GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA
 
Tergerak di hati saya sebagai seorang mahasiswa di bumi malaysia ini untuk
menyatakan pandangan dan seruan kepada semua golongan pelajar terutama mahasiswa
dan mahasiswi di seluruh malaysia untuk sama bangun dari lamunan.Sedar atau
tidak kita merupakan salah satu golongan yang terus di tindas oleh
kerajaan..tetapi kita masih mampu diam membisu mana perginya kuasa pelajar atau
students power yang pernah di laung-laungkan selama ini.kita harus sedar kita
bukan hanya mengejar dunia kita adalah golongan pemimpin yang bakal mewarisi
bumi malaysia ini tetapi kita terus diam membisu pabila saat kezaliman terus
berkuasa dan hak kita sebagai golongan pelajar terus di pijak oleh golongan
pemimpin yang hanya mengejar dunia mengapa kita membisu, harus di ingat kita
bukan pewaris kezaliman dan kemungkaran di malaysia ini..sedarlah
 
tak perlu diterangkan lagi tentang nasib golongan pelajar yang sudah sekian lama
di tindas kita semua tentu lebih mengerti...kita adalah golongan yang mempunyai
kuasa tersendiri yang perlu kita lakukan adalah kita perlu bersatu di bawah satu
bumbung untuk memastikan kerajaan sedar tentang kehendak kita. berdetik dari
saat ini saya menyeru semua golongan mahasiswa dan mahasiswi dari semua ipta/s ,
maktab perguruan , kolej swasta dan pusat-pusat pengajian yang lain agar kita
bersatu dalam GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA demi memperjuangkan hak
kita...ingat kita bangkit menentang kezaliman dan memperjuangkan hak kita
.Buktikan kita bukan golongan pengecut.
Kenapa kita harus takut dengan propaganda kerajaan tentang isu tindakan keatas
pelajar yang menentang kerajaan ...kita harus sedar itu adalah hak kita ..kita
memperjuangkan hak kita..kalau bukan kita siapa lagi!!!!!
Akan kita gegarkan bumi Malaysia ini dengan STUDENTS POWER sekiranya itu yang
terpaksa kita lakukan tetapi peringkat permulaan ini nyatakan sokongan anda
dengan menyertai GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA . kan kita rangka aktiviti kita
sendiri dan tidak hanya bergantung kepada BA semata...golongan pelajar sekalian
buktikan kita juga punya maruah kita juga punya perasaan ayuh ...kita ganyang
kezaliman.Sebarang keterangan lanjut atau pandangan sila hubungi
 
students_power@freeanwar.com
 
buktikan kita mampu