KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

11.06.2000

Salam Reformasi

 

Mereka masih berbudayakan, mengiakan, menyokong dan melaksanakan fitnah. Mereka kini belajar menggunakan slogan-slogan lucah. Pendokong UMNO sudah mula berjijak-jinak dengan melaung-laung slogan-slogan lucah yang mula menjijikkan. Komentar akui pendokong Barisan Alternatif banyak melaung-laungkan perkataan seperti “Adnan Samseng” tetapi tidak pernah menjerit-jerit perkataan-perkataan lucah lagi keji dan menjijikkan. Ingat Sdr Islam, tuduhan liwat itu adalah satu fitnah besar dan dosa memfitnah amat besar. Terpulang lah kepada kelian sekelian samada mahu terus mendokong pemfitnah besar negara kita ini. Komentar tahu ramai antara pendokong UMNO sedar bahawa tuduhan keatas Anwar Ibrahim adalah fitnah tetapi mendokong atau menyebelahi mereka yang merancana fitnah adalah sama dengan penfitnah. Insyallah , tuhan maha kaya dan tuhan akan membalas segala dosa yang kita lakukan. Komentar dan rakan keADILan harus sedar bahawa usaha dan tenaga kita menghancurkan kepimpinan negara yang berbudayakan fitnah perlu dipertingkatkan. Syarat kejayaan yang pertama ialah kita harus melarikan diri dari budaya yang diamalkan oleh UMNO.

 

Rakan Reformasi sekelian,

 

Yang tahu harus bersuara dan jangan hanya duduk mengiakan kemungkaran. Biar dalam mahu pun luar kita punyai musuh. Musuh utama kita adalah budaya buruk, murahan yang wujud diparti lawan kini agar menular dalam parti kita. Jangan cepat melatah dengan pendedahan kerana sesuatu pendedahan perlu dikaji samaada ianya benar atau hanya berunsur fitnah.

 

Rakan Reformasi sekelian,

 

Carilah apa sebenarnya berlaku dan lihat sendiri sebelum budaya tuduh menuduh menular. Andai ia menular maka apalah beza antara kita dengan UMNO. Perubahan perlu dibuat tetapi kini ada antara kita mula segan dengan tuntutan perubahan dan reformasi.

 

Minda kita, kita yang punya

 

Komentar