BILA KRU ADA FORMULA KOMENTAR JUGA ADA FORMULA

Komentar 8/4/2000

 

Formula itu telah ditemui. Formula itu tidak sukar ditemui. Formula itu sebenarnya ada baik pada Barisan Alternatif mahupun Barisan Nasional. Barisan Alternatif dengan gerakkan reformasi telah mula memberitahu Barisan Nasional formula tersebut tetapi BN masih degil untuk mencuba formula itu. Formula ini adalah untuk mengelakkan perbezaan idealogi sesama Melayu. Formula ini dapat menyelamatkan Malaysia dan Melayu khususnya. Kita tidak perlu belanja berlebihan untuk menjalankan formula ini malahan dengan penggunaan formula ini kita akan lebih beruntung dan negara akan lebih selamat. Apkah formula itu. Dimanakan formula itu boleh didapati. Raja~raja boleh menggunakan formula ini untuk apa yang digembar-gemburkan sebagai perpecahan Melayu. Formula ini telah ditemui dengan dengan jalan yang paling sukar akibat ketakutan beberapa pihak akan formula ini. Kenapa mereka takut kalau formula ini boleh mendatangkan kebaikan. Kenapa formula ini digeruni oleh seandainya ia boleh menjana negara kita kepada negara ynag maju. Kenapa dan kenapa ? Atau mungkinkah formula ini perlu disorokkan kerana sekiranya formula ini diambil maka banyak antara golongan UMNO dan Barisan Nasional akan jadi papa kedana. Kenapa? Kerana mereka tidak lagi boleh mengamalkan rasuah, nenek mereka tidak akan dapat projuk-projek mewah untuk memperkayakan keluarga dan kejahatan dalam merebut kemewahan untuk diri dan keluarga terbatas. Mungkin juga, mungkin itulah kerana mereka tidak mahu menggunakan formula ini. Sekiranya mahu tahu formula ini mudah aje:

 

BEBASKAN SDR ANWAR IBRAHIM NESCAYA MELAYU YANG DIKATAKAN BERPECAH AKAN TERUS BERGABUNG. CUBA LAH PAK LAH