Teks Hansard Parlimen Perbahasan Belajawan 2001

Oleh Dato' Haji Fadhil Mohd Noor

Ketua Pembangkang

MO1000

 

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 30 Oktober 2000

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng)

 

mempengerusikan Mesyuarat]

 

 

 

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN (NO.2) 2000

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967; Akta Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

 

 

RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL

 

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2001

Bacaan Kali Yang Kedua

 

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2001

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah "Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang" dan "Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini mengikut sub-seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih dua puluh lapan bilion lapan ratus tiga puluh enam juta tiga ratus empat puluh lapan ribu empat ratus enam puluh ringgit (RM28,836,348,460) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2001, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2001 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 16 Tahun 2000 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan. [27 Oktober 2000]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2001 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun - Yang Berhormat [Memandang ke arah Yang Berhormat bagi Pendang] Ya….

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: …..tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-sebuah majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Pendang sila.

 

11.08 pagi.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang]: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih atas izin yang diberikan untuk saya berucap bagi membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun  2001.

Perbahasan Belanjawan telah menjadi satu agenda tahunan dalam mana-mana amalan demokrasi berparlimen. Bahkan menjadi pencetus keperluan penubuhan Parlimen dalam sejarah amalan demokrasi ala Britain. Justeru, forum dan pentas perdebatan yang membicarakan seluruh pengurusan kewangan, ekonomi dan perbendaharaan negara ini perlu diberi segala penghormatan, kepentingan dan kemuliaan yang selayak dan sewajar baginya.

Kedudukan Belanjawan adalah penting untuk menjadi alat menjaga kesihatan ekonomi secara tahunan, sementara dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bersifat jangka panjang seperti Dasar Pembangunan Negara, Rancangan Malaysia Kelapan dan juga out line perspektif Pelan Tiga, dengan izin, perlu diberi perhatian dan fokus dalam proses untuk membaik puluh pengurusan ekonomi negara secara lebih berkesan dan bersifat jangka jauh.

Dewan ini perlu diingatkan supaya perbincangan Belanjawan Ttahunan yang dilakukan secara rutin mesti disejajarkan dengan polisi dan dasar pengurusan ekonomi dan pembangunan negara untuk lebih bermakna dan berkesan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2001 di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan rasa tertarik kepada bahagian penutup ucapan Menteri Kewangan Jumaat lalu yang merujuk kepada Surah Sabaqq, yang mengajak kita bersyukur kepada pencipta kita yakni Allah S.W.T. atas kemakmuran yang dicurahkannNya kepada kita.

Saya amat bersetuju bahawa segala kesyukuran secara mutlaknya hanya kepada Allah Azzawajalla. Oleh itu janganlah kita sebagai beneficiary daripada kemurahan Al- Khalik itu memaksa dan menuntut orang lain bersyukur kepada diri kita . Sedangkan kita hanya diberi amanah oleh rakyat melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini. Saya nampak Menteri Kewangan cuba mengingatkan hal ini mungkin kepada orang tertentu yang ke sana ke mari cuba meraih simpati, minta disanjung, dipuji dan disyukuri.

Oleh kerana surah ini telah disentuh lebih lanjut daripada itu, elok kita meneliti sejarah kaum Sabaq seperti yang diterangkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran. Menteri Kewangan merujuk kepada ayat 15 yang berbunyi [Membaca sepotong ayat Al-Quran], "Makanlah olehmu dari rezeki Tuhan dan bersyukurlah kepada nNya, sebuah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun."

Dalam ayat 16 selepas itu sebagai sambungan kepada ayat 15 yang dibacakan oleh Menteri Kewangan, erti ayat itu, dalam ayat yang ke-16, Allah S.W.T. berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ertinya "Tetapi mereka berpaling, penduduk-penduduk Sabaq berpaling dan menderhaka kepada Allah kerana tidak mematuhi seluruh perintah-perintah Allah, maka kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan pelbagai musibah dalam pelbagai bentuk dan kami tukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi pohon-pohon yang berbuah pahit, pohon As dan sedikit dari pohon Sidiq."

Ayat yang ke-17 pula menerangkan yang bemaksud, "Dengan demikian Kami memberikan balasan kepada mereka kerana kekufuran mereka dan Kami tidak menjatuhkan azab, yang demikian itu melainkan hanya kepada mereka yang sangat kufur."

Tuan Yang di-Pertua, dinamakan surah ini sebagai Surah As-Sabaq kerana di dalamnya terdapat kaum Sabaq, Sabaq adalah nama satu Kabilah dari pelbagai kabilah Arab yang tinggal di daerah Yaman sekarang ini. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama Kerajaan Sabaqiah, ibu kotanya bernama Makrib kerana telah dapat membangun satu empangan raksasa diberi nama empangan Makrib sehinggakan negara mereka subur dan makmur.

Kemakmuran dan kKemewahan dan kemakmuran ini menyebabkan kaum Sabaq begitu angkuh, lupa dan ingkarkan perintah Allah yang telah melimpahkan nikmatnNya kepada mereka serta mereka juga ingkar akan seruan para Rasul yang diutuskan kepada mereka. Disebabkan keingkaran mereka ini Allah menimpakan mereka azab yang berupa banjir besar yang ditimbulkan oleh bolosnya bendungan empangan Makrib. Setelah empangan Makrib itu pecah, negara Sabaq menjadi kering dan musnah sama sekali.

Ini isyarat daripada Allah yang sangat wajar dijadikan iktibar oleh kita semua terutama oleh mereka yang diberi amanah untuk memerintah bahawa mereka jangan angkuh, kononnya mereka mencipta pelbagai kejayaan, membina KLIA, Menara Kembar, Putrajaya, Cyberjaya dan macam-macam lagi.

Kita tidak menentang secara mutlak pembinaan ini tetapi pembinaannya telah merangsang rasa angkuh dan sombong yang bukan kepalang sehingga lupa diri dan memaksa rakyat supaya bersyukur kepada mereka. Pada hal yang dituntut di sini ialah pemimpin dan rakyat mesti menyatakan dengan jelas rasa kesyukuran mereka atas nikmat dan kurniaan Allah S.W.T.

Kurnia nikmat kepada negara kita bukan sebaliknya iaitu menderhaka kepada Allah kerana menolak hukum dan peraturan-peraturannya. Mereka membina masjid mega untuk menunjukkan konon mereka sangat mengambil berat dengan pembangunan Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka mengadakan pelbagai halangan dan sekatan untuk menghalang dakwah berkembang dengan masjid dan surau dengan hujah kononnya orang yang mengajar membawa unsur politik dan membawa perpecahan. Ini adalah hujah yang sama digunakan di mana sahaja pemerintah sekulear dan antiagama sejak zaman berzaman seperti pemerintahan sekulear Kamal Attartuk di Turki, kerajaan-kerajaan sekulear di dunia Arab seperti Tunisia, Algeria bahkan di Indonesia dan lain-lain pada suatu masa dahulu.

Sebenarnya mereka bimbang jika dakwah berkembang subur rakyat berpegang kepada Islam sekukuhnya, maka rakyat semakin meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional. Ini sebenarnya yang mereka takuti. Mudah-mudahan dengan memahami konteks sebenar ayat ini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah dan sentiasa berharap akan pertolongannya dan bersyukur dengan melaksanakan arahan-arahan dan perintah-perintahnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya memberi tajuk kepada Belanjawan 2001 sebagai ‘Belanjawan Tanpa Arah dan Belum Siap’. Ini kalau semasa ucapan Menteri Kewangan Jumaat lalu, beliau telah menggariskan lima strategi utama,. Nnamun beliau mencadangkan supaya tumpuan khusus diberikan kepada tiga daripada lima teras utama itu, lalu beliau tidak langsung menyentuh strategi mengenal pasti sektor pertumbuhan baru dan strategi meningkatkan kualiti hidup. Kedua-duanya saya rasa amat penting bagi menjamin ekonomi yang berkembang dan berdaya tahan. Bila pula agaknya beliau akan menghuraikan kedua-dua strategi ini? Selagi belum dihurai , saya menganggap Belanjawan ini belum siap.

Jelasnya, Tuan Yang di-Pertua, ekonomi telah semakin pulih dan negara telah keluar dari kegawatan ekonomi. Barisan Alternatif turut menerima kedudukan perkara ini. Kita sedar bahawa pertumbuhan ekonomi dalam tempoh suku tahun pertama 2000 ialah 11.9%. Bank Negara pula mengumumkan pertumbuhan sebanyak 8.8% dalam suku kedua serta pengurangan sebanyak 3%. Kita tidak harus terlalu gusar dengan nilai-nilai ini. Pertumbuhan kepada awal pemulihan telah dipacu oleh sektor pembuatan dengan indeks produksi industri IPI yang tinggi dan juga merupakan sepertiga daripada KDNK dalam suku tahun kedua sektor pembuatan tumbuh sebanyak 20%, sementara sektor pembinaan hanya tumbuh sebanyak 3% dan perkhidmatan sebanyak 6.5%.

Walaupun akaun semasa dan imbangan dagangan nampaknya sihat, import semakin meningkat dan lebihan dagangan semakin menipis kebelakangan ini., Ppakar-pakar ekonomi tempatan telah mula meragukan sama ada pemulihan tahap pertama yang digerakkan oleh pelaburan dan penggunaan awam mampu diikuti oleh pelaburan dan penggunaan pihak swasta. Inilah yang diharapkan akan mencetuskan pemulihan dari segi bekalan kewangan atau money supply dengan izin, dan pertumbuhan pinjaman atau loan gross growth namun ia masih belum dapat dipastikan.

Tuan Yang di-Pertua, kalaupun pemulihan ekonomi tahun 2000 tampaknya macam menyeluruh, kita masih terdedah kepada pelbagai risiko perkembangan negatif dalam senario ekonomi antarabangsa terutama memandangkan pertumbuhan-pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dipacu eksport.

 

 

Pertama, ada risiko berkaitan dengan terjadinya kemelesetan besar di dalam ekonomi Amerika Syarikat sekiranya berlaku kejatuhan di dalam pasaran saham.

Kedua, peningkatan kadar faedah antarabangsa berbanding kadar faedah dalam negara boleh mengurangkan aliran masuk Dana.

Ketiga, jika pasaran elektronik jatuh mendadak pertumbuhan eksport akan terjejas.

Keempat, jika pelaburan terus berada dalam kemelesetan maka pertumbuhan ekonomi dalam tahun 2000 akan turut terjejas.

Kelima, wujud ketidaksejajaran di antara pertumbuhan ekonomi benar dengan pemulihan pasaran saham membayangkan modal jangka pendek dan hot money dengan izin, masih menguasai ekonomi dan pasaran dikuasai oleh kegiatan spekulatif.

Oleh itu adalah bijak untuk melihat pemulihan yang berlangsung sekarang dengan pendekatan yang berhati-hati. Kepincangan dan dialog ini akan terus berlaku dan pelbagai teori dan telahan akan seterusnya dibuat oleh pakar tempatan dan juga antarabangsa.

Saya menjangkakan bahawa Belanjawan kali ini akan mengambil kira senario di dalam penyediaannya. Tetapi seperti ramalan beberapa orang pakar ekonomi ianya bBelanjawan yang tidak ada kelebihan atau keistimewaan mungkin kerana pilihan raya masih jauh.

Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan pembentangan Belanjawan ini secara umumnya mendedahkan kepada satu perancangan ekonomi yang kelam-kabut dan tidak merujuk kepada satu perancangan jangka panjang atau jangka sederhana. Ini kerana kedua-dua pelan yang sedia ada iaitu, ...Outline .....perspective plan dua 2 dan perancangan daripada tahun 1990 sehingga tahun 2000 dan perancangan jangka sederhana, perancangan Rancangan Malaysia Ketujuh tahun 1996 - 2000, kedua-duanya akan tamat dalam tahun 2000 ini. Sementara rangka rancangan jangka panjang seterusnya hanya akan dibentangkan tahun hadapan.

Pihak kerajaan boleh mendakwa bahawa bBelanjawan kali ini adalah lanjutan atau fasar terakhir kepada kedua-dua plan. Tetapi jika meneliti secara mendalam Belanjawan ini tidak lebih daripada Belanjawan politik UMNO - Barisan Nasional dalam usaha mereka mendapatkan semula pengaruh yang terhakis dalam pilihan raya yang lalu. Ianya tidak langsung memberikan gambaran ianya belanjawan untuk pertumbuhan seperti yang didakwa.

Kita juga kagum dengan peruntukan atau hairan dengan peruntukan sejumlah RM204.79 juta yang diperuntukkan kepada JAKIM, RM67.25 juga juta untuk Kementerian Pendidikan dan RM51.34 juta kepada Jabatan Perdana Menteri untuk aktiviti Islam. Semua ini dihapuskan oleh tindakan Kerajaan BN yang cuba memisahkan rakyat daripada institusi ulama k, menekan pendidikan Islam dari peringkat tadika hingga universiti di mana kursus-kursus pendidikan Islam telah dikurangkan.

Pengajian di peringkat universiti umpamanya di UiTM dikurangkan kepada enam semester kepada lima pertiga semester, mengecilkan fungsi masjid, melaga-lagakan masyarakat melalui perlantikan jawatankuasa masjid yang tidak demokratik, melabel gerakan Islam sebagai fanatik, memperkecilkan hasrat rakyat untuk menjuruskan anak mereka dalam jurusan agama, menghalang kuliah-kuliah dan majlis ilmu semata-mata kerana dimakmurkan oleh parti pembangkang kononnya, mengugut untuk mendakwa pemimpin parti pembangkang yang melaksanakan tugas dakwah dan bermacam-macam lagi kerenah pemimpin Barisan Nasional.

Ada juga pemimpin tertinggi UMNO yang berlagak sebagai ulama k dan memberikan fatwa-fatwa termasuk mengenai dengan solat, fatwa-fatwa yang mengelirukan, menggunakan akal semata-mata untuk mempertikaikan hukum syarak dan perintah yang termaktub dalam Al-Quran dan al-sunnah. Sebahagian daripada hujah pemimpin UMNO ini adalah sama dengan pandangan kumpulan antihadis yang sepanjang zaman mahu meruntuhkan akidah umat Islam.

Saya mencadangkan supaya peruntukan khas disediakan kepada JAKIM untuk memulihkan akidah kumpulan antihadis ini serta mana-mana pemimpin negara yang sealiran dengan mereka. Kami tidak dapat menerima sebarang tindakan yang mengsabotajkan Islam.

 

Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak tanya sedikit, sunyi ya.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan kepada JAKIM tahun ini cukup tinggi diberi dan kita minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang setuju atau tidak JAKIM mengendalikan kursus terutama sekali kepada mereka yang diisytiharkan menyeleweng oleh Majlis Fatwa, di antaranya kumpulan antihadis.

Dalam ucapan pemimpin antihadis ini, pemimpin Jjemaah Al-Quran yang berucap dalam mesyuarat aguong mereka, mereka mengatakan bahawa pertubuhan mereka dilindungi oleh Perdana Menteri iaitu, Majlis Fatwa isytihar Jjemaah Al-Quran ini menyeleweng. Presidennya, Pengerusinya kata, ia dilindungi oleh Perdana Menteri sebab itulah mereka tidak ditahan di bawah ISA, tidak seperti orang-orang yang dituduh syiah dan sebagainya - sekarang tiga orang dalam ISA yang telah ditahan begitu banyak dahuluynya. Ertinya, apakah orang Jjeemaah Al-Quran ini perlu, yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dididik oleh JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah atau di lain-lain kursus dan juga orang yang melindungi Jjemaah Al-Quran ini perlu juga diberi kursus oleh JAKIM supaya tidak melindungi satu pertubuhan yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa sebagai "sesat", minta ulasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang. [Ketuk meja[Ketawa Tepuk]. ].

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Memang saya telah mencadangkan dan saya sendiri pun membaca ucapan Kassim Ahmad ini iaitu, Pengerusi Pertubuhan Al-Quran yang mendakwa mereka mendukung Al-Quran, sebenarnya, apabila mana-mana kumpulan yang menolak hadis Rasulullah s.a.w bererti mereka juga menolak Al-Quran. Janganlah mereka cuba hendak menipu, memperdayakan diri mereka dan memperdayakan orang lain. Saya sangat terkejut apabila membaca ucapan itu dan mendapati bahawa pPengerusinya mengakui bahawa mereka mendapat perlindungan daripada Perdana Menteri. Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya JAKIM mestilah dibekalkan dengan tokoh-tokoh Islam yang lebih berwibawa, yang mampu untuk memulihkan akidah kumpulan-kumpulan yang menyeleweng, ini juga boleh memulihkan akidah mereka yang mendukung atau memberi perlindungan atau menyokong kumpulan-kumpulan yang sesat dan menyeleweng ini tanpa mengira kedudukan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat menerima sebarang tindakan yang dianggap sebagai satu sabotaj kepada Islam. Jika BN serius, kita mahu mencadangkan sebahagian peruntukan di atas dijadikan sebagai biasiswa untuk menghantar anak-anak kita ke institusi pengajian Islam seperti Al-Azhar di Mesir, Madinah, Saudi Arabia ataupun universiti-universiti di Jordan dan sebagainya. Janganlah kita meragui masa hadapan lulusan agama ini dan sebagai mata rantai dakwah Islam, mereka mempunyai tugas berat dan penting.

