PUTRAJAYA MEMANG SUDAH TERJUAL SEMENJAK AWAL LAGI DENGAN HANYA KELULUSAN MAHATHIR

Komentar telah mengambil initiatif membeli peta Selangor dari Jabatan Pemetaan Negara. Setelah membeli peta tersebut Komentar tertarik melihat pecahan sempadan bagi Putra Jaya sudah di laksanakan. Peta itu menurut Pengarah Pemetaan Negara, Malaysia telah di dibuat pada awal tahun 1999 dan dicetak sah untuk edaran pada tahun yang sama.

Apa yang menarik ialah Jabatan Pemetaan seolah-olah telah mengariskan PutraJaya untuk di keluarkan dari Selangor. Komentar meminta pula pihak-pihak yang tertentu menyiasat siapakah pemilik tanah-tanah di kawasan tersebut. Apakah tidak mungkin kalau tanah-tanah sekitaran adalah milik Mahathir, keluarganya dan kroni-kroni rapatnya. Kita usahakan agar terselongkar secara jelas koloni yang cuba di tubuhkan oleh regim Mahathir pada tanah merdeka baru yakni PUTRA JAYA. Mahathir dengan "Grand Design" nya akan memastikan anak-anak dan kroninya akan terus hidup memboloti segala harta kepunyaan rakyat. Ini juga jelas menunjukkan Mahathir mampu melakukan apa sahaja termasuk memerangkap Duli-Duli kita untuk menuruti kehendaknya. Apakah daulat Duli-Duli kita sekarang di gengam oleh Dr Mahathir ? Apakah Putra Jaya akan di jadikan koloni Mahathir dengan segala kemewahan dan harta negara di punggah oleh mereka? Fikirkan, rakyat Malaysia sudah di tindas, duli-duli telah di gengam dan segala kekuasaan ekonomi sudah di rampas. Apa langkah kita rakyat Malaysia. Apakah kita terus membenarkan regim ini bertahta landas meragut erti kemerdekaan kita. Buka mata kita dan jangan pagakkan maruah kita pada Mahathir. Kita desak Mahathir undur dan kita siasat segala kekotoran yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Kita nyahkan Mahathir dari terus menindas kita.

 

Himpunkan kekuatan dan mulakan gerakan

LAWAN SAMPAI MENANG

Komentar