AZMIN ALI BERSALAH DAN AKAN DI HUKUM kata Dato Fuad Hassan walaupun Mahkamah belum membuat keputusan.

Fuad hassan kini telah berani dan begitu lantang menjatuhkan hukuman keatas Saudara Azmin Ali sedangkan mahkamah belum lagi membuat keputusan .

Menurut ceramahnya yang berlaku tempoh hari di Pejabat DUN Taman Melawati beliau telah menyatakan bahawa Saudara Azmin Ali akan dijatuhkan hukuman pada bulan May 2001 dan pilihanraya kecil akan diadakan di Dun Ulu Kelang pada tidak lama lagi.

Datuk Fuad Hassan yang tewas kepada Sdr Azmin Ali dengan hanya mendapat 8,039 undi berbanding dengan Sdr Azmin Ali 9,185 undi kini berhasrat untuk mendapatkan kembali kerusi tersebut dengan harapan Sdr Azmin Ali akan di dapati bersalah. Sebelum ini Datuk Fuad Hassan pernah mengalahkan Sdr Fahmi Ibrahim dengan majoriti 10,275 undi. Cukuplah dan janganlah lagi berkhayal untuk menjadi wakil rakyat . Rakyat di Ulu Kelang telahpun menolak kamu , kajilah dirimu dulu sebelum bercakap, kamu adalah manusia yang lupa daratan,ego dan sombong dan janganlah seumpama ayam mengajar itik berenang . Apakah jasa kamu di Ulu Kelang sepanjang kamu menjadi wakil rakyat . Sudahlah Fuad janganlah pula kamu ingin menjadi hakim  seperti mahafiraun yang sangat zalim.

Walau sesiapa pun yang kamu atau UMNO letak di Dun Ulu Kelang Kami akan tetap lawan hingga ke titisan terakhir.


Bagi yang ingin mengenali Fuad Hassan kami paparkan Suara Media ULU KELANG yang membidas Datuk Fuad Hassan sebagai seorang yang tidak berjasa pada UMNO Gombak.

 

 

Pada mesyuarat UMNO Bahagian Gombak yang lepas di Perangsang Golf Resort, Rawang, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Klang, Datuk Fuad Hassan khabarnya meminta ‘laluan’ untuk berucap sebelum Ketua Bahagian, Datin Paduka Zaleha Ismail bangun untuk berucap.

Menurut Fuad, beliau terpaksa melanggar protokol kerana ingin membuat penjelasan kepada perwakilan bahagian mengenai isu kenapa beliau tewas pada pilihan raya umum November tahun lalu.

Fuad menjelaskan bahawa kekalahan BN bukan berpunca daripada sikap beliau tetapi lebih 80 peratus kerana isu bersifat nasional terutama isu pemecatan dan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Bagaimanapun ada pihak masih mempersoalkan sikap Fuad sebagai punca kekalahan UMNO di Hulu Klang.   Selepas pilihan raya lalu, Fuad dikatakan menghilangkan diri dan buat halnya sendiri.

Sebagai bekas ADUN dan calon yang bertanding,  Fuad sepatutnya ‘turun ke padang’ juga dan menjenguk rakyat Hulu Klang bagi menghulur bantuan apa-apa yang boleh beliau sumbangkan khidmat bakti selaku salah seorang pemimpin UMNO Gombak. 

Malangnya beliau dikatakan langsung tidak turun ke bawah menjenguk jentera parti yang telah 
bertungkus-lumus berkempen untuknya. 

“Tiada ucapan terima kasih yang biasa dihulurkan oleh seorang pemimpin yang berbudi bahasa walaupun tewas,” kata seorang ahli UMNO cawangan Lembah Keramat.

Seorang pemerhati politik tempatan berkata, beliau hairan bagaimana Fuad boleh ditewaskan oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Azmin Ali dengan jumlah undi majoriti yang agak selesa iaitu sebanyak 1,146. 

Azmin yang mewakili Parti Keadilan Nasional mendapat 9,185 undi, manakala Fuad (BN) mendapat 8,039 undi. 

Kekalahan itu memberi tamparan teruk kepada kredibiliti UMNO  kawasan itu yang selama ini dianggap kubu kuat UMNO.

Pada dua pilihan raya lalu, Fuad berjaya menumpaskan Fahmi Ibrahim bekas Setiausaha Politik Datuk Harun Idris pada 1990, kemudian menumpas dengan mudah calon S46 pada 1995 dengan majoriti 10,275 undi. 

Persoalannya bagaimana sokongan rakyat Hulu Klang sekarang boleh bertukar arah kepada pembangkang.

Tidak dinafikan faktor rakyat kawasan ini majoritinya golongan pertengahan dan mereka boleh menilai prestasi wakil rakyat sama ada perform ataupun tidak..

Kekalahan Fuad kepada Azmin Ali amat  memalukan kepada semua ahli UMNO Hulu Klang.

Jika isu nasional dijadikan ukuran, kenapa tokoh-tokoh pembangkang lain yang lebih hebat dan berpengalaman   tewas di tangan BN, keluh seorang ketua cawangan di Kampung Kemesah.
Banyak tokoh Keadilan lain yang lebih berwibawa jika dibandingkan dengan Azmin Ali seperti Ezam Mohd Nor, 
Dr. Chandra Muzaffar, Ruslan Kassim, Irene Fernandez dan Tien Chua, tetapi kenapa semuanya kalah.