Kami kesal dengan tindakan kerajaan dan menghasut pentadbiran Universiti Al-Azhar untuk tidak menerima kemasukan pelajar Malaysia melainkan mereka yang mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia sahaja, [ketuk meja], [KetawaTepuk]. satu peperiksaan yang dikendalikan oleh kerajaan. sebab Sebelum ini pelajar kita dapat memasuki Al-Azhar berbekalkan pelbagai sijil yang diiktiraf. ....BA sentiasa mahukan pembangunan seimbang dan tidak hanya cenderung kepada pembangunan fizikal semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi lebih lanjut, saya minta JAKIM dan rakan-rakanmasyarakat Islam negara ini melihat satu perlanggaran terhadap Islam yang berlaku dalam keghairahan sebahagian kita mencari keuntungan.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Yang Berhormat Ketua Pembangkang, minta penjelasan sedikit. Saya kurang jelas yang sebenarnya, apakah alasan kerajaan mengehadkan mana-mana pelajar aliran agama yang akan ke Al-Azhar mesti hanya mendapat kelulusan STAM sahaja dan tidak sijil-sijil yang lain. Walhal, sijil-sijil yang lain itu yang dikendalikan oleh pihak-pihak negeri yang sudah sekian lama, berpuluh-puluh tahun telah diluluskan oleh pihak Al-Azhar dan mana-mana universiti terkemuka Islam dunia telah melahirkan tokoh-tokoh agama seperti Ketua Pembangkang sendiri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Terengganu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan juga '‘Yang Amat Berhormat Menteri Agama '’ di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Apakah alasan hanya STAM sahaja, apakah ada rahsia-rahsia di sebalik STAM itu? Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Jeli. Pada hemat saya tidak ada alasan selain daripada hendak menyempit peluang pelajar-pelajar agama dari sSekolah-sekolah a Agama rRakyat dan sekolah-sekolah agama yang dikendalikan oleh negeri-negeri untuk menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi dalam Universiti Al-Azhar, yang merupakan universiti yang tertua, bukan sahaja di dunia Islam tetapi di dunia ini.

Kita juga mendapat penjelasan dari pihak Universiti Al-Azhar sebenarnya satu perjanjian telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan dengan Kerajaan Mesir oleh Kementerian Pendidikan di sana yang membatasi kelayakan untuk memasuki ke Universiti Al-Azhar hanyalah bagi mereka yang memegang Sijil Tinggi Pelajaran Agama yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan sahaja. Dengan itu, kita tidak bersetuju dengan langkah ini kerana terdapat sekolah-sekolah agama yang dikendalikan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang telah pun mendapat pengiktirafan Al-Azhar sejak berpuluh-puluh tahun bahkan adanya di antara sijil-sijil itu yang mendapat pengiktirafan oleh Universiti Al-Azhar sebelum wujudnya Kementerian Pendidikan dan sebelum negara kita merdeka. Tetapi telah....[disampuk].

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun, Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang.

Saya ingin penjelasan kerana kita tidak boleh hendak membuat tuduhan melulu di Parlimen ini melainkan lebih baik kita membuat penjelasan supaya semua pihak faham. STAM ini ialah Sijil Tinggi Agama Malaysia ini ialah untuk menyelaraskan kelulusan-kelulusan pelajaran agama di Malaysia yang hendak melanjutkan pelajaran ke universiti kerana tidak mahu seperti yang ada pada hari ini bertelingkah antara satu dengan lain dan yang lebih hendak dititikberatkan ialah kerana kelemahan Bahasa Arab . Bahasa Arab yang lemah yang dimiliki oleh pelajar-pelajar kita iaitu, menyebabkan supaya diselaraskan semua sijil ini untuk menentukan ia punya i kelayakan hendak menduduki Universiti Al-Azhar. Jadi, itu sebabnya STAM ini menjadi salah satu sebab untuk kita menghantar pelajar-pelajar kita ke universiti, jadi saya ....ianya ingin penjelasan. Apakah penjelasan ini tidak baik?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejak tahun lalu lagi saya mengatakan bahawa kita tidak menentang Sijil sijil STAM ini. Tetapi yang kita tentang ialah usaha, tindakan untuk mempengaruhi Universiti Al-Azhar untuk membatalkan pengiktirafannya terhadap sijil-sijil yang telah sedia diiktiraf.

Persoalan mengenai dengan kelemahan Bahasa Arab, kewujudan Sijil sijil STAM ini juga tidak menjamin penguasaan Bahasa Arab yang baik yang akan dicapai oleh pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Tinggi STAM ini. Kamu boleh mengeluarkan sijil kamu sendiri tetapi jangan menghalang sijil ini dikeluarkan bahkan ianya yang telah sedia diakui dan diiktiraf sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi lebih lanjut, saya minta JAKIM dan masyarakat Islam negara ini melihat satu pelanggaran terhadap Islam yang berlaku terhadap keghairahan sebahagian kita mencari keuntungan. Saya tidak mahu mengulang pendedahan tentang tokoh ternama Melayu yang mempengerusikan syarikat-syarikat judi seperti Magnum Corporation dan Genting Berhad kerana saya yakin semua sudah tahu.

Saya ingin mendedahkan perihal syarikat-syarikat di mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan pemegang saham terbesarnya terlibat melabur dalam syarikat yang aktivitinya yang bertentangan dengan Islam. B begitu juga saham amanah lain dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan KWSP. Sebagai contoh Syarikat Hup Seng Consolidated Berhad di mana PNB memegang 12.56 peratus sahamnya adalah pemegang 25.7 peratus saham Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. KWSP juga mempunyai hampir RM8 juta saham atau 1.12 peratus saham Genting Berhad. Saham Amanah Sabah pula melabur dalam Repco Holding Berhad yang juga merupakan syarikat judi. Lembaga Tabung Angkatan Tentera pula melabur lebih RM62 juta saham dalam Resort World Berhad sebuah lagi syarikat judi.

Sebagaimana yang kita tahu semuanya dalam perbahasan mengenai dengan Akta Rumah Terbuka Judi, Dewan ini telah mendengar pandangan-pandangan dari wakil-wakil pelbagai kaum, walaupun mereka tidak mewakili kaum tetapi mencerminkan yang menyatakan bahawa tidak ada kaum dalam negara ini menjadikan judi sebagai budaya mereka.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Ketua Pembangkang minta penjelasan sedikit. Kita perhatikan bahawa di dalam belanjawan ini, bahawa kerajaan telah pun meningkatkan cukai bagi rokok dan juga bagi arak, umpamanya minuman keras daripada 20% kepada 25% dan juga kerajaan juga mengakui bahawa belia-belia negara rosak disebabkan oleh pusat-pusat snooker dan pusat-pusat video dan telah mengharamkan pusat-pusat snooker dan pusat-pusat video baru-baru ini yakni setelah sepuluh tahun Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan pusat-pusat snooker dan pusat-pusat video. Tetapi kita lihat bahawa kerajaan tidak menunjuk minat untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti perjudian di dalam belanjawan ini. Apakah dan sebab apakah kerajaan bagi pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang memikirkan bahawa judi tidak memberi apa-apa kesan kepada belia-belia negara. Minta penjelasan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang Berhormat dari Jeli. Inilah menunjukkan sikap keragu-raguan UMNO dan Barisan Nasional. Dalam peribahasa Arab mengatakan orang yang sebelah kakinya melangkah ke hadapan dan sebelah lagi melangkah ke belakang, tidak mempunuyai pendirian yang jelas, sikap yang tegas. Satu ketika mereka bimbang dengan gejala sosial yang berlaku, satu ketika mereka merangsangkan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya gejala sosial.

Tuan Yang di-Pertua: Sipitang bangun Yang Berhormat.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya memang mendengar ucapan Yang Berhormat daripada Pendang, Ketua Pembangkang dan kita hormati kenyataan beliau, apa-apa cadangan itu memang baik,. tetapi apakah Yang Berhormat juga sedar bahawa di Terengganu baru-baru ini masih lagi membenarkan penjualan arak. Di negeri Terengganu lesen arak dikeluarkan apakah juga Kerajaan Negeri Terengganu tidak mendapat saham daripada lesen arak tersebut?

Lepas itu pula, Kerajaan Terengganu pula mengalu-alukan kaum Cina memelihara babri di Terengganu, apakah juga saham daripada Kerajaan Terengganu?

Jadi, saya ingat tuduhan Yang Berhormat itu kalau begitu, PAS juga kaki ke depan sebelah, kaki belakang sebelah, jadi, tidak ada beza.

Kita mestilah peka dengan keadaan berbilang kaum, berbilang agama yang ada di negara ini dan kita mesti sensitif dengan keadaan ini. Apakah Kerajaan Terengganu bercadang untuk menghapuskan segala undang-undang dan mengharamkan segala yang berbentuk tidak halal dari segi Islam di negeri Terengganu dan juga Kelantan itu sendiri, saya minta penjelasan. Banyak lagi, kalau saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan juga Yang Berhormat bagi Sipitang. Kita kerajaan yang didukung oleh PAS atau Barisan Alternatif di Terengganu dan di Kelantan. Kita mengasaskan pembangunan kita kepada prinsip-prinsip Islam. Kita akan membenarkan kepada rakyat apa yang dibenarkan oleh Islam. Oleh kerana Islam membenarkan orang-orang yang bukan Islam mengamalkan apa-apa amalan atau budaya yang dibenarkan oleh agama mereka dan Islam melarang kita mengganggu apa-apa amalan yang dilakukan oleh penganut-penganut agama lain selama ianya tidak menyinggung ketenteraman awam. Maka kita membenar, Terengganu dan Kelantan membenarkan penjualan arak untuk orang-orang yang bukan Islam di kalangan mereka dengan mengehadkan jumlah premis yang tertentu sesuai dengan bilangan jumlah penduduk yang bukan Islam di Terengganu dan tidak ada sebarang premis judi yang dibenarkan di Kelantan dan di Terengganu, tidak seperti Barisan Nasional yang mengaut keuntungan beribu-ribu juta daripada judi dan arak. Ini perbezaan.

Ini perbezaan. Umpamanya mengenai dengan judi. Kita telah mendengar perbahasan dalam Dewan ini wakil daripada Sabah, bukan Islam, wakil dari kawasan Gaya, wakil daripada yang mewakili MCA dalam Dewan ini, Gelang Patah, wakil daripada Bagan yang mewakili DAP semuanya bercakap bahawa judi bukan budaya mana-mana kaum termasuk bukan oleh orang-orang Cina, [KetawaTepuk]. mereka tidak mempertahankan amalan judi, bahkan mereka menuntut supaya judi dihapuskan [Disampuk] sama sekali [Disampuk] melainkan UMNO, [KetawaTepuk]. wakil rakyat daripada Arau, seorang wanita UMNO, rupanya dalam UMNO ini wanita pun bermain juga judi juga. [KetawaTepuk].

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat mohon penjelasan.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, hendak beri jalan ya?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya.

 

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay, terima kasih. Sebagai orang tua dalam Dewan ini, saya ingat adalah tidak elok menuduh dengan perasaan marah menuduh wanita UMNO main judi. Kalau ada wanita yang tidak main judi, berdosa Yang Berhormat, ini tuduhan tidak baik, ceritalah, tetapi jangan tuduh kepada wanita. Kalau wanita itu tidak main, apa kata Yang Berhormat sebagai orang alim menuduh sedemikian rupa. Terima kasih.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Ini bukan tuduhan, ini adalah kenyataan, ada lah dalam Hansard Parlimen, wakil rakyat dari Ahli Parlimen Arau yang mempertahankan judi dengan mengatakan, ini kita menghormati budaya kaum, macam juga apa yang disebutkan oleh wakil Sipitang tadi. Ini bukan tuduhan. Jadi, wanita UMNO juga mempertahankan judi.

 

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, itu perbahasan. Tuduh berucap dalam Dewan dengan tuduh orang main judi, jauh bezanya. Kalau tuduh orang main judi, maknanya dia tuduh Ahli Parlimen daripada Arau itu main judi.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Wanita UMNO mempertahankan judi.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Cakap umumlah, tidak ada benda, ini menuduh wanita UMNO. Arau itu menegur bukan maknanya dia main judi. Dia berucap dalam Dewan ini, sama juga dengan Yang Berhormat, bercakap dalam Dewan ini sahaja.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya bukan mengatakan dia main judi.

 

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tadi Yang Berhormat cakap Arau itu tadi. Itu kata saya Yang Berhormat, cakap itu baik-baik.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, wakil daripada Arau mempertahankan judi, mempertahankan amalan judi di atas alasan ianya merupakan budaya pelbagai kaum atau kaum-kaum yang lain.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dan telah dinafikan oleh wakil-wakil yang bukan Melayu dan bukan Islam dan bukan bumiputera yang berucap untuk menolak judi sebagai satu budaya mereka.

 

Tuan Yang di-Pertua: Sipitang bangun Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Jadi, saya katakan bahawa rupanya dalam UMNO ini wanitanya pun mempertahankan judi kalau pun, saya tidak mengatakan wakil Arau itu berjudi.

 

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Mempertahankan dengan main judi - lain.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sipitang bangun, hendak beri jalan atau tidak?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, saya sudah beri kepada dia tadi, Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Sri Gading?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pun samalah juga.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebenarnya banyak lagi yang boleh didedahkan tetapi apa yang saya hendak sebutkan ialah kita tidak mahu pelabur-pelabur dari kalangan umat Islam teraniaya dengan pelaburan mereka dalam saham amanah …

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta sedikit laluan, Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: … atau simpanan mereka dalam tabung …

 

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tabung Angkatan Tentera dan KWSP terlibat dalam pelaburan yang haram. Pengiktirafan terhadap kerja kuat sektor awam yang bersedia berdikit-dikit semasa negara susah, tanpa mengurangkan prestasi kerja mereka.

Saya ingin bertanya kepada umat Islam yang melabur sama ada mereka mahu mendapat hasil daripada aktiviti perjudian atau arak. Bagaimana kita mahu mendapatkan keberkatan apabila aktiviti kita dicemari oleh kejadian, kegiatan haram. Perkara ini mesti dihentikan segera. JAKIM perlu berani bertindak.

Tuan Yang di-Pertua, jika belanjawan asal 2000 yang dibentangkan pada Oktober 1999 adalah belanjawan persediaan pilihan raya bagi BN, belanjawan kali ini adalah belanjawan balas dendam. Ini amat mudah disaksikan apabila Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dalam ulasan mereka selepas pembentangan belanjawan merasionalkan kenapa tiada bonus diberikan untuk kakitangan perkhidmatan awam.

Mereka mengatakan bahawa kenaikan gaji 10% tahun lalu adalah lebih tinggi daripada bonus sebulan. Ini adalah kenyataan yang mengelirukan serta menggambarkan ketidakikhlasan pemimpin negara, apakah mereka tidak dapat membezakan antara kenaikan gaji dengan bonus.

Adakah asas pemberian bonus dan kenaikan gaji itu sama pada anggapan mereka. Tidakkah mereka peduli untuk memahami bahawa kenaikan gaji berkait dengan kos hidup yang sentiasa meningkat sementara bonus adalah bentuk pengiktirafan terhadap kerja kuat sektor awam yang bersedia berdikit-dikit semasa negara susah, tanpa mengurangkan prestasi kerja mereka. Tidakkah kakitangan awam menjadi tulang belakang kepada apa yang dikatakan sebagai pemulihan ekonomi Malaysia, tentunya mereka layak menerima bonus.

Kesatuan-kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam harus bangkit bersuara mempertikaikan permainan kata-kata pemimpin BN ini, kami melihat sikap kebudak-budakan pemimpin BN ini adalah cara mereka menunjukkan rasa marah terhadap kakitangan awam yang telah menggunakan platform demokrasi menyokong parti yang mereka suka dalam pilihan raya yang lalu.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kerajaan mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang cukup hebat semasa tempoh kegawatan ekonomi lalu dan memberikan mereka bonus sebagaimana yang dituntut oleh kesatuan sekerja, MTUC sekurang-kurangnya satu bulan gaji ataupun yang dituntut oleh MTUC sebanyak dua bulan gaji dengan jumlah minimumnya RM1,000. [Tepuk]

Antara yang ketara sifat balas dendam kerajaan ialah tiadanya pemotongan cukai korporat seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sipitang bangun Yang Berhormat, boleh beri jalan atau tidak?

 

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, hanya ingin bertanya sahaja. Kalau boleh, kerana kita memang menghargai.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Ingin tanya sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ketua Pembangkang yang memberi laluan. Kita memang menghargai tugas-tugas pegawai kerajaan dan sebagainya. Kita memang menghargai, mereka memang telah menjalankan tugas baik sehingga negara kita maju dan merekalah penggerak menuju Wawasan 2020. Tanpa ada komitmen daripada pegawai kerajaan ini memang sukar untuk kita mencapai hala tuju ini dan sebab itulah baru-baru ini kerajaan menaikkan 10% dan bonous tidak diberi disebabkan telah diberi ganti 10% sebagai kenaikan gaji itu.

