka adalah bakal-bakal pengganti peneraju Pemuda UMNO kelak. Sekiranya perbalahan antara Datuk Hishammuddin dan Datuk Aziz berkesudahan dengan perletakkan jawatan Datuk Aziz maka tempat tersebut akan terbuka untuk perlantikkan baru. Apakah kita akan saksikan pergolakkan merebut tempat dalam Pemuda UMNO. Apakah MT Azimi Daim akan melonjak naik? Apakah kini Zein Isma akan kembali ke arena Pemuda UMNO dengan ketiadaan Aziz Sheikh Fadzir?

 

Seperti yang kita selalu ketahui dalam UMNO tempat adalah kuasa dan kuasa adalah wang bagi mereka. Inilah yang menyebabkan mereka berpolitik setengah mampus lantas terus melupakan wadah perjuangan Melayu yang sebenarnya.

 

Pada hakikatnya Pemuda UMNO kini bakal pincang.

 

Komentar