Malah dua tokoh DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga tewas kepada BN.

Kalau diambil kira semua ini, “Siapalah Azmin”, ujarnya dengan penuh rasa kecewa.

Jika dinilai dari segi ketokohan, Fuad dilihat tidak kurang hebat kerana walaupun baru dipilih sebagai ADUN, beliau sudah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Jadi di mana silapnya Fuad hingga pengundi tidak lagi ‘memangkah’ BN dan beliau?

Ada cakap-cakap yang mendakwa pada pilihan raya tahun lalu, nama Fuad hampir digugurkan daripada senarai calon.

Tetapi nasib beliau cerah apabila bapa Fuad, Ustaz Hassan Ashaari dikatakan memohon jasa baik Sultan Selangor supaya memujuk Datuk Seri Abu Hassan supaya mengekalkan Fuad.

Malah ada cerita yang tidak sedap didengar  yang mendakwa sekiranya Fuad tidak dicalonkan, beliau kemungkinan akan menyeberang ke parti Keadilan.

Tidak mungkin semudah itu untuk Fuad menukar haluan dan mencerca kepimpinan UMNO kerana kejayaannya di persada politik selama ini pun kerana jasa UMNO.

Peredaran masa dan senario politik UMNO yang berubah dan banyak pemimpin condong kepada Anwar, sedikit sebanyak mengubah rentak Fuad.

Fuad Hassan sekarang bukan Fuad dahulu lagi, yang lantang dan berani menegur kepincangan pemerintah.

Kedudukan, kuasa dan kemewahan banyak mengujinya beliau sehingga beliau kini dikatakan lupa asal-usul dan akar perjuangannya.

Menurut seorang pemerhati, Fuad tidak menjaga perasaan orang Melayu yang selama ini ibarat akar umbi yang menyokong kekuatan UMNO di Gombak. 

Satu sikap yang tidak digemari oleh mereka ialah kesombongan Fuad.

Apabila diminta bantuan dan sokongan bagi menyelesaikan sesuatu masalah, apatah lagi beliau mempunyai suara dalam mesyuarat Exco dan menjadi pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan seketika dahulu, sanggup memperkecilkan niat baik orang ramai yang membuat aduan.

MENYINDIR
Misalnya dalam isu merobohkan gerai haram tanpa notis oleh pihak berkuasa tempatan, Fuad khabarnya dengan sinis menyindir mereka yang terbabit, semasa gerai (haram) mahu dibina tidak ada pun  notis diberikan, jadi bila nak robohkan, kenapa pihak berkuasa perlu beri notis?

Malah beliau akan marah pihak yang membuat aduan kepada pihak tv dan suratkhabar. 
Bukan sekali dakwaan sikap ‘buruk’ ini diceritakan di kalangan rakyat bawahan di kawasan Gombak.

Sesetengah pihak yang dirisik oleh Suara Hulu Kelang berkata mereka tidak mempersoalkan hak kerajaan untuk menghalau setinggan atau peniaga haram, tetapi kita tidak boleh menerima sikap dan perlakuan biadap dan tidak berhati perut Fuad. 

Di mana adab dan budaya Melayu yang diwarisi oleh Fuad daripada keluarganya.
 “Fuad sudah menjadi ‘kacang lupakan kulit’.Nasihat kita kepada Fuad sekiranya benar beliau dari keturunan orang yang baik-baik, maka tunjukkanlah teladan mulia, akhlak tinggi dan susila yang dihormati,” kata seorang peniaga yang terkenang sikap Fuad suatu ketika dahulu. 

Sebenarnya ada pihak mendakwa Fuad tidak ‘perform’ di Hulu Klang.   Misalnya isu rumah pangsa kos rendah di Keramat Permai yang hampir runtuh dahulu, beliau dikatakan  tidak ambil kisah.

Isu Highland Towers, begitu lama hendak diselesaikan dan kini MPAJ turut dihukum membayar ganti rugi kepada penduduk terbabit.

Isu Kondominium Antheteneum dan Kondo Wangsa Ukay Di Bukit Antarabansa dikatakan Fuad adalah antara orang yang bertanggung-jawab meluluskan projek tersebut kerana beliau ketika itu adalah ADUN Hulu Klang dan ahli lembaga MPAJ, malah beliau juga Exco Perumahan dan 

Kerajaan Tempatan Negeri Selangor.

Bukan semua tokoh politik yang dipilih sebagai wakil rakyat bersifat sombong, tetapi inilah realiti dan tindak-tanduk pemimpin politik UMNO yang kadangkala ‘lembut gigi daripada lidah’ apabila bercakap dan berjanji.

Berdasarkan kisah yang jarang diketengahkan oleh pihak media, apakah sikap ini tidak sedikit pun mempengaruhi pengundi di Hulu Klang?

Apakah yang telah mereka terima daripada Fuad sejak dia menjadi Exco Selangor selama dua penggal?    Beliau ada karisma sebagai pemimpin tetapi sikap itu semakin menghilang dari diri Fuad.