Saya tidak tahulah ini, tahun akan datang barangkali ada bon ous. Kalau kerajaan PAS sayangkan pegawai kerajaan negeri berilah kepada negeri Kelantan dan Terengganu bonous dahulu, 20%, 30%, 40% terpulang kepada mereka untuk membantu. Jadi kita yang lain kita ..…

 

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, nampaknya sahabat saya Yang Berhormat bagi Sipitang sama fikirannya dengan Menteri Kewangan. Tidak memahami status bonous dan kenaikan gaji.

Saya telah sebutkan tadi antara yang ketara sifat balas dendam kerajaan ialah tiadanya pemotongan cukai korporat seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini. Apakah kerajaan juga marah dengan kumpulan-kumpulan peniaga yang dilihat sudah mula cenderung kepada Barisan Alternatif dalam pilihan raya yang lalu.

Jika Barisan Nasional bersikap gentleman dan percaya dengan sistem demokrasi yang selama ini telah mengurniakan mereka kuasa, mereka juga harus bersedia untuk menerima hukuman rakyat melalui sistem yang sama apabila mereka menyeleweng. Kita melihat tingkah laku sumbang dan balas dendam Barisan Nasional ini juga berlaku di negeri Terengganu. Menteri Kewangan cuba berbohong dalam Parlimen ini apabila menyamakan royalti minyak….

 

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat perkataan bohong itu adalah unparliamentary dalam Parliamentary Yang Berhormat, minta tarik balik Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya kata "cuba" Tuan Yang di-Pertua. "Cuba" pun tidak boleh.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat perkataan itu un Pparliamentary Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Cuba mengelirukan Parlimen

 

Tuan Yang di-Pertua: Perkataan itu serupa Yang Berhormat. mMinta cuba jangan lah menggunakan perkataan "bohong " ataupun "menipu " itu. Saya mintalah.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: "Mengelirukan" boleh.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya boleh.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya menggunakan perkataan "mengelirukan".

 

Tuan Yang di-Pertua: Minta tarik balik perkataan tadi Yang Berhormat. Minta tarik balik perkataan tadi Yang Berhormat ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apalah bagi menghormati Tuan Yang di-Pertua saya tariklah.

Menteri kewangan telah cuba untuk mengelirukan Parlimen kerana apabila menyamakan royalti minyak kepunyaan Terengganu dengan ehsan yang entah dari mana datangnya. Ehsan itu pun tidak diberikan tafsiran yang tetpapt. Perkara ehsan adalah perkataan Islam.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Sri Gading bangun Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apa, saya beri sekali lagi Tuan Yang di-Pertua.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Menteri Kewangan jelas telah menyatakan pada 27 hari bulan, kalau masih ada rasa keraguan, tidak puas hati bawalah perkara ini ke mahkamah, habislah kisah. Mahkamah boleh memutuskan. Jadi lebih baiklah. iIni adalah satu permintaan daripada Menteri Kewangan untuk menjelaskan segala kekeliruan jikalau berbangkit. Jadi bawa ke mahkamah selesai masalah itu sahaja. Terima kasih ,. sSetuju tak Yang Berhormat Ketua Pembangkang bawa ke mahkamah.

 

Beberapa Ahli Pembangkang: Mahkamah, mahkamah penipuAhmad Nispu’.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jangan jadikan isu politik.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak perlu melayan, kerana itu soal yang lain.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Ketua Pembangkang tolong layan saya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apa,perlu kita bincang.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Minta layan Kuala Kedah sedikit. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen tempat orang kata the highest body ialah untuk membuat undang-undang dan sebagainya. Oleh itu bercakap di Parlimen ini kena menghormati orang-orang yang terdahulu. Kalau dia ubah yang dahulu, berertinya bercakap tidak betul ataupun dalam bahasa yang lain bohong.

 

Tuan Yang di-Pertua: Perkataan Yang Berhormat itu.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Tidak betul, bercakap tidak betul. Misalnya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan pPetronas untuk mencari gali minyak sepanjang pantai , sama ada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat ataupun kepentingan bersama, nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh setiap negeri. jJawab Perdana Menteri. Ini bukan backbuancher ya, Perdana Menteri. Perdana Menteri ini bernama Allahyarham Tun Abdul Razak.

Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia melai ankan di Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu, Kerajaan Negeri di Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai, diperoleh negeri masing-masing sama ada diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas atau agen-agen atau kontraktor-kontraktornya. Adakah Tun Abdul Razak bohong, Menteri Kewangan bohong ?.

 

Seorang Ahli Pembangkang: Ha jawab. [Tepuk]

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Jadi ini Parlimen Tuan Yang di-Pertua, kalau Perdana Menteri yang berwibawa begitu telah bercakap duit iaitu 5%, sedangkan Menteri Kewangan sendiri menafikan, kena buat pindaan Akta Petroleum untuk menarik balik 5% itu, kalau tidak hHansanrd ini kita buang semua dalam parit dan Parlimen ini tidak guna bersidang, tempat bohong. [Tepuk]. Jadi minta Ketua Pembangkang ulas, sekarang perkataan bohong saya tarik dan saya gunakan perkataan menipu. [Ketawa]

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya sila.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Memang kita mempunyai himpunan-himpunan hHansanrd Parlimen yang membincangkan mengenai dengan isu royalti dan isu petroleum di dalam Parlimen ini. Tidak ada sebutan dalam perbahasan semenjak tahun 1980, 1982 dan seterusnya, yang menyebutkan perkataan ehsan dalam perbahasan ini. Jadi ini satu putar belit yang dilakukan oleh Menteri Kewangan. Putar belit tidak boleh Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Boleh Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Untuk melayan sedikit daripada Yang Berhormat bagi Sri Gading tadi, soal ….

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

 

Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan atau tidak.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sekejap, hendak jawab Yang Berhormat bagi Sri Gading. Bukan tidak boleh Terengganu membawa kes ini ke mahkamah, memang boleh tetapi apa yang dibimbangi kalau-kalau nanti Menteri Kewangan dipanggil menjadi saksi, dia berdolak dalik dan tidak akan pergi ke mahkamah.

 

Beberapa Ahli Pembangkang : Ya [Ketawa]

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini sudah berlaku dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, bila Perdana Menteri

 

Beberapa Ahli Pembangkang : Ya, [Tepuk]

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dan beberapa orang menteri dipanggil untuk memberi saksi, mereka berdolak-dalik meminta mahkamah meminta mahkamah menyatakan mereka tidak perlu menjadi saksi.

 

Beberapa Ahli Pembangkang: Ya [Tepuk]

 

Seorang Ahli: Takut

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Boleh minta laluan sedikit.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya hendak beri jalan tidak.

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak pernah tanya lagi ini. Pertama kali hendak bertanya Ketua Pembangkang.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Oleh kerana dia tidak bertanya lagi jadi tidak apalah.

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasihlah. Tadi Ketua Pembangkang ada mengatakan tidak perlu perkara ini dibawa ke mahkamah. Saya hendak bertanya, adakah PAS takut hendak membawa perkara ini ke mahkamah.

 

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: No, no yang lain jangan campur. Hendak bangun. Saya cuma hendak tanya itu sahaja. Adakah takut dengan kenyataan untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Itu sahaja., kalau tTakut kalah kah.? Jadi minta penjelasan. Janganlah Ketua Pembangkang kata tidak perlu dijawab. Kita menghormati Ketua Pembangkang sebagai contoh, role mod ael di Parlimen ini. Terima kasih

 

Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. Tuan Yang di-Pertua soal mahkamah ini saya tidaklah hendak menyebutkan dalam Parlimen ini untuk menambah buruk lagi eimej mahkamah dalam negara kita. Kerana dunia semua mengetahui tentang kebebasan kehakiman, kebebasan sistem keadilan yang berlaku dalam negara kita. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang melihat dengan pandangan yang tidak yakin tetapi masyarakat antarabangsa juga terutama di kalangan pengamal-pengamal undang-undang juga mengkritik dengan sistem perundangan yang berlaku dalam negara kita.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini saya ingat kena hati-hati sedikit Ketua Pembangkang ini kita…

 

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, pohon penjelasan.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Itu pandangan tentang institusi kehakiman. sSaya rasa kita jangan bawa institusi kehakiman ke mari. Ini mungkin dianggap kita membuat satu pandangan yang tidak begitu baik untuk mahkamah.

 

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ini hendak jaga Ketua Pembangkang kamu ini.

 

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya belum beri jalan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rompin sudah bangun.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak beri jalan kepada Yang Berhormat bagi Rompin. Siapa suruh dia bercakapm pandai-pandai.

 

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua , pohon penjelasan.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya ada yang bangun di belakang.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan mesyuarat.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: 36(6) seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas seseorang ahli lain. Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi telah mengeluarkan sangkaan jahat kepada Menteri Kewangan yang membuat presumption bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan nanti tidak akan menghormati perintah mahkamah kalau kes ini dibawa ke mahkamah. Ini satu sangkaan jahat. Berbalik kepada kes-kes yang lepas Tuan Yang di-Pertua pun sedia maklum prosedur kita hendak sapina seorang saksi , ada peraturan-peraturan tertentu. Jadi ini harus ditarik balik. Tidak boleh menganggap bahawa Ahli-ahli Parlimen tidak mahu menghormati keputusan mahkamah. Ini sangkaan jahat Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Yang Berhormat bagi Tumpat tadi.

 

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Pohon penjelasan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang menyebut dalam menjawab soalan tadi berkaitan dengan sistem kehakiman. Saya pohon penjelasan dan pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang mengenai satu laporan yang kita ada yang merujuk kepada suatu kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Hong Kong yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru sahaja pergi.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan mesyuarat]

Yang menyatakan mengikut laporan oleh pPolitical and eEconomic Risk reach c Consultancy bahawa tempat Malaysia dari segi keyakinan dunia pedagang kepada sistem kehakiman dan hakim-hakim kita, jatuh kepada nombor lapan. Nombor satu Singapura, nombor dua Jepun, Nnombor tiga Hong Kong, nombor empat Taiwan, nombor lima Filipina, nombor enam Thailand, nombor tujuh Korea Selatan, nombor lapan Malaysia dan apakah pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kenyataan Yang Berhormat Dato’ Megat Najmuddin, PresidenPresident for Federation of pPublic luList iedst cCompany yang mengatakan bahawa the country needs better judges to counter lo w ok confident in its illegal system. Negara ini memerlukan hakim-hakim yang lebih baik untuk meyakinkan dunia perdagangan akan sistem kehakiman negara kita. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, perkara 36(8). Yang Berhormat bagi Tumpat ini cuba hendak mengalihkan perhatian. Ini 36(8).

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dia jelaskan.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 36(8) Tumpat cuba hendak mengalihkan ini kepada yang lain. Cuba baca 36(8), kita tidak boleh menyentuh tentang sifat-sifat di bawah itu Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu. Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Negeri ataupun hakim-hakim. Kita tidak boleh menyentuh sifat-sifat hakim-hakim. Yang Berhormat bagi Tumpat cuba membawa kepada perkara yang lain. Ini saya kalau boleh beralih kepada perkara yang dikatakan sekarang. Ya.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa Yang Berhormat duduk.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Kita tidak hendak menyentuh dalam Dewan yang mulia ini , institusi Parlimen tidak boleh mempersoalkan institusi yang lain. Jangan Yang Berhormat bagi Tumpat hendak membawa perkara yang lain. Ini bukan ceramah di luar. Ini Dewan.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk-duduk Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini disebabkan oleh kerana wakil Yang Berhormat bagi Sri Gading mencabar Yang Berhormat bagiKerajaan Negeri Terengganu untuk membawa kes ini ke mahkamah. Jadi persoalan amahk amah harus diperjelaskan, mengikut pandangan bukan sahaja seorang tetapi pandangan berbagai pihak dan saya bersetuju.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Satu lagi, jawab sekalilah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yyang Berhormat jaga undang-undang. Beliau buat Ph. D di antaranya mempertikaikan sistem kehakiman di Malaysia dikuasai oleh eksekutif.

 

Seorang Ahli: Betul.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Adakah kerajaan bersetuju pecat menteri itu. Kerana dia menjadi menteri undang-undang sedangkan dia kata bahawa di Malaysia ini eksekutif yang menguasai kehakiman. Kamilah yang menjadikan tambahan bukunya itu, bahan ceramah di seluruh negara. Kami yang tidak tahu undang-undang baca buku Dr. Rais Yatim untuk memahami undang-undang bagaimana eksekutif menguasai kerajaan.

 

Beberapa Ahli: [Menyampuk][Tepuk]

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Sekarang pecat menteri itu setuju atau tidak. Minta Perdana Menteri mempecat dia.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini bukan kuasa kita, tidak payahlah.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh wakil Yang Berhormat bagi Tumpat dan juga Yang Berhormat bagi Kuala Kedah berhubung dengan sikap berubah-ubah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ditugas kan untuk menjaga hal-hal undang-undang. Beliau ini memang berubah-ubah bukan sahaja dari pandangan dan sikap tetapi juga dari segi platformnya, berubah-ubah. Orang yang seperti ini, orang yang tidak berprinsip seperti ini tidak boleh diambil kira. Memang saya telah menyentuh soal buku yang ditulis oleh beliau, tesisnya itu dalam ucapan yang lalu.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Tanjung Karang.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: sSaya tidak beri jalan.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Bolehlah, sekali sahaja.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sekali sahaja, last selepas ini sudah tidak kacau lagi.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tolong sekali sahaja

 

Beberapa Ahli: [Sorak] [Tepuk]

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ini sebab kita ada bukti ini. Minta penjelasan ini. Hendak minta bukti ini. Hendak minta penerangan sahaja ini.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri, berilah Yang Berhormat.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Ini dalam surat khabar ini, saya hendak bertanya.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri jalan.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Hendak minta penjelasan ini.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Berilah, bagi dia puas hati.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha dia beri.

 

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Saya hendak tanya pendapat daripada pihak pembangkang. Adakah pembangkang ini dia lebih percaya kepada mahkamah ataupun dia lebih percaya kepada fitnah. Ini dua perkara., sSaya hendak baca ini ya. Kkenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi MarangTuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dalam surat khabar Islah , ini bukan surat khabar UMNO, surat khabar pembangkang. Saya hendak baca ini. Tajuk dia, guna royalti minyak langgan perempuan. Dia beritahu di sini, saya ambil antaranya, kerja mereka cukup memalukan. Wang hasil royalti minyak itu digunakan untuk perempuan, minum arak dan melakukan maksiat. Kita ada bukti nyata tentang hal ini, katanya sambil mengingatkan bahawa ada bukti ‘berlori-lori tentang penyelewengan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Jadi kalau betul PAS ada bukti, mengapa tidak bawa ke mahkamah. Adakah PAS lebih suka menaburkan fitnah seperti ini. Menuduh pemimpin dahulu menggunakan wang untuk maksiat dan perempuan di dalam surat khabar tanpa memberikan bukti-bukti yang kukuh. Kita sedia maklum, bukti yang kukuh ini kena ada di mahkamah. Kalau macam ini memang saya tidak hairan. Memang tabiat dan perangai pembangkang suka menaburkan fitnah. Yang mana lebih baik , sama ada kita membawa kes ini ke mahkamah ataupun berterusan menaburkan fitnah di kalangan rakyat.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat jawab dahulu.

 

Seorang Ahli: Siapa hendak jawab

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: …..sekali. Penudah nanti tidak jawab semua nampaknya. Kak ara***

Tuan Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut sebagai fitnah itu bukan fitnah, kita mempunya i proof, ada puncanya.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini tidak mahu, ini tidak mahu Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak boleh jawab. Itu menjawab tuduhan dia sebab itu saya tidak bagi. [Ketawa]. Sekarang ini di antara Tanjong Karang dengan Pendang. Jadi Pendang hendak jawab, jawablah kalau tidak hendak jawab, awak orang berdiri minta penjelasan.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang Berhormat, saya percaya bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan itu sudah tentu beliau mempunyai bukti yang cukup kukuh dan insya-Allah akan sampai masanya untuk Yang Berhormat Tanjong Karang akan mengetahui bukti-bukti itu. [Tepuk].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tumpat minta lagi.

 

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Saya pohon penjelasan dari Ketua Pembangkang adakah Ketua Pembangkang sedar bahawa dari segi membawa kes ini kepada mahkamah seperti yang dirujuk oleh Tanjong Karang itu adalah tugas orang yang kena tuduh atau merasakan mereka yang kena tuduh ataupun kalau kes itu kes jenayah oleh pihak pPeguam nNegara dan bukannya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dan dibaca oleh Yang Berhormat tadi.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, memang Tuan Yang di-Pertua bahawa undang-undang menentukan bahawa kes-kes jenayah hanya pPeguam nNegara sahaja yang berhak untuk membawakan kes-kes itu ke mahkamah. Insya-Allah, jika penyiasatan dibuat lengkap saya rasa kKerajaan Terengganu akan mengemukakan kes itu untuk dirujuk kepada pPeguam nNegara untuk diambil tindakan-tindakan jika terdapat kesalahan-kesalahan jenayah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mengenai wang royalti minyak ini.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sungai Petani bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dia hendak buat apa itu?

