DARI FORUM KOMENTAR

Komentar 8/4/2000

 

Sekali lagi Komentar didedahkan dengan satu artikel yang telah ditulis dalam forum Komentar. Forum itu mengatakan bahawa Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan menolak Agenda The Black 14. Komentar bergesa terus melayari Laman Reform-Black 14 yang sebelum ini telah menyenaraikan nama Onn Abu Bakar sebagai wakil Wilayah Persekutuan. Mungkinkah ini satu fitnah dalam yang ditulis oleh orang yang tidak bertanggung jawab ? Dalam melayari Laman Black 14 nyata nama Onn Abu Bakar telah ditarik dan diganti dengan nama Burhan Daud. Komentar kemudiannya terpaksa mematikan sambungan Internet untuk menalipon rakan-rakan di Kuala Lumpur untuk mengetahui kesahihan tulisan dalam Forum tersebut. Sayang walaupun tulisan itu amat “direct” tetapi ada kebenarannya. Sayang Komentar baru beberapa hari lepas mengucapkan tahniah kepada Onn Abu Bakar kerana mula bertindak mahu membantu gerakan reformasi jalanan. Mungkin ucapan tahniah Komentar datang terlalu awal. Mungkin juga Onn mempunyai masalah tertentu kerana itu namanya ditarik balik. Apa pun sekiranya belum tergerak sanubari Onn untuk memulakan perjuangan bersama-sama reformis jalanan, Komentar tidak berapa kisah. Asalkan jangan ada initiatif dari MANA-MANA PIHAK untuk menghalang perjalanan dan agenda THE BLACK 14. Melainkan ianya diarah oleh Ezam atas sebab yang paling kritikal maka kita akan akur. Kita tidak mahu akur kepada pembatalan THE BLACK 14 semata-mata kerana takut.  Kalau sifat takut dan tidak mahu mengambil risiko ada, apalah ertinya perjuangan . Ingat pesan Sdr Anwar Ibrahim “ jika takut pada risiko usah bicara tentang perjuangan”.

 

Komentar lagi sekali menekankan bahawa kita tentukan Agenda Black 14 dahulu. Setakat ini biarpun Komentar telah dibekalkan dengan pelbagai informasi terhadap isu-isu dalaman parti KOMENTAR tetap menahannya dari di “publish” kerana tidak mahu ianya menganggu gugat Agenda The Black 14.

 

Ayuh Reformis tentukan KEJAYAAN THE BLACK 14

 

Komentar