KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

31.05.2000

 

Mereka akan terus memfitnah Ezam. Mereka akan terus mencuba agar kredibiliti Ezam punah. Komentar dimaklumkan taktik jahat ini akan menggunakan Zuraidi dan Zul Adha yang baru sahaja menyertai UMNO dengan alasan kononya Ezam tidak lagi menghargai dan sudah tergelincir dari perjuangan asal. Antara yang dimaklumkan kepada Komentar adalah :

 

1.    Penerimaan wang berjumlah hampir 1,000,000.00 dari luar negara dan ini secara tidak langsung mengadaikan negara kita ini.

2.    Mempunyai hubungan sulit dengan Puteri Reformasi dan telah membelanjakan beratus-ratus hanya kerana menalipon Puteri Reformasi.

3.    Terlibat dalam menipu golongan reformis untuk mendapatkan wang bagi diri sendiri.

4.    Mengelapkan wang parti.

5.    Menipu Datin Wan Azizah dalam usaha mendapatkan kemewahan untuk diri sendiri.

 

Semua ini fitnah belaka. Mereka mahu menghancurkan Ezam sebagaimana mereka mahu menghancurkan Anwar Ibrahim. Mereka tahu kekuatan Ezam akan bertambah menjelang pilihanraya nanti dan desakan reformasi Ezam kini disambut dengan gemuruh sekali oleh rakyat lantas menakutkan Mahathir.

 

Ingatlah kalau marah akan corak kepimpinan lawan dan suarakan tentangan pada individu itu tetapi kalau dah keluar parti, ini mesti mempunyai agenda tersendiri.

 

Komentar tak keluar parti pun !

 

Komentar