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak tahu dia. Dia minta penjelasan. [Ketawa]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tidak, tidak. Minta penjelasan sedikit.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Cakaplah, bangkit berdiri sahaja siapa pun boleh bangkit.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, minta penjelasan. Bagi?

 

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sebelum kita dapat penjelasan…

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia belum tentu lagi bagi tidak bagi. Pendang bagi?

 

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Bolehlah sekali sahaja.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia hendak minta penjelasan.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta penjelasan. .

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Penjelasan Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apalah, bagilah.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Silalah.

 

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang. Banyak Dato’ telah beri penjelasan begitu begini dan juga disambut oleh ahli-ahli dan disokong oleh parti pembangkang. Nampaknya kita tidak perlu lagilah putar belit sana sini mengatakan itu bawa mahkamah dia kata mahkamah nampak macam tidak betul , kata dia nampak macam tidak betul kemudian keluarnya evidence , keluarnya kata orang itu kata orang ini kata di Hong Konglah. Banyak sangat ini cerita-cerita.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, apa penjelasan yang dia hendak buat.?

 

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi penjelasan saya apakala sudah banyak sangat macam itu Yang Berhormat sudah bangkit, sekarang saya hendak minta penjelasan dari Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang apa tunggu lagi, terus sahaja, ayuh bawa ke mahkamah kes ini. [Sorak]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ala, hak itu la sahaja pun. Mahkamah Ahmad Neisfu. [Ketawa]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, rakyat telah melihat sendiri isu perjanjian antara Petronas dengan kKerajaan Terengganu. Kita juga telah membaca sendiri isi ucapan pemimpin negara dalam Parlimen pada masa lalu yang dicatiat dalam hHan dsard Parlimen yang mengakui bahawa bayaran tunai kepada kKerajaan Terengganu oleh Petronas adalah bayaran royalti. Sehingga dalam lLaporan aAudit nNegara mengenai dengan perjalanan audit negarakewangan Negeri Terengganu sehingga tahun 1998 Jabatan Audit Negara masih menyebut bahawa bayaran oleh Petronas itu sebagai bayaran royalti. Dalam muka 10 jJadual 8 - hasil tahun 1998 berbanding hasil 1997, Ketua Audit Negara menyebut royalti petroleum dan gas , beliau tidak menyebutkan ehsan sebagaimana disebutkan oleh Menteri Kewangan. [Sorak] [Tepuk]

Sejak bila pemimpin UMNO mendapat mimpi untuk menukar royalti kepada ehsan.?

 

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukan mimpi, mamai, mamai.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pada hal sewaktu Perdana Menteri membuat kenyataan ketika beliau pulang daripada lawatan ke Mesir menyatakan tentang wang royalti ini sebagai ehsan, Ketua Eksekutif Petronas menyatakan bahawa memang ada perjanjian bayaran royalti yang mesti dibuat oleh Petronas kepada kKerajaan Terengganu. [Tepuk]. Bahkan dalam sepanjang budget negeri Terengganu sejak 22 tahun yang lalu , begitu juga dalam kenyataan-kenyataan rasmi oleh Ketua Audit Negara menyebutkan bayaran itu sebagai bayaran royalti dan bukan bayaran ehsan. Itu pun kerajaan tidak memahami apakah itu ehsan sebenarnya. Ehsan ’ dalam Islam ialah kamu membuat sesuatu kebaikan yang lebih melebihi daripada satu kewajipan. Itu ehsan. Bukan mengambil wang orang kemudian menaburkan balik kepada orang-orang tertentu dikatakan ini pemberian ehsan. Kalau mengikut perjanjian itu jelas bahawa 5% daripada perolehan Petronas daripada hasil petroleum dan gas adalah menjadi milik kKerajaan nNegeri Terengganu sebagai satu royalti.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat… .

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Jeli berdiri ya.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Ketua Pembangkang, minta satu soalan lagi kalau boleh , penjelasan.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak bagi jalan?.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Dato’ Ketua Pembangkang. Bila kita meneliti hHansard perjalanan Parlimen yang lepas-lepas bermula daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Haji Abdul Razak ayahanda kepada Menteri Pertahanan sekarang , diikuti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ketiga Allahyarham Tun Hussien Onn ayahanda kepada Menteri Belia dan Sukan sekarang , dan diikuti dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sekarang Dato’ Seri Dr. Haji Mahathir sehingga kepada tarikh 27 Oktober 2000 hHansard-hHansard tersebut semua menyebut di dalam perjalanan Dewan ini semasa disoal balas, semasa sesi soal balas dan sebagainya semua menyebut perkataan royalti. Tidak ada satu pun perkataan sebelum itu yang menyebut ehsan ’ dan apa bahasa-bahasa lainnya. Tetapi kenapa pada tanggal 27 Oktober tahun 2000 satu malapetaka bahasa telah berlaku bila mana ada satu hamba Allah yang menukar perkataan ‘royalti kepada ‘ehsan. Apa sebab jadi begini?. Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang jawab alasan sebab-sebab kenapa royalti ditukar kepada bahasa ehsan semenjak 27 Oktober 2000. Sekian terima kasih..

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak boleh jawab. [Ketawa] Hendak jawab, jawablah tetapi tidaklah serupa kerajaan jawab. Sila, sila.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa keputusan yang diambil oleh kKerajaan Barisan Nasional pusat untuk merampas pertama menahan royalti itu dibayar oleh Petronas kepada kKerajaan Terengganu adalah atas agenda politik UMNO Terengganu dan politik UMNO Malaysia. Ini kita dapat buktikan daripada satu perbincangan yang diatur di negeri Terengganu oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan pemimpin-pemimpin UMNO negeri Terengganu yang juga dipanggil dijemput bersama pegawai-pegawai dari JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Terengganu untuk berbincang tentang royalti minyak di Terengganu. Atas kapasiti apa orang yang bernama Mustafa Mohamad itu memanggil kakitangan kerajaan untuk berbincang bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu mengenai dengan isu royalti minyak di Terengganu. [Tepuk] .

Kita mempunyai cukup bukti di mana UMNO Terengganu mendesak kerana UMNO Terengganu telah hampir mati selepas pilihan raya yang lalu. Rakyat tidak lagi menerima UMNO di Terengganu.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Minta penjelasan sedikit.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Mereka tidak ada sumber untuk membiayai perjalanan mereka.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Pendang.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: DuaKedua-duanya saya telah beri tadi.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Eh, belum.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya minta mereka dengar dulu apa saya hendak cakap.

 

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya belum diberi.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tiga berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi tidak bagi?.

 

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Bagi. Ketua Pembangkang baik hati mesti bagi.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apa, bagilah.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang mana satu? Daripada empat itu yang mana?.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed : Yang mana, yang mana?

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang mana satu pilihan?

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Okaylah Rompin. Terima kasih.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha , Rompin. Sila Rompin.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya nampak dari segi Ketua Pembangkang ini hatinya baik. Tetapi kadang-kadang itu yang nota-nota dihantar daripada belakang itu. Yang sebenarnya yang berdiri ini tadi dia terpaksa terima kasih kepada Ketua Pembangkang yang menyelamatkan nyawa dia baru ini dalam pilihan raya. Kelantan tidak terima dia hantar ke Kedah. Alhamdulillahlah Ketua Pembangkang orang Kedah, dapat juga selamat sebab orang Kelantan tidak mahu terima dia. Sebab ada kes yang kita tahu dekat hotel itu kita tahulah. [Ketawa].

Tuan Mohamad bin Sabu: Sekali lagi saya pergi Rompin, Yang Berhormat.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Ketawa]

Tuan Mohamad bin Sabu: Saya pergi Rompin sekali lagi, insya-Allah.

 

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih. Saya berbalik minta maaf Yang Berhormat. Berbalik kepada isu ini, saya minta penjelasan kepada Ketua Pembangkang , isu wang ini atas apa nama juga dia tetap disalurkan kepada rakyat Terengganu. Yang apa ini gawat dan bangun orang Terengganu ini. Kalau wang itu dibawa ke negeri Pahang barulah ataupun dibagi ke Johorkah. Wang itu tetap diperuntukkan kepada rakyat Terengganu, itu apa isunya? Bermakna yang kita tahu bagi kepada rakyat Terengganu, kalau wang itu disalur kepada negeri lain mungkin boleh menjadi isunya, rakyat Terengganu tidak terbela. Wang untuk rakyat Terengganu dibagi kepada negeri yang lain ,. mMungkin ada isunya.

Yang keduanya, saya nampak aAhli Parlimen Dungun ada. Dia ini orang lawyer. Lawyerkan? Dengan izin, the man behind the sState gGovernment of Terengganu. Betul, dari segi kKerajaan Terengganu latar belakang saya terima kalau dibanding dengan kKerajaan Kelantan orangnya berkaliber macam Dungun itu sendiri, termasuk juga the lop Lord Presidentpresiden. Bekas lop presidenLord President ya? Bekas ya?. Exco kerajaan. Bermakna kalaulah ada perkara yang tidak puas hati, the legal recalls with cost, dengan izin, patut diambil. Gunakanlah kesempatan ini kita bawa kepada mahkamah. Tumpat dia sebelah sini dulu dia bersetuju. Bila belah sana dia lagu lain sikit. sikit. Ini biasalahah dia kata Dato’ Rais Yatim lagu lain-lain. Tumpat tidak lagu lain-lain? Lagu lain juga.

Itu saya minta kalau boleh Ketua Pembangkang nasihat kepada anak buah belakang itu, nasihat kepada kKerajaan Terengganu sebab sebagai Presiden PAS dia boleh menasihati kepada kKerajaan Terengganu. Itu kalau Terengganu hendak dengar kata kepada Presiden PASlah. Tetapi kadang-kadang PAS Terengganu ini tidak mahu ikut juga pPresiden dia. Minta pandangan daripada Ketua Pembangkang sikit.

 

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Mahkamah A.R . Tompellah.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya penyokong-penyokong kerajaan tidak ada alasan lain selain daripada isu mahkamah.

 

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Penjelasan Dato’. Ringkas.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak jawab dulukah ataupun hendak minta penjelasan. Dia hendak jawab dulu .

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya hendak menjelaskan tentang isu-isu yang dibangkitkan tadi. Apa yang dibangkitkan oleh Tumpat dan lain-lain tadi iaitu mengenai dengan kenapa kita menentang hak yang semestinya diperolehi oleh kKerajaan Terengganu dirampas oleh kKerajaan pPusat. Kita menentang rampasan itu..

Wang Petronas, selain daripada kita mempunyai rekod dalam hHansard Parlimen , jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri yang ada sekarang , Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang Parlimen yang bertarikh 17 November 1982, antara lain beliau menyatakan "Berdasarkan kepada sikap dan dasar inilah maka kKerajaan Pusat dan Kerajaan pPersekutuan telah membuat pertimbangan yang penuh teliti mengenai kadar pembayaran royalti dari hasil pengeluaran minyak yang harus dibayar kepada kKerajaan nNegeri Sabah, Sarawak dan Terengganu." Beliau menyebut perkataan ‘royalti, beliau tidak menyebut perkataan ehsan. Entah syaitan mana yang membisikkan ke telinganya untuk menukar perkataan ‘royalti minyak kepadaehsan ’.

 

Kerajaan tidak bercadang kata beliau untuk menaikkan kadar…ziana..

Ziana 1220

Dato’ Fadzil: …entah syaitan mana yang membisikkan ke telinganya untuk menukarkan perkataan royalti minyak kepada ehsan. (Effa)

Kerajaan tidak bercadang, kata beliau, untuk menaikkan kadar pembayaran royalti yang sedia ada. Itu tidak apalah, tidak naik 5%. Kita Tetapi bagilah 5% itu. Kemudian, dalam Hansard ini juga menyebut seorang wakil UMNO Barisan Nasional daripada Pasir Putih menyoal kepada Perdana Menteri, "Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada jawapannya, telah menyebutkan bahawa kerajaan telah pun memberi royalti kepada negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu." Ahli Parlimen UMNO pun mengaku pada waktu itu, itulah royalti. Cuma Ahli Parlimen sehari dua ini sahaja yang tersasul. "Setakat ini, sebanyak manakah setahun yang diterima dari segi wang bukan dari segi peratus yang diterima oleh ketiga-tiga buah negeri tersebut?"

Satu lagi pertanyaan yang dikemukakan oleh wakil yang sama kepada Perdana Menteri, beliau berkata, saya quote, "Tuan Yang di-Pertua, say a ingin bertanya sekali lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, daripada jawapan Yang Amat Berhormat tadi bahawa dalam masa tiga tahun negeri Terengganu telah mendapat RM300 juta. Ini merupakan minat parti pembangkang untuk merampas negeri Terengganu. Jadi, apakah pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai usaha kuasa yang lebih untuk menentu, menambah ataupun mengurangkan royalti pada masa akan datang?". Dia sebut juga perkataan royalti ’.

Perdana Menteri menjawab, "Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kemungkinan ini tidak akan wujud sama sekali kerana tidak mungkin….." kata beliau, "….parti pembangkang menang di Terengganu". Ini satu sikap yang lupa daratan, angkuh, yang menganggap seolah-olah dia yang berkuasa. Dia lupa kepada kuasa Allah s.w.t. [Membacakan beberapa potong ayat Al-Quran] Kuasa itu sebenarnya di tangan Allah. Dia yang berhak memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kuasa itu daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat ya. Parit Sulong. Hendak bagi jalan? Ha, sila.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Dato’ Ketua Pembangkang, tadi pertanyaan daripada Rompin tidak dijawab. Pokoknya sekarang, sama ada wang itu masih lagi diberikan kepada Kerajaan Terengganu atau tidak. Kalau melihat daripada kita, masih lagi diberikan hanya menerusi saluran yang sama dan mungkin diberikan nama yang lain. Jadi, soalnya sekarang, kalau pihak pembangkang ingin menegaskan Dewan yang mulia ini bahawa rakyat Terengganu tidak lagi menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, hasil daripada minyak itu adalah tidak benar.

Yang kedua, adakah Yang Berhormat telah melihat perjanjian itu di mana perjanjian itu hanya mengatakan bahawa minyak yang dikeluarkan dalam kawasan Terengganu dan perairan yang tidak termasuk di dalam kawasan zon zone economic exclusive? Itu saya hendak tahu daripada pihak pembangkang. Terima kasih.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, ini perjanjian. [Menunjukkan satu dokumen perjanjian] Ini perjanjian yang jelas, yang mungkin wakil dari Parit Sulong tidak membaca. Saya percaya kalau wakil dari Parit Sulong berminat untuk mendapatkan butir-butir perjanjian ini, mereka boleh menghubungi Pejabat Ketua Pembangkang kemudian ini. Jelas.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Ketua Pembangkang, pendek sahaja soalan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak jawab dahulu kah atau hendak minta penjelasan?

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya hendak terangkan sedikit pasal beberapa dua persoalan yang dibangkitkan oleh Rompin dan juga Parit Sulong.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak jawab dahulu ya?

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Saya Tak, hendak lawan pembangkang ini.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia hendak jawab dahulu, Yang Berhormat.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak apalah.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Sikit sahaja.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Boleh, sekali kot.

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Kalaulah perjanjian itu tidak betul, Petronas tersilap bayar, mahu atau tidak Kerajaan Pusat mengarahkan supaya Kerajaan Terengganu bayar balik kepada Kerajaan Pusat sebanyak RM7 bilion kerana tersilap dahulu ini. Bolehkah kita berbuat begitu? Sebab kita cakap dengan orang bodoh, kena cakap macam itulah.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan sebut begitu., Yang Berhormat. [Ketawa]

Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tarik balik. Point of Order, Tuan Speaker, bahasa……

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Tarik balik "bodoh". Kurang cerdik. [Ketawa]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kita kadang-kadang sama-sama bodoh belaka. Sila. Serupa sahaja manusia, bukan cerdik. [Ketawa]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya fikir Tuan Yang di-Pertua tidak perlu campur dalam perbahasan ini.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak campur tapi janganlah sebut kata-kata macam itu, tidak baik.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Memanglah. Itu yang disebut oleh Menteri Kewangan dengan niat suci murni, hati murni. Apakah kalau sekiranya seorang yang merompak sebuah bank, kemudian dia mengambil wang itu dan membahagi-bahagikan kepada penyimpan-penyimpannya, memanggil orang-orang miskin, dibahagikan wang itu - bolehkah kita anggap dia seorang yang baik hati sebab dia membahagikan wang orang lain? Ini royalti minyak, ini wang Kerajaan Negeri Terengganu yang disebut di dalam perjanjian.……

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Minta penjelasan sedikit.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Semporna.

 

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Orang yang merompak, orang yang tidak baik hati. Pernah Ahli Yang Berhormat bagi Pendang menyatakan rompakan senjata di Sauk, [Ketawa] [Sorak] di Gerik itu adalah sandiwara dan Ahli Yang Berhormat sebagai seorang Ahli Yang Terhormat dan saya jangka sudah pun pergi ke Baitullah dan saya pun sudah pernah pergi Baitullah, sudah naik haji, banyak kali umrah dah tapi kita selaku seorang Islam apabila mengatakan bahawa itu adalah sandiwara, boleh dianggapkan sebagai satu pembohongan kerana kalau menuduh kita selaku pimpinan di atas untuk berbuat sesuatu sandiwara.…..

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya percaya iniItu tidak ada kena-mengena, Tuan Yang di-Pertua.

 

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tadi YB mengatakan bahawa kalaulah satu rompakan itu dikatakan ini buruk dan kenapa pula tidak dikatakan bahawa itu satu perbuatan yang buruk tetapi yang dikatakan bahawa itu adalah sandiwara kerajaan. Pembohongan sebenarnya.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak faham apa yang ditanya oleh wakil dari kawasan mana ini? [Ketawa]

Tuan Lim Hock Seng: Penjelasan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Semporna. Tidak apalah, tidak payah jawab.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Semporna. Kawasan yang tidak sempurna lah katakan.

 

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau beliau mengikuti kenyataan-kenyataan saya mengenai dengan Sauk, tidak ada sebarang perkataan sandiwara yang saya pakai. Ini satu pembohongan dan fitnah.

 

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Ini adalah satu pembohongan. Sebetulnya Ahli Yang Berhormat bagi Pendang…..

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dulu Yang Berhormat ya. Tanya, hendak bagi atau tidak bagi? Ha, Bagan ya.

 

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, ada satu peribahasa Melayu. "Orang diikat janji, lembu diikat tali", sekarang mana satu ekor boleh dipercayai? [Ketawa] [Tepuk] [Dewan riuh]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih….

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Pembangkang punya ekor.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: …Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada wakil Bagan yang lebih memahami peribahasa Melayu daripada wakil Rompin. Soalnya bukan soal pengagihan balik wang itu kepada rakyat Terengganu tetapi soal mengambil hak Kerajaan Negeri. Itu persoalannya. Itu dinyatakan di dalam perjanjian di mana di dalam perjanjian itu menyebut dengan jelas bahawa…

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: ….. Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroleum yang didapati di Terengganu dan dijual oleh Petronas atau ejen-ejen atau……

krotok-krotoknya.

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Penjelasan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Nanti sekejap, saya hendak bagi penjelasan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, nanti sekejap.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini bukan soal bagi balik. Macam saya katakan tadilah, kalau seorang yang merompak bank, kemudian dia membahagi-bahagikan wang itu balik kepada rakyat, apakah itu dianggap dia seorang perompak yang baik? Sedangkan dia membahagikan wang orang. Ini wang rakyat Terengganu, wang Kerajaan Terengganu yang dipersetujui oleh Petronas. Yang ditandatangani oleh Petronas dan diulang pengesahannya pada tahun 1987. Ini yang dipersoalkan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Apa alasan Kerajaan Persekutuan mengambil wang itu?

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak ada alasan.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya bagi kepada Shah Alam.

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang. Asas pertimbangan utama yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang bahawasanya Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Terengganu dalam royalti mengikut definisi yang digunakan pihak Ketua Pembangkang tapi mengikut definisi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan bahawasanya minyak yang dijumpai di negeri Terengganu itu tidak termasuk dalam kawasan perairan negeri Terengganu mengikut Enakmen Undang-undang Tanah Kanun Negara dan kalau ada dispute daripada pihak Kerajaan PAS sebagaimana yang disarankan oleh Menteri Kewangan dengan kepakaran yang ada, dengan lot bekas Lord Presiden….

 

Tuan Haji Muhiyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: …bekas. Nantilah hendak bercakap. Hendak argue, arguelah cara yang itu…. Jangan gunakan ini sebagai untuk mendapatkan political mileage. Yang Berhormat kata hendak pergi buat ceramah seluruh Malaysia menceritakan seolah-olah Kerajaan Persekutuan menafikan hak Kerajaan Negeri Terenggagnu. Soalnya, adakah hak itu wujud ataupun tidak? Kalau tidak wujud, kalau ada rasa ada hak, silalah pergi mahkamah.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: [Bangun]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Nantilah Yang Berhormat. Saya belum habis bercakap lagi. [Disampuk]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta penjelasan kah atau hendak bagi syarahan?

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya minta penjelasan.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan kah atau hendak bagi syarahan?

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat ya.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat mahu bagi jalan.

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kalau Yang Berhormat bagi jalan, Bboleh saya sambung sedikit? Apabila kita cakap supaya sila ke mahkamah, jangan gunakan isu ini untuk dapatkan political mileage. Empat tahun lagi hendak election. Sekarang ini soal bagaimana hendak menggunakan kesempatan kewangan ini untuk terus membantu rakyat Negeri Terengganu. Soal pokoknya rakyat Terengganu dapat tak manfaat dan nikmat daripada pembayaran ini? [Tepuk] Kalau dapat, terimalah hakikat dan marilah kita sama-sama bangunkan Negeri Terengganu. Ini cakap tadi Mat Sabu RM7 bilion hendak minta balik, sama ada RM7 bilion yang telah pun dibagi kepada Kerajaan Terengganu, berapa banyak pembangunan infrastruktur yang telah pun dibangunakan di Negeri Terengganu?

 

Tuan Mohamad bin Sabu: Mat Sabukah atau Kuala Kedah?

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Kedah ya.

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Serupalah itu. [Ketawa]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Ada peraturan dalam Dewan, Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh menyebut nama seorang Ahli. [Ketawa]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, saya sudah sebut.

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Shah Alam ini diminta baca …

 

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Okaylah tariklah, Kuala Kedah. Puas hati?

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia dah tarik balik.

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta dia baca Peraturan Dewan. Duduk dalam sebuah bandar yang moden tapi fikirannya tidak moden. [Ketawa]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tadi Yang Berhormat…..[Ketawa]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Soalnya, Tuan Yang di-Pertua, bukan soal memberi projek…..

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ketua Pembangkang ini, minta penjelasan sedikit.…..

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Sekejap, sekejap.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ulasan begitu, saya minta Ketua Pembangkang tambah guna. Anak buah belakang boleh tapi jaga nama baik Ketua Pembangkang.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak bagi peluang.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia tidak bagi peluang Yang Berhormat Rompin.

 

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Dia menggunakan peraturan …..

 

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Jaga standard Ketua Pembangkang. Jangan bagi Ketua Pembangkang cakap macam itu.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, Ketua Backbencher pun tidak faham peraturan juga. [Tepuk] [Sorak]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri.

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Dia bangkit, pakai cakap "pederasghaih" begitu sahaja., mana boleh.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, terus, terus. Harap sama-samalah jangan main " pedeghaihpederas" begitu. [Ketawa]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah perjelaskan tadi, soalnya bukan soal bagi balik projek tapi soal yang pertama asasnya itu hak Kerajaan Terengganu. Ini yang diambil, ini yang dirampas, ini yang disekat. Ini samalah dengan perbuatan orang-orang Munafikin di Madinah.….

Seorang Ahli: Ya.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebagaimana yang diperjelaskan…..

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed:: Yang Berhormat, boleh saya minta penjelasan?….

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua., minta penjelasan.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: ….yang diterangkan oleh Rasululullah.….

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Saya tadi cakap, memang Kerajaan Negeri Terengganu tak ada hak atas minyak itu….

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dulu. Jangan cakap Yang Berhormat.

 

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Macam mana ini, macam mana tidak ikut peraturan ini?

 

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Peraturan macam mana? Itu hari masa perbincangan Belanjawan Menteri pun tidak ada peraturan., bangun melalak. Sekarang semua kita buat tidak boleh.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Shah Alam!

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya belum beri penjelasan kepada ….

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini ada dua orang yang berdiri, Yang Berhormat., mereka nak Mminta penjelasan.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor:kepada perkara yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Rompin dan juga wakil Parit Sulong, tiba-tiba orang lain mencelah. Jadi, saya ingin memberi penjelasan satu persatu.

 

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: : [Bangun]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak bagi atau tidak bagi? Ada tiga orang yang berdiri Yang Berhormat?

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak bagi.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, dia hendak habiskan cakap dahulu.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sabar, sabar.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Kita ikut peraturan, tidak bagi?

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi dulu, Yang Berhormat. Tolong diam ya.

 

Seorang Ahli: Anak-anak, diam. [Ketawa]

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan soal memberi balik dalam bentuk projek tapi perjanjian mengatakan pembayaran royalti dalam bentuk wang tunai kepada Kerajaan Negeri Terengganu, ini yang telah dikhianati oleh Kerajaan Pusat.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Sama sahajalah soalan dia. Tidak lebih dari itu.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi atau tidak bagi, Yang Berhormat?

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak bagi, tidak bagi.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Cukuplah.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Menyampuk]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tunggulah dulu Yang Berhormat, dia hendak jawab atau tidak jawab.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Kenapa Kerajaan Pusat beria-ia sangat hendak mengatur program sendiri untuk Kerajaan Terengganu sedangkan itu duit kerajaan.….

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kenapa you beria-ia sangat kata duit Terengganu.?

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong, dia tidak bagi.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Duduklah.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, belum dijawab lagi. Saya tanya tadi, bagi jalanlah sekejap. Sedikit sahaja.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, hendak bagi jalan kah atau tidak bagi, Yang Berhormat?

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Bagi sedikit.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak. Saya hendak jawablah ini.

 

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia hendak jawab itu.

 

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Belum jawab pun.

 

Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor: Hendak jawablah. Memang belum jawab. Apa tidak gherti antara ‘belum dengan ‘hendak ini? [Ketawa] Hendak jawab, memang belum jawab. [Ketawa]

Tuan Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan.

 

MO1235

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ..................Hendak jawab, tak jawab.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini bercelaru Bahasa Malaysia. Jadi wartawan begitu lama pun tidak erti juga!. [Tepuk][Sorak]

Seorang Ahli: Mai parit!

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tanpa Kenapa Kerajaan Pusat hendak merancang siri pembangunan di negeri Terengganu sedangkan rakyat Terengganu telah memilih BA, PAS untuk memimpin Terengganu. [Tepuk] Pimpinan Terengganu merupakan satu pimpinan yang mantap, yang padu, yang berkebolehan, yang berani.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan macam pemimpin BN takut, UMNO takut kerana ituhendak datang ke Parlimen.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia berdiri minta penjelasan, hendak beri Yang Berhormat?

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Berilah.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kerajaan Terengganu telah membuat beberapa perancangan yang diakui sendiri oleh seorang bekas yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau tak suka dengar , keluar.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Kuala Terengganu t idak usah seibutk....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri, duduk Yang Berhormat.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Hooligan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, dia tidak beri Larut.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kerajaan Terengganu telah membuat perancangan yang cukup rapi berasaskan kepada konsep Islam untuk mengagihkan wang royalti minyak. Ini diakui sendiri dalam satu tulisan yang dibuat oleh bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang kedua ketika beliau mengadakan kunjungan , membuat pertemuan dengan Menteri Besar negara Terengganu. Kenapa, apa hak Kerajaan Pusat untuk merampas hak kKerajaan nNegeri, kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan sah. Apakah hak Kerajaan Pusat, selain daripada hendak menggunakan dan memenuhi hasrat dan agenda politik UMNO. Ini yang dibangkitkan dalam pertemuan.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri jalan, membuang masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pertemuan yang diadakan di Hotel Gand Continental di Kuala Terengganu pada 21 September 2000, jam 3.00 petang. Di antara mereka yang hadir Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang tidak dipercayai oleh rakyat Terengganu lagi, Dato' Mustafa bin Mohamed, Ketua Penerangan UMNO yang tewas di Jeli dan tak tahu pula hendak membawa kes ke mahkamah, Iz zuddin - Pengarah Belanjawan Kementerian Kewangan, Dato' Idris bin Jusoh. Kesemua ketua bahagian UMNO termasuk Pemuda dan Wanita UMNO, pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan, ketua jabatan di bawah Persekutuan termasuk KETENGAH. Oleh itu, saya mempersoalkan atas kapasiti apa Dato' Mustafa bin Mohamed memanggil ketua-ketua jabatan ini untuk berbincang bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu mengenai royalti minyak. Sebab itu saya mengatakan bahawa sikap dan tindakan Kerajaan Pusat merampas, menahan Petronas daripada meneruskan pembayaran royaltinya kepada Terengganu adalah satu misi agenda politik UMNO Terengganu dan juga politik UMNO Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini saya hendak baca sebahagian daripada...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Kangar berdiri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya. Silakan.

Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Mengikut hemat beliau apabila wujud sesuatu hak di bawah sesuatu perjanjian, kemudian berpuluh tahun berlalu dan didapati bahawa perjanjian tersebut adalah bercanggah atau ultra-virus dengan peruntukan-peruntukan pPerlembagaan nNegara ataupun prinsip-prinsip yang termaktub tersirat dalam pPerlembagaan nNegara. Apakah perjanjian mengatasi atau pPerlembagaan nNegara mengatasi. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya perjanjian itu tidak bercanggah dengan pPerlembagaan nNegara. Ia telah diterima pakai semenjak lebih daripada 20 tahun yang lalu. Dalam tahun ini juga, tahun 2000 bahagian pertama telah pun dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti, masih lagi royalti. Hanya bahagian kedua sahaja tiba-tiba ditukar kepada 'iehsan' dengan Kerajaan Pusat menahan pembayaran itu oleh Petronas. Ini persoalannya. Antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu untuk pengetahuan.....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ....Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat yang menyoal tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanjong Karang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tadi dia kata sudah akhir.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tunggu untuk Jabatan Perdana Menteri nanti saya beri dia cakap.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri, Yang Berhormat.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sedikit sahaja, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Berilah yang tahu undang-undang bercakap sedikit.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tadi sudah kata last.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tak berjanji lagi. Tadi sudah kata last, mungkir lagi.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Sementara baca boleh berikah?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ini cadangan-cadangan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ...Yyang digulungkan dalam perjumpaan itu oleh UMNO, cadangan-cadangan yang dikemukakan pertama, peruntukan daripada belia dan sukan mesti disalurkan melalui UMNO. Apa ini, kerajaan teluskah ini? Cuba Tuan Yang di-Pertua mendengar yang ini. Cadangan daripada pemimpin UMNO Terengganu.

Yang kedua, peruntukan kepada Kolej Islam Sultan Zainal Abidin (KUZA) mesti dikaji balik, pastikan pengurusan, dana, lembaga mesti orang UMNO. Apa ini. Inikah mentaliti dan moral orang UMNO.

Yang ketiga, UMNO Terengganu mencadangkan, cadangan universiti di Terengganu tetapi mereka desak jangan buat lagi kecuali UMNO perintah semula. [Menyampuk] Insya-Allah, sampai akhir dunia ini UMNO tidak akan memerintah Terengganu, insya-Allah.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan takbur, saya kata insya-Allah. Itu tidak termasuk dalam peruntukan dalam ucapan Belanjawan untuk membangun universiti di Terengganu, tetapi hendak buat di Perlis. Saya fikir habis tanah negeri Perlis itu untuk tapak universiti. [Ketawa]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Minta sedikit penjelasan.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang kelima...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri Yang Berhormat. Hendak beri?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Jangan beri bantuan kepada sekolah agama kerana guru dan muridnya adalah menyokong kuat PAS.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Sri Gading berdiri, Yang Berhormat hendak beri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah beri tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau dia tak sedap dengar ucapan saya, dia boleh keluar bila-bila masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tumpang bertanya.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tiada kompromi bagi kerajaan PAS dalam pemberian wang termasuk defisit. PAS mesti diajar dan biar mereka sendiri yang cari.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri lagi Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Inilah sikap pemimpin UMNO Terengganu.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit, minta sedikit sahaja penjelasan.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pegawai....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Beritahulah Yang Berhormat, hendak beri atau tak beri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tak beri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Pegawai Kerajaan Persekutuan yang pegang jawatan JSR atau mana-mana jawatan dalam aktiviti PAS mesti diambil tindakan sebagai tindakan balas kKerajaan PAS yang tidak membenarkan kakitangan kerajaan negeri pegang jawatan JKK.

Yang kelapan, cadangan UMNO, JKK hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan wang iehsan. Apa ini? JKK lebih besar daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri lagi Yang Berhormat. Hendak beri?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit penjelasan.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tak payahlah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mohon sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya menghormati Ketua Pembangkang.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya pun menghormati beliau dan saya fikir saya telah beri peluang untuk menyoal dan sekarang saya akan meneruskan ucapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila Yang Berhormat. Tanjong Karang dengan Tebrau berdiri.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tetapi Perdana Menteri cuba.....

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Bolehkah ini?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ....mengetepikan isu ini dengan menyamarkan kedua-dua terminologyi ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak berikan jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidakTak beri Yang Berhormat.

Datuk Haji Noh bin Haji Omar: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah beri tadi. Malah mengambil sikap tidak menghiraukan perbezaan kedua-duanya. Inilah sikap angkuh dan sombong yang menganggap rakyat jahil dalam memahami isu ini. Ada pula menteri yang menganggap perjanjian-perjanjian tersebut sebagai MoU sahaja. Ini lagi karut.

Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kerajaan untuk tidak membayar wang royalti minyak sebanyak 5% secara tunai yang telah jelas termeterai dalam satu perjanjian di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas pada 22 Mac 1975 adalah amat merosakkan imej kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, sekali gus akan mencemarkan nama baik imej syarikat gergasi negara iaitu Petronas. Pelanggaran ini serentak membawa erti dan bahawa nasib yang sama mungkin sahaja boleh berlaku kepada mana-mana pihak yang membuat perjanjian dengan pihak kerajaan atau syarikat-syarikat besar kepunyaan kerajaan yang boleh sahaja dimansuhkan dengan pengarahan dari pihak kerajaan.

Sudah ada laporan dalam media antarabangsa bahawa syarikat asing takut untuk mencuba nasib di negara ini melihat karenah pemimpin yang tidak beramanah. Sikap berpeggang kepada janji ini adalah sifat penting yang dianjurkan oleh Islam. Orang yang memungkiri janji telah melakukan dosa yang besar. Antara-antara tanda-tanda besar golongan munafikin ialah berdusta dan memungkiri janji. Saya tidak terkejut jika pemimpin BN tidak mengambil kira pandangan Islam dalam hal ini kerana mereka terlalu marah apabila kalah besar di Terengganu.

Kerajaan perlu sedar dan insaf bahawa perkara seumpama ini secara langsung memberi kesan ke atas prestasi ekonomi dan usaha untuk membaik pulih imej negara di mata dunia perniagaan antarabangsa. Dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam amalan perdagangan elektronik atau ee-commerce, ketelusan, kesetiaan dan pertanggungjawaban adalah etika perniagaan yang paling mustahak.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, Tebrau.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau contoh episod wang royalti inilah yang ditampilkan oleh pengurusan dan tabiat kerajaan ini, maka Barisan Alternatif meramalkan bahawa semakin buruklah tanggapan dan persepsi masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya tidak beri jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri jalan.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Sedikit sahaja tak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak beri. Dia tak beri nampaknya.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okaylah, sama-sama.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan rakan kongsi Petronas di peringkat antarabangsa seperti di Iran dan Sudan menerima episod zalim kKerajaan BN ini. Telah sampai masanya supaya reformasi ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih telus, bertanggungjawab dan beramanah perlu diinstitusikan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, langkah menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu diadakandan rakyat Terengganu dalam pembayaran royalti minyak ini memberi isyarat bahawa Kerajaan Pusat sudah tidak lagi menghormati sistem demokrasi federalism dan enggan mengiktiraf kerajaan negeri yang dilantik secara sah.

Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri lagi , Yang Berhormat bagi. Subang, hendak beri?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: [Duduk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila.

Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang kerana memberi saya jalan. Baru-baru ini saya dengar daripada sahabat-sahabat saya di Kuala Terengganu pihak Kerajaan Negeri Terengganu sudah bincangkan secara tidak rasmi perkara isu royalti ini dengan Tun Salleh Abas, bekas Lord Presiden Malaysia, dengan izin, sekarang ahli PAS di Terengganu. Apakah ini benar atau tidak. Benarkah beliau menyatakan Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada kes langsung dari segi undang-undang di negara ini. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Subang. Nampaknya Yang Berhormat itu menerima laporan dari JKK UMNO. Yang Berhormat, bekas Ketua Hakim Negara itu sendiri menyatakan bahawa beliau di antara orang yang bertanggungjawab yang merangka dan mend eraf perjanjian-perjanjian itu. Bukan Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak mempunyai hak, tetapi Kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk merampas royalti minyak ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri lagi Yang Berhormat, Setiu.

 

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Bersama-sama saya ini adalah merupakan kenyataan daripada Tun Dato’ Dr Salleh Abas iaitu Eexco kerajaan negeri berhubung dengan hak rakyat Terengganu, berhubung dengan hak siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini, Kkerajaan P pusat atau Kkerajaan N negeri Terengganu. Ini jawapan Tun. Tun jawab,

"Royalti minyak adalah hak Kkerajaan Nnegeri Terengganu yang mesti dibayar kepada K kerajaan Nnegeri Terengganu oleh Petronas. Sebabnya,

Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974, menyatakan bahawa hak kepunyaan Petroleum keseluruhannya, sama ada di darat atau di laut adalah terserah, vested pada Petronas, dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan ditandatangani. Telah ditandatangani pada tahun 1974. Penyerahan ini adalah muktamad, tidak boleh ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan Petronas buat selama-lamanya.

Dan di bawah seksyen 4, disebut bahawa, sebagai balasan penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan mana-mana negeri termasuk negeri Terengganu, di mana Petronas petroleum dijumpai adalah diusahakan satu jumlah wang tunai sebanyak dipersetujui iaitu sebanyak 5%.

Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersetuju tentang perkara ini. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua, itulah yang saya perkatakan, lebih-lebih lagi Tun Salleh, seorang yang mempunyai authority dalam bukan sahaja undang-undang tetapi bertanggungjawab di dalam merangka undang-undang itu. Dan inilah yang telah dicabuli oleh Kerajaan Persekutuan apabila Kerajaan Persekutuan menahan Petronas membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu ini tidak perlulah Menteri Kewangan atau sesiapa sahaja menyuruh membawa kes ini ke mahkamah untuk mencari pentakrifan sebenar tentang royalti dan wang ehsan. Sesiapa pun tahu apa makna bayaran secara tunai dan apa yang dimaksudkan dengan kerajaan negeri iaitu Perak yang menerima bayaran seperti yang termaktub dalam perjanjian berkenaan. Kecuali mungkin pemimpin Barisan Nasional yang meleleh air liur melihat sejumlah wang diberikan kepada satu kerajaan negeri yang berlainan dasar dengan mereka. Tidak payahlah Barisan Nasional bersusah payah untuk mendapatkan mana-mana pihak yang bersetuju menggantikan kerajaan negeri dengan JKKK, yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat bagi menerima wang rakyat…..

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Arau berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Saya tidak beri jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri jalan.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: … Terengganu. Kes yang terang nyata ini boleh diputuskan oleh rakyat teramai dan janganlah kita susahkan seorang hakim yang sekarang pun dalam keadaan susah hati. Berat hati kami untuk menyatakannya tetapi kami tidak nampak keadilan akan dapat ditunjukkan oleh sistem kehakiman di bawah telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Yang Berhormat, mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tebrau berdiri Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Lebih menyedihkan…..

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat, boleh beri jalan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tebrau berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tidak bagi sudah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Siapa hendak cakap.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tebrau.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tidak apalah, sudah banyak kali dia sudah minta, bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia bagi sekali ini.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay. Saya ucap tahniah. Saya hendak tahulah, kalau ikut cakap Yang Berhormat tadi, macam tidak percaya pada hakim. Jadi, bermakna semua keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim sama ada menyebelahi parti pembangkang atau tidak atau ada pula pembangkang yang dihukum atau ada pula yang terlepas, adakah semua itu tidak betul. Kalau ini adalah amat merbahaya Yang Berhormat. Bila cakap, hakim, bermakna Yang Berhormat anggap yang sudah tentu salah. Ada yang ketua parti pembangkang jadi peguam - yang sudah tentu terang buat salah. Dan adakah ini bila keputusan menyebelahi dia, itu adalah betul. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua, itu tidak ada kena mengena dengan apa yang saya ucapkan. Lebih menyedihkan Barisan Nasional cuba mengalihkan pandangan rakyat atas kelemahan pentadbiran sepanjang mereka memerintah Terengganu dan meletakkan punca kelemahan ini ke atas PAS yang baru memerintah. Cuba kita teliti apa yang telah berlaku di Terengganu selama lebih 30 tahun atau hampir 40 tahun Barisan Nasional berkuasa di Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, selama lebih 30 tahun kerajaan UMNO Barisan Nasional memerintah negeri Terengganu dan sudah lebih 20 tahun negeri Terengganu menikmati hasil kekayaan minyak pemberian Allah S.W.T., namun negeri itu masih mempunyai bilangan rakyat termiskin yang kedua paling ramai di Malaysia. Kalau dilihat pendapatan purata bulanan isi rumah, sebagai ukuran kemiskinan maka kita dapati pendapatan purata bulanan isi rumah di Terengganu adalah kedua terendah. Apakah yang menyebabkan terjadinya fenome ina ini? Saya mengajak kita menganalisa dan merongkai permasalahan ini.

Industri petroleum telah membawa kekayaan kepada negeri Terengganu. Dari sebuah negeri yang amat miskin di zaman sebelum perjumpaan pertemuan minyak, negeri Terengganu telah menjadi antara negeri terkaya di Malaysia sekarang ini. Diukur dengan KDNK atau per kapita, negeri Terengganu adalah negeri kedua terkaya dengan KDNK per kapita berjumlah RM19,880 ribu dalam tahun 1998. Ianya kalah hanya dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan KDNK per kapita RM25,100. Negeri-negeri lain semuanya dikalahkan oleh Terengganu. Hatta, negeri yang dikatakannya lebih awal dan amat pesat membangun sekalipun iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor, kini berada di belakang negeri Terengganu.

Namun negeri Terengganu adalah negeri yang kedua paling ramai rakyat miskin selepas Kelantan. Pada tahun 1997 sebanyak 17.3% daripada jumlah isi rumah di negeri Terengganu tergolong dalam golongan rakyat miskin. Ini tidak berapa jauh berbeza daripada Kelantan, negeri yang dianggap termiskin dengan kadar kemiskinan 19.2%. Melihat kepada pendapatan purata bulanan isi rumah, juga menunjukkan fenomena kemiskinan memang ketara di negeri Terengganu. Ianya berjumlah RM1,497 pada tahun 1998, merupakan kedua terendah di Malaysia. Itu pun tidak jauh berbeza daripada pendapatan purata bulanan isi rumah di Kelantan. Maknanya rakyat T erengganu dan Kelantan masih sama-sama miskin. Lagipun harus diingat pada tahun 1976 rakyat negeri Perlis dan Kedah adalah lebih miskin daripada rakyat Terengganu.

Kini sudah 20 tahun keadaan sebaliknya pula yang berlaku. Lebih ramai rakyat Terengganu yang miskin daripada rakyat Kedah dan Perlis. Ini amat menghinakan kerana negeri Perlis dan Kedah tidak memiliki minyak begitu juga halnya berbanding dengan negeri Kelantan. Kelantan memanglah negeri miskin dengan pendapatan per kapita yang paling rendah di Malaysia ini. Kadar kemiskinan yang tinggi di dalam suasana pen rdapatan per kapita yang kedua tinggi tetapi kedua pula termiskin. Dengan jelas menunjukkan betapa lebar dan melebarnya jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyat negeri Terengganu. Dalam hal ini keadaan negeri Kelantan adalah lebih baik kerana wujud agihan pendapatan yang lebih merata.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa ini boleh terjadi, saya akan menyebutkan perkara-perkara berikut agar UMNO, Barisan Nasional tidak boleh berlagak sombong dan menyangka mereka pandai mentadbir ekonomi. Ini tidak lain hanyalah menunjukkan kepincangan-kepincangan seperti yang berikut:

Pertama, kekayaan negeri Terengganu tertumpu di dalam tangan segelintir kecil orang-orang atau pemimpin-pemimpin Terengganu yang berkuasa pada waktu itu. Mereka tidak lain dan tidak bukan melainkan pemerintah pada ketika itu dan yang rapat dengan pemerintah. Ahli sains politik memanggil makhluk ini sebagai kroni. Ini menunjukkan bahawa amalan kronism, nepotism, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan sumber berleluasa dan memuncak di Terengganu. Selama lebih 30 tahun rakyat Terengganu memberi amanah kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional memerintah dengan harapan untuk menghirup secebis keadilan dan kemakmuran tetapi apa yang terjadi ialah amanah ini telah dipecah hancurkan berkecai.

Kedua, kKekayaan negeri Terengganu tidak mengalir dan tidak beredar di dalam negeri Terengganu dan dari tangan ke tangan rakyat Terengganu. Kekayaan negeri hanya beredar di kalangan kelompok kecil segelintir rakyat Terengganu. Lebih teruk lagi kelompok kecil yang membolot kekayaan ini nampaknya tidak pula membelanjakan kekayaan mereka di dalam negeri Terengganu. Berkemungkinan mereka membelanjakan kekayaan mereka di luar negeri Terengganu. Melabur, membeli-belah, membeli hartanah dan sebagainya, semuanya di luar negeri Terengganu.

Kalau hal ini tidak berlaku manakan mungkin terjadinya jurang pendapatan yang begitu ketara melebarnya di Terengganu. Sungguh berbeza dengan negeri-negeri lain. Ini memperlihatkan bahawa apa yang dipanggil kesan …….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang lagi Yang Berhormat, kita …..

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: …. Insya-allah dari kekayaan minyak sebenarnya tidak terjadi di Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kita boleh sambung pukul 2.30.

Dato' Haji Fadzil bin Mohd. Nor: Insya-Allah. Baik, terima kasih.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan kita ditangguhkan sekarang hingga jam 2.30 petang ini.

 

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

 

 

 

 

 

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pendang, sila sambung.

 

2.32 ptg.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Kekayaan negeri Terengganu tidak dilaburkan di dalam usaha yang boleh menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat. Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dahulunya lebih ghairah untuk mendirikan bangunan-bangunan, tugu-tugu dan lain-lain kegunaan yang tidak produktif. Juga kekayaan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang beroperasi di luar negeri Terengganu sehingga ekonomi dan rakyat negeri Terengganu tidak dapat merasakan kesan limpahan daripada pelaburan berkenaan.

Pelaburan-pelaburan yang dibuat dalam negeri dan luar negeri telah rugi sehingga bukan sahaja kekayaan negeri Terengganu telah terhakis begitu sahaja, malah negeri dibebankan pula dengan hutang-hutang lapuk.

Semasa Kerajaan Barisan Alternatif PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu, beban hutang melebihi RM700 juta sedia menunggu. Tanggungan hutang anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Perwaja Steel, Gunawan Steel, Pelangi Air dan lain-lain sungguh mengerikan.

Tidak ramai anak tempatan Terengganu bekerja di dalam industri minyak. Harus diingat bahawa pekerja-pekerja dalam industri petroleum berpendapatan relatifnya lumayan, kalau ramai anak tempatan bekerja dalam sektor ini, tentulah ia boleh melonjakkan pendapatan purata bulanan isi rumah di Terengganu.

Fakta bahawa pendapatan purata bulanan isi rumah di Terengganu adalah yang kedua terendah di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa tidak begitu ramai rakyat Terengganu yang bekerja di sektor minyak yang lumayan, yang ramai bekerja ialah orang luar daripada Terengganu.

Adakah anak tempatan Terengganu dianaktirikan atau tidak pernah diberi peluang untuk meningkatkan dalam kemahiran teknikal mereka. Jika inilah alasannya, maka nyatalah Kerajaan Barisan Nasional UMNO telah gagal untuk melaksanakan program melatih anak Terengganu dalam bidang teknikal.

Yang kelima, kegiatan pelaburan Petronas lebih melibatkan orang luar. Petronas melabur berbilion ringgit dalam membangunkan industri petroleum di Terengganu, amat banyak input diperlukan seperti bahan-bahan binaan, bahan besi dan sebagainya. Begitu juga banyak wujud kerja-kerja kontrak dan subkontrak pembinaan.

Lambatnya peningkatan pendapatan isi rumah rakyat Terengganu menunjukkan tidak banyak bahan-bahan yang diperlukan didari sumber dari dalam negeri Terengganu sendiri. Begitu juga tidak banyak kerja kontrak dan subkontrak yang pergi ke tangan orang tempatan Terengganu.

Jadi, kalau dibangkitkan persoalan negeri Terengganu kaya dengan pendapatan per kapita kedua tertinggi tetapi ianya juga adalah negeri yang mempunyai rakyat termiskin kedua paling ramai di Malaysia. Kenapa perkara ini boleh terjadi, apakah keadaan ini tidak pelek?.

Saya mengatakan bahawa ini tidak pelek kerana ianya adalah akibat daripada kepincangan pengurusan ekonomi negeri Terengganu selama lebih 30 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional UMNO pimpinan Menteri Besar yang lalu. Bahkan boleh dikatakan bahawa pemerintahan yang begitu lama amat banyak membawa kerosakan kepada ekonomi Terengganu sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kemaman bangun.

 

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan Dato’ Ketua Pembangkang. Saya ingin mendapat penjelasan dari Dato’ Ketua Pembangkang bahawa di dalam Laporan Ketua Audit Negara, negeri Terengganu 1998 kesimpulan yang dibuat ialah "wWalau bagaimanapun, ketelusan penyata akaun awam masih tidak memuaskan yang mana pelaburan sebanyak RM673.58 juta tidak dizahirkan dengan sempurna.". Ini menunjukkan bahawa kepimpinan negeri Terengganu di bawah Barisan Nasional dahulu te rbukti tidak melaksanakan perakaunan yang baik dan melakukan pelaburan-pelaburan yang merugikan kerajaan negeri. Terima kasih.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan sahabat saya dari Kemaman. Memang, itulah yang telah saya jelaskan tadi mengenai dengan Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara ini suatu laporan profesional dan sudah tentu kita semua mempercayai akan Laporan Ketua Audit Negara. Inilah menunjukkan dengan jelas bukan sahaja pandangan daripada kita tetapi juga pandangan daripada sebuah agensi penting dalam kerajaan yang memantau perjalanan kewangan.

Saya tidak fikir bahawa selama masa BN menguasai Terengganu, Kerajaan Pusat tidak mengetahui tentang kedudukan kewangan dan perjalanan, pengurusan dan pentadbiran kewangan dan apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional Terengganu dengan wang royalti. Kenapa pada waktu itu, tidak ada hasrat Kerajaan Pusat untuk menahan pemberian royalti itu secara langsung kepada Kerajaan Terengganu.

Sebab itu saya menyatakan, saya mempunyai asas yang kukuh untuk mengatakan bahawa tindakan Kerajaan Pusat adalah merupakan tindakan balas dendam, sakit hati dan dengki serta dendam kesumat. Inilah yang ditentang oleh rakyat bukan sahaja di Terengganu tetapi rakyat di seluruh negara amat tidak senang dengan tingkah laku dan tindakan Kerajaan Barisan Nasional ini.

UMNO, BN jangan menyangka rakyat Terengganu tidak pernah melihat dan tidak kenal pun data-data ekonomi dan jangan juga menyangka mereka tidak berupaya untuk membuat dan mengerti analisis ekonomi. Hati dan perasaan mereka mengerti dan dapat merasakan akan ketidakadilan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional UMNO dahulu.

Mereka dapat menilai bahawa amanah yang selama ini mereka letakkan kepada UMNO, Barisan Nasional nampaknya sudah dipecah hancurkan. rRakyat Terengganu telah memberikan madu kepada UMNO dan Barisan Nasional tetapi racun pula balasan yang mereka terima.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Jeli bangun.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, tTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Dato’ Ketua Pembangkang. Tadi ada Dato’ Ketua Pembangkang menceritakan tentang ketidaktelusan pemimpin Kerajaan UMNO Terengganu dahulu. Ini dibuktikan bila mana Kerajaan Terengganu telah diheret oleh Kerajaan Persekutuan untuk melabur di dalam Perwaja semenjak awal 1980-an di mana kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan sehingga sekarang melebihi RM10 bilion dan pada tahun ini, pada bBudget ini, ditambah lagi RM2 bilion. Tahun lepas RM1.6 bilion, tahun ini RM2 bilion lagi.

Di samping itu, setelah menyedari tentang kesilapan kerana diheret oleh cita-cita besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjadi negara industri, maka Kerajaan Terengganu dengan tidak semena-mena telah sekali lagi melabur di dalam industri berasaskan besi bersama Gunawan Steel daripada Indonesia yang juga di Indonesia pun memang sudah hampir bankrap.

Apakah Kerajaan Terengganu yang baru, bagi pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, akan mengulangi kesilapan Kerajaan Negeri Terengganu yang dahulu sehingga melibatkan perbelanjaan rakyat negeri Terengganu hampir RM1 bilion hancur berkecai begitu sahaja. Terima kasih.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, tTerima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat bagi Jeli. Kerajaan Negeri Terengganu yang lalu seperti yang saya katakan tadi ialah Kerajaan Barisan Nasional UMNO yang sama pemikiran mereka dengan pemimpin Kerajaan Pusat bahkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional UMNO adalah berada di bawah telunjuk Kerajaan Barisan Nasional khususnya dan mereka tidak boleh berbuat sesuatu yang berlawanan dengan kehendak pemimpin atasan mereka.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Pendang, Sri Gading bangun.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya belum habis menjawab lagi. Sekejap! Minta boleh bersabar ya.

Tetapi saya tidak nampak bahawa kerajaan baru Terengganu, Barisan Alternatif PAS akan meneruskan dasar dan amalan yang tidak bijak, saya tidak hendak kata bodoh, tetapi tidak bijak yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. Sebaliknya, kerajaan baru di Terengganu sedang meneliti semua bentuk-bentuk pelaburan perjanjian dan apa jua yang berkaitan dengan pelaburan untuk mengenal pasti dan jika ada berlaku penyelewengan-penyelewengan maka kerajaan mungkin akan mengemukakan kepada pihak-pihak berauthoriti untuk diambil tindakan undang-undang.

Inilah sebenarnya antara faktor yang menakutkan mereka yang berkuasa di pusat pada waktu ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Gading.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sila.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Syukran! Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat yang saya hormatilah Ketua Pembangkang. Saya mohon penjelasan,. Kkalau yang ada di negeri Terengganu pembangunan yang kita ikuti sejak berpuluh tahun Barisan Nasional memerintah yang telah menzahirkan Terengganu Darul Iman berbeza dahulu dan sekarang, hebat dengan pembangunan fizikal, kemajuan dan pembangunan negeri Terengganu yang tida tak kalah dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Kalau perubahan yang begini rupa pun dinafikan, saya tidak nampak bahawa Kerajaan PAS yang ada hari ini akan dapat membawa pembangunan yang lebih baik, kerana telah begitu hebat pembangunan pun dinafikan. Saya tidak tahulah Kerajaan PAS yang ada ini akan dapat membawa pembangunan dalam erti kata pembangunan yang dikehendaki kerana apabila kita menafikan apa yang ada hari ini, maknanya kita tidak akan dapat perubahan-perubahan yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Kita lihatlah nanti Kerajaan Negeri Terengganu yang ada hari ini … ..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini hendak tanya, ini hendak tanya, apakah akan dapat memberikan sebesar-besar faedah dan Terengganu menjadi syurga kepada orang Terengganu di bawah pemerintahan yang ada pada hari ini. Jadi, soal telus, itu sebab Kerajaan Barisan Nasional ini telus, sebab itu pembangkang boleh tahu, Perwaja rugi dan sebagainya dan juga Audit Negara kita, audit yang dibuat begitu rupa - telus, itu namanya telus kerana kita tahu di mana kepincangan, di mana kerugian. Itu maknanya telus. Tidak ada yang disembunyikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya ketelusan ini memberikan …..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat!

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …. memberikan satu kepuasan sebenarnya kepada pihak pembangkang. Kerana kerajaan ini telus, sebab itu tahu rugi di mana-mana.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bukan masa untuk berucap.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya, ini saya mohon penjelasan, apakah ketelusan ini tidak dapat diterima oleh Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang .?

RY (1445)

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: …oleh Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. (Norishah)

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya daripada Sri Gading. Mengenai dengan pembangunan-pembangunan fizikal telah saya sebutkan tadi, bangunan-bangunan mega, bangunan-bangunan mewah, stadium-stadium yang besar, perabot-perabot yang mewah tetapi itu semua tidak sampai kepada rakyat. Ini yang saya bangkitkan dan saya sebutkan tadi dengan fakta-fakta.

Soal Audit Negara dapat menyemak, itu tidak menggambarkan ketelusan kerajaan. Persoalan mengenai dengan ketelusan itu apakah sesuatu projek, sesuatu program itu dibuat secara yang lebih terbuka, dengan secara yang lebih dapat dilihat oleh rakyat. Dan pembongkaran kemudian, kenyataan-kenyataan, ulasan-ulasan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, itu ulasan-ulasan terhadap perkara-perkara yang sudah berlaku. Tetapi persoalan yang ditimbulkan apakah sebelum sesuatu program, sesuatu pelaburan dibuat itu, satu kajian yang teliti telah dibuat?

Apakah satu jaminan dengan pelaburan-pelaburan yang besar itu rakyat Terengganu mendapat faedah yang maksimum, sebab itu saya mengatakan bahawa bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri yang kedua dahulu telah pun menulis menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang merancang projek-projek pembangunan untuk dikecapi oleh rakyat secara langsung. Dan jika ini berhasil, insya-Allah, jangan mimpi UMNO akan dapat kembali ke Terengganu. Inilah yang membimbangkan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur dan juga pemimpin UMNO di Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, ternyata memang pemimpin UMNO tidak bijak memerintah dan mengurus ekonomi negeri, namun ada pula suara-suara sumbang yang menuduh Kerajaan PAS, BA yang tidak pandai memerintah. Amat tidak munasabah dan tidak adil bila ada suara sumbang yang mempersoalkan kemampuan PAS, BA memerintah sedangkan ianya baru 11 bulan memerintah. Apakah mungkin kerosakan-kerosakan yang telah berlaku selama berpuluh-puluh tahun dapat dipulihkan dalam masa 11 bulan? Di mana kewarasan mereka ini?

Fakta bahawa rakyat Terengganu tetapi telah memenangkan PAS dengan izin Allah, BA untuk memerintah negeri Terengganu, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak boleh lagi bersabar menanggung ketidakadilan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka dan mereka tidak sanggup lagi untuk bersekongkol dengan penyelewengan dan kemungkaran. Rakyat telah menjadi hakim dan telah membuat penghakiman. Saya yakin , insya-Allah, berikutan tindakan rakus BN merampas wang royalti Terengganu ini, rakyat Terengganu akan kenal siapa pengkhianat dan siapa pembela mereka. [Tepuk] Kesannya juga akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang akan menentukan , insya-Allah, nasib parti yang mengkhianat ini dalam pilihan raya yang akan datang, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, hasil langsung yang diperolehi oleh negeri Terengganu hanyalah daripada bayaran royalti iaitu sebanyak 5% daripada hasil jualan minyak. Hasil inilah yang digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Dalam lingkungan antara 70% sehingga 80% daripada belanja mengurus adalah dari royalti ini, yang sebenarnya mengaut hasil minyak ialah Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat mendapat faedah besar daripada minyak. Ada sekurang-kurangnya lima punca hasil dari petroleum yang masuk ke dalam saku Kerajaan Pusat iaitu cukai pendapatan petroleum, royalti petroleum, duti eksport petroleum, duti import petroleum dan dutit eksais petroleum dan dividen Petronas.

Dalam tahun 1999, ke semua sumber ini menyumbang sebanyak RM11.6 bilion atau hampir 20% kepada Perbendaharaan Kerajaan Pusat. Dalam tempoh setengah tahun pertama 2000 ini, Kerajaan Pusat telah memungut RM4.3 bilion daripada sektor minyak ini. Ini merupakan 15.4% daripada hasil kerajaan.

Saya ingin bertanya kalau Kerajaan Pusat sudah mendapat hasil yang amat lumayan daripada industri minyak, kenapakah ianya mengacau 5% royalti yang diberikan oleh Petronas secara bayaran terus kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Inilah satu amalan yang buruk kerana:

ia melanggar dan mencabul sistem federalism yang menjadi tonggak sistem pemerintahan; [Disampuk]

ia tidak menghormati hubungan bilateral Kerajaan Pusat, -kerajaan negeri;

ia merupakan satu tindakan zalim kerana melanggar perjanjian. Ini menyerupailah dengan perangai orang-orang Yahudi yang sentiasa mencabuli perjanjian demi perjanjian.

Peristiwa sedih dan malang yang menimpa umat dan rakyat Palestine pada hari ini adalah akibat daripada pencabulan perjanjian yang dilakukan oleh Rejim Israel Yahudi itu. Apakah Barisan Nasional mahu dilabelkan sama dengan Rejim Tel-Aviv yang tidak menghormati perjanjian dan tidak mahu menghormati dan memelihara perjanjian;

ia merupakan penganiayaan ekonomi kepada rakyat negeri Terengganu; dan

ianya adalah satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai satu coeditor kudeta ataupun silent coeditor kudeta ke atas Kerajaan PAS, BA Terengganu yang telah dimenangkan oleh rakyat Terengganu dengan majoriti besar telah dirampas sebahagian daripada kuasa ekonominya oleh Kerajaan Pusat.

Seterusnya ia adalah satu amalan yang tidak menghormati undang-undang kerana menukar perkataan royalti kepada ihsan secara bilaterally arbitrary dan secara unilateral tanpa ada sebarang konsentrasi konsultasi dengan Kerajaan Negeri Terengganu. Sedangkan dalam perjanjian yang diperkukuhkan dalam tahun 1987, menyebutkan bahawa sebarang perubahan-perubahan kepada syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian tahun 1975 hendaklah dibuat melalui persetujuan bersama.

Dan hari ini kita dikejutkan lagi dalam media dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan Kabinet telah membatalkan perjanjian itu. Sebelum ini dia mengatakan tidak ada perjanjian, yang ada ialah MoU. Hari ini dia mengatakan pula Kabinet membatalkan perjanjian itu, dia mengakui pula wujudnya perjanjian. Apa sikap Menteri ini? Berdolak -dalik, sekali dia mengatakan bahawa jika petroleum ditemui di daratan sekalipun masih dalam kuasa Petronas, sekali dia mengatakan perjanjian itu telah terbatal. Kalau perjanjian itu telah terbatal, tidak ada lagi kuasa Petronas ke atas semua negeri yang telah dibuat perjanjian sebelum ini. Cakap berdolak-dalik, tidak berani datang.

Tuan Yang di-Pertua, apabila PAS, BA memenangi pilihan raya umum dan memerintah Terengganu, hak untuk memanfaatkan rezeki minyak secara yang rakyat Terengganu kehendaki dirampas oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna akan berterusan kepincangan pengurusan royalti ini setelah 20 tahun kekayaan minyak hadir di persada bumi Terengganu tetapi kedudukan negeri Terengganu dari segi ukuran kemiskinan masih di takuk lama. Layakkah prestasi buruk ini menjadikan UMNO BN pandai mengurus ekonomi? sSetelah gagal mengurus sumber dengan baik, kini mereka mengkhianati pula rakyat Terengganu.

Menteri Kewangan dalam ucapannya meletakkan Kerajaan Terengganu dalam kandang orang salah dan menyuruhnya menggunakan mahkamah jika kita menentang penggunaan wang ihsan untuk membela nasib mereka yang miskin, warga tua, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Adalah karut jika kita mempercayai BN boleh melakukan perkara yang mereka gagal laksanakan berpuluh-puluh tahun lamanya ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi kita dihiburkan dengan cerita k-ekonomi, selama 20 minit dalam ucapan Belajawan Menteri Kewangan. Kita masih belum lupa janji kerajaan dalam pembentangan Belanjawan Februari lalu, mereka mengatakan mereka akan menyediakan satu Pelan Tindakan K-ekonomi. Apakah yang dimaksudkan dengan k-ekonomi ini, apakah knowledge ekconomiy, ekonomi berasaskan pengetahuan ataupun ekonomi keluarga, ataupun kroni -ekonomi’? [Disampuk] Ya. Mereka mengatakan mereka akan menyediakan satu Pelan Tindakan k-ekonomi dalam masa enam bulan, sampai hari ini setelah lebih lapan bulan pelan tersebut tidak kelihatan. Kalaulah bahagian ucapan beliau mengenai k-ekonomi itu dianggap sebagai pelan tindakan, maka jauh lagilah kita untuk mencapai hasrat tinggi kerajaan dalam k-ekonomi ini.

Kita tidak nampak macam mana hala tuju k-ekonomi dapat difahami dan diikuti oleh setiap lapisan rakyat jika tidak ada satu perancangan rapi. Saya curiga program k-ekonomi ini akan berakhir sebagai satu projek pembangunan fizikal semata-mata di mana di sana yang ditekankan ialah pengagihan projek pembinaan, pembekalan komputer dan sebagainya.

Ini samalah apa yang terjadi di Cyberjaya, di mana projek MSC kini menjadi satu projek pembangunan hartanah yang besar. Tapak yang mahal menghalang syarikat yang terlibat dalam MSC terus berada di luar Cyberjaya. Bill Gates umpamanya pun hanya mampu menyumbang RM10 juta untuk MSC, sedangkan ketika beliau berada di India beliau melabur sebanyak USD50 juta.

Nampaknya penekanan diberikan kepada pendidikan ICT kepada pelajar sekolah. Langkah ini amat baik dan kita menyokongnya. Pelbagai cadangan supaya rakyat mampu memperolehi komputer sama ada daripada wang sendiri, dalam KWSP atau berhutang dengan kerajaan bagi kakitangan awam adalah cadangan yang munasabah. Namun kita tidak mahu komputer menjadi gajah putih kecil dalam rumah seandainya kepakaran dan kegunaannya dalam k-ekonomi tidak diperjelaskan.

Saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan insentif kepada syarikat ICT swasta yang bersedia menyediakan latihan kepada orang-orang awam. Menteri Kewangan juga telah berjanji untuk membekalkan setiap sekolah antara 13 sehingga lebih dari 40 buah komputer. Tahun ini masih terdapat sekolah yang hanya mempunyai sebuah komputer. Itu pun ada sekolah yang meminta sumbangan daripada wakil rakyat. Pihak Kementerian Pendidikan pula menghalang sekolah itu menerima kedatangan wakil rakyat, jika wakil rakyat itu daripada pembangkang. Inikah sikap mereka yang berkuasa, apa lagi mereka yang memimpin Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan seorang intelektual, seorang bekas profesor universiti, bekas naib canselor, kita anggap Setiausaha Parlimennya juga bekas seorang pensyarah, bekas profesor madya, seorang yang selalu bercakap menjunjung prinsip-prinsip liberalisasi dan sebagainya. Tetapi dalam hal ini begitu sempit fikiran mereka, sesempit JKKK Kampung. [Tepuk]

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya daripada Kuala Kedah pernah diminta sumbangan oleh sebuah sekolah dalam kawasannya sendiri sebuah komputer, pihak guru besar bersetuju, pihak PIBG bersetuju, guru-guru bersetuju tetapi pada hari beliau hendak datang menyerahkan komputer itu diberitahu bahawa satu perintah daripada Jabatan Pendidikan Negeri melarang beliau datang ke sekolah itu untuk menyerahkan komputer. Inikah sikap, sikap yang hendakkan rakyat celik komputer, sikap k-ekonomi, inikah gambaran kepada sikap itu. Sikap yang masih tebal d engan fanatik dan ketakutan kepada bayang-bayang sendiri. [Tepuk]

Oleh Sebab itu kalau saya hendak melawat, saya beritahu kepada Menteri, biar dia tahu, kalau saya hendak melawat sekolah dalam kawasan saya, saya memang tidak beritahu lebih awal sebab kalau saya beritahu, memang tidak dibenarkan pergi. Sedangkan sekolah itu perlu bantuan, kita perlu melihat apa masalah dalam sekolah itu. Ada sebuah sekolah kebangsaan dalam kawasan saya di Pendang, yang saya tidak dapat imagine, saya tidak dapat menggambarkan 40 tahun Barisan Nasional menguasai kawasan itu, masih tidak ada bekalan air bersih……

 

Seorang Ahli: Di Kedah?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Di Kedah, kawasan saya di Kedah. [Ketawa] [Tepuk] Di negeri Perdana Menteri, di negeri Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan.

Saya diberitahu oleh guru-guru di situ satu bekalan air yang digali, yang dipam, kadang-kadang bersama dengan air yang mereka pam, masuk dan keluar juga bangkai-bangkai tikus. Penuntut-penuntut di sekolah itu dan guru-guru kalau hendak meminum air terpaksa membawa bekal kerana bilangan murid yang tidak banyak, maka tidak ada orang yang mahu mengusahakan kantin.

Dahulu ada bantuan makanan, sekarang sudah tidak ada. Tetapi dalam Parlimen diberitahu bantuan itu masih ada, tetapi saya bertanya kepada pihak sekolah dua bulan yang lalu tidak ada bantuan makanan. Kalau anak-anak itu tidak membawa bekalan sampai jam 2.00 mereka pulang atau 1.30 mereka pulang, mereka tidak dapat makan. Tetapi kalau saya minta kebenaran untuk pergi, sudah tentu tidak akan dibenarkan untuk pergi dan tidak ada siapa yang tahu. 40 tahun di bawah Barisan Nasional, sebab itu insya-Allah, Kedah tahun 2004, Barisan Nasional jangan harap lagi, Insya-Allah. [Tepuk]

 

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar : Minta penjelasan. Terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang. Tadi Yang Berhormat Dato’ kata bahawa mereka yang menerajui Kementerian Pendidikan ini berfikiran sempit. Jadi adakah bermakna Yang Berhormat Dato’ bersetuju dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa salah satu hospital sakit jiwa itu kena buat di Sungai Petani.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ia boleh dibuat di mana-mana tetapi kalau kita mengambil peristiwa yang berlaku di Terengganu mengenai dengan royalti minyak, baru sebuah kerajaan, baru sebuah negeri jatuh ke tangan PAS pemimpin UMNO sudah mengalami sakit jiwa [tTepuk meja] dan hHilang kewarasan dalam tindakan mereka. Bagaimana kalau beberapa buah negeri lagi jatuh, bagaimana kalau Malaysia ini jatuh? Itu sebab saya menyokong tindakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memperbanyakkan pusat-pusat rawatan sakit jiwa [tTepuk meja].

Tuan Yang di-Pertua, kita diberitahu bahawa 2,200 makmal komputer telah mula dibina di seluruh negara. Saya mendapat maklumat bahawa kontrak pembinaan ini telah diserahkan kepada satu syarikat bernama CAD Integral yang dikuasai oleh Syarikat Tongkah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Silakan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Saya ucapkan ribuan terima kasihlah kena pertama sekali memberi pujian kepada Kementerian Pendidikan dan katanya kita bersifat terbuka. Selepas itu Yang Berhormat kata kita berfikiran sempit dan kemudian ditambah pula sakit jiwa. Ini saya rasa kita buka hospital sakit jiwa itu untuk semua orang terutama sekali pada pihak parti PAS yang rasa bimbang mengenai bahawa wang untuk ke Terengganu tadi sudah pun kita pindah terus kepada rakyat Terengganu. Kita bukan untuk Kerajaan Negeri Terengganu tetapi pindah secara terus dan faedahnya itu akan diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu. Malah banyak lagi rancangan-rancangan yang telah kita adakan untuk Terengganu dan Kelantan.

Tadi ada disebutkan mengenai dengan keadaan. Saya rasa sedih dengar Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata barisan pemerintah di kawasan Pendang, kalau tidak silap saya katanya air telaga keluar banyak tikus dan sebagainya. Saya pun juga minta Yang Berhormat tadi, sudah lama menjadi wakil rakyat di kawasan itu sepatutnya telah dibawa berkali-kali di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, kalau tidak silap saya dan perkara ini boleh kita lakukan. Malangnya saya tidak pernah pun melihat sepucuk surat, saya tidak tahulah saya baru di kementerian, saya tidak terima surat oleh Yang Berhormat mengenai dengan katanya air telaga tadi.

Kedua, mengenai dengan komputer. Kita telah beri banyak kepada sekolah-sekolah dan kita telah .....[dDisampuk].

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tujuan Yang Berhormat hendak minta penjelasannya.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ini hendak masuk penjelasan, ini hendak minta penjelasan. Saya kena bagi dahulu penjelasan saya, kemudian saya hendak bagi penjelasan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okeylah, boleh masuk sekarang.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Boleh masuk, ya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuklah. Jadi, satu ini nampaknya pihak Ketua Pembangkang, saya rasa setuju tidak kalau saya katakan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang suka putar belitkan benda yang tidak ada, diadakan. [Tepuk meja]

Keduanya, kita hendak bina, lakukan sesuatu yang baik - saya tidak kisahlah di kawasan itu, Sungai Petani atau tidak seperti mana kata Yang Berhormat bagi Pokok Sena itu. Kita kalau boleh hendak buka dua buah lagi dekat Pokok Sena, kalau boleh. Mengenai dengan itu, saya menyanjung tinggi dengan pendapat Yang Berhormat mengenai dengan komputer tadi oleh kerana sebuah komputer itu hendak didermakan, saya fikir kita ada cara kita. Kalau sekolah itu tidak ada, ia boleh buat permohonan. Jadi, jangan kita buat tuduhan kata kita pihak PAS hendak bagi satu komputer , kita ditahan, itu satu tuduhan melulu.

Jadi, saya minta penjelasan boleh tidak Yang Berhormat, kita ada cara dan kita ada komputer, Yang Berhormat boleh tulis dalam komputerkah, dalam manakah dan kita akan terima. Tetapi jangan kata hendak derma satu itu kita tidak terima dan kemudian dijadikan itu sebagai satu alasan untuk membuat tuduhan kepada kita yang berfikiran sempit. Saya rasa dalam soal ini, bersetuju tidak dengan saya bahawa pihak PAS lebih sempit lagi pemikirannya daripada DAP? [Tepuk meja]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap para doktor dapat mengesahkan apakah itu tanda-tanda awal penyakit jiwa? [Ketawa] dan [tTepuk meja]

Seorang Ahli: Ada tanda-tanda itu.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sebenarnya tidak menjadi Wakil Rakyat Pendang sebelum ini. Saya menjadi Wakil Rakyat bagi Pendang pada sesi ini sahaja. Sebelum itu saya menjadi wakil rakyat peringkat negeri di Bukit Raya. Kawasan yang saya maksudkan sekolah itu dalam.....[Disampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ia di kawasan Pendang. Kalau Bukit Raya di kawasan Pendang ......

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sekolah saya maksudkan itu ialah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, bukan dimenangi oleh PAS. Sehingga sekarang ini pun dimenangi oleh Barisan Nasional , sebab itu saya tidak tahu apa yang berlaku sebelum ini di seluruh Pendang sebelum saya menjadi Ahli Parlimen di Pendang.

 

Seorang Ahli: Setiausaha Parlimen tidak rajin melawat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kita juga diberitahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa 2,200 makmal komputer telah mula dibina di seluruh negara. Saya mendapat maklumat bahawa kontrak pembinaan ini telah diserahkan kepada satu syarikat bernama CAD Integral yang dikuasai kononnya oleh Syarikat Tongkah. Mendengar nama ini sahaja telah cukup untuk kita memperdalami keseluruhan pen gswastaan projek ini sebagai satu lagi projek untuk kroni-kroni [ tTepuk meja]. Jangan-jangan kk-ekonomi ini bermaksud kroni ekonomi. Sekali lagi saya meragui sama ada kelengkapan prasarana ini diimbangi dengan kehadiran guru-guru yang terlatih mengendalikan ICT melalui komputer. Peruntukan yang mencukupi harus ada bagi menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru ini. Lebih baik jika persediaan untuk melahirkan kumpulan guru-guru baru ICT dibuat di pelbagai Universiti Multimedia yang wujud sekarang ini di negara kita. Saya mencadangkan agar budaya kk-ekonomi ini dilaksanakan secara teratur dan disegerakan kerana ia merupakan antara kunci menghadapi saingan globalisasi dalam era WTO dan AFTA.

Tuan Yang di-Pertua,.....

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, tanya soalan sedikit.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Jeli bangun.

 

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Dewan melihat bahawa Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang risau dan bimbang tentang ada infrastruktur tetapi tidak ada tenaga-tenaga atau sumber manusia yang terlatih untuk memanfaatkan infrastruktur-infrastruktur kK-ekonomi tersebut.

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang hendak quote tiga ucapan pertama oleh Bill Gates, yang kedua oleh .... ‘Stanshike’ daripada Taiwan, pemilik Acer Komputer dan yang ketiga daripada pengeluar filem terkenal Bollywood.

Bill Gates mengatakan, ini keluar dalam Asiaweek. Dia mengatakan bahawa dia sedih dengan apa yang ada di negara kita, Malaysia. Ada infrastruktur tetapi tidak pandai diguna. Sebab itu beliau mengambil keputusan untuk memindahkan operasinya daripada MSC kepada Singapura. Begitu juga ‘.......Stanshike dalam Majalah Asia Incorporation juga mengatakan bahawa cita-cita Perdana Menteri Malaysia jauh daripada mencapai sasaran kerana ia hanya menyediakan infrastruktur tetapi tidak menyediakan sumber manusia untuk melengkapi infrastruktur tersebut, ini kenyataan kedua.

Kenyataan ketiga selepas daripada lawatan Yang Berhormat Menteri Tenaga, Multimedia dan Telekomunikasi bersama-sama dengan Ketua Eksekutif M BDC ke Bombay pada tahun sudah, pengeluar filem ternama India dalam Majalah Siniblis mengatakan bahawa dengan izin, "They buy a Porche, we are going to drive that Porche not their people is going to drive the Porche". Jadi, apakah komen-komen ini bagi pandangan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang akan memberi waktu yang terdekat atau masih jauh lagi untuk mencapai tahap kK-ekonomi yang dicita-citakan,. tTerima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya, Yang Berhormat bagi Jeli. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai pengalaman, yang dekat dengan masalah-masalah yang berkaitan dengan kk-ekonomi dan juga multimedia. Sudah tentu pandangan-pandangan mereka itu, pandangan-pandangan yang boleh diterima untuk menjadi bahan kepada kita bagi menilai pencapaian dan sejauh mana pencapaian yang akan diperolehi daripada program kK-ekonomi ini.

Pembentangan Belanjawan yang cuba menyentuh persediaan negara menghadapi WTO dan AFTA ternyata mengelirukan kerana tidak ada usaha untuk menjadikan Malaysia negara yang menarik dan bebas dalam aspek kebebasan akhbar, penghapusan undang-undang Ddraconian serta pemulihan image systemimej sistem kehakiman yang sudah tercemar akibat beberapa tindakannya kebelakangan ini. Sedangkan ini adalah antara resipi utama sebelum Malaysia dapat menempatkan dirinya bersaing, mendapatkan advantage dalam era liberalisasi dan globalisasi.

Negara jiran kita Thailand umpamanya, sudah memulakan usaha mewujudkan suasana mesra pelabur dan mesra rakyat. Kebebasan akhbar dan bersuara sangat dihormati di sana. Kerenah birokrasi juga sudah dihapuskan dan amat mudah untuk kita memulakan perniagaan di sana tanpa terpaksa memberi rasuah pada mana-mana pihak. Adalah tidak mencukupi bagi kerajaan hanya menggabungkan syarikat menjadi besar bagi menghadapi saingan globalisasi ini sebagai strategi utamanya.

Dalam pembentangan Belanjawan tahun lalu, Kerajaan BN dengan bersemangat mempertahankan syarikat milik kerajaan daripada jatuh ke tangan pelabur asing. Kita sendiri pada waktu itu musykil sama ada tindakan itu akan berjaya menghalang kemasukan pelabur asing memegang ekuiti syarikat gergasi kerajaan seperti MAS, projek kereta nasional dan lain-lainnya. Ternyata tidak sampai setahun kemudian dengan nada yang lemah Yang Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan kesediaan kerajaan melepaskan ekuitinya dalam syarikat miliknya termasuk projek kesayangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Pelabuhan Barat demi menarik minat syarikat asing mengambil alih ekuitinya. Bagi mengurangkan rasa aibnya dia menggunakan istilah "perkongsian bijak". Sebenarnya inilah kekalahan politik yang memimpin BN, kerana kita tahu cakapnya yang bergegar-gegar tahun lalu adalah untuk menghina Barisan Alternatif yang dikatakan mengundang kuasa asing menjajah ekonomi negara ini.

Sekarang ternyata mereka telah bercakap tidak benar kepada rakyat. Selepas ini saya yakin rakyat tidak akan termakan lagi dengan rhetoricretorik kosong pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional. Amat aneh lagi apabila Barisan Nasional sanggup mengundang pengurusan asing bagi mengurus KLIA yang menjadi kebanggaan Barisan Nasional. Kita semua tahu syarikat penerbangan asing sudah mula menjauhi KLIA. Syarikat British Airway baru mengumumkan akan menghentikan beberapa operasinya di KLIA. ---------------- Ansett, Qantas, LufanselLufthansa sudah lama memberhentikan sebahagian aktivitinya ke Malaysia. Apakah yang membanggakan sangat Barisan Nasional sekarang. Saya tidak akan merasa terkejut jika ekuiti dalam KLIA itu sendiri pun akan menjadi milik asing.

Selain pengurusannya seperti yang tersebut dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Inilah dia sandiwara UMNO - mana itu wakil, yang mempersoalkan tadi tentang sandiwara, tidak hadir. Inilah dia sandiwara UMNO Barisan Nasional yang sudah tidak menjadi sensasi lagi. Apakah ada ahli UMNO yang masih kagum dengan kehebatan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, pembentangan belanjawan kali ini telah didahului beberapa minggu sebelumnya satu tindakan tidak rasional kerajaan Barisan Nasional iaitu menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10%. Tindakan ini kononnya untuk mengurangkan beban subsidi harga minyak yang disediakan oleh kerajaan dengan alasan bahawa kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung beban subsidi yang dijangka meningkat dari RM3.2 bilion kepada RM5.4 bilion sekiranya harga dikekalkan pada paras yang lama. Penarikan balik subsidi yang juga bertujuan sebenarnya untuk mengurangkan keb pergantungan rakyat kepada subsidi dan bantuan kerajaan, kononnya lagi terlalu banyak subsidi dan rakyat mesti berhenti daripada meminta subsidi.

Saya ingin bertanya golongan rakyat manakah yang bergayut kepada subsidi. Saya akan memberikan jawapannya sebentar lagi insya-Allah. Sebagaimana kita sedia maklum minyak dan bahan yang berkaitan dengannya adalah merupakan keperluan asas dan bahan mentah utama bagi kebanyakan kegiatan ekonomi. Kenaikan harga minyak sudah tentu akan mewujudkan satu gelombang inflasi dalam ekonomi. Ekonomi maklumat Malaysia baru sahaja dilanda gelombang inflasi akibat kejatuhan besar nilai tukaran asing Rringgit Malaysia dalam tahun 1997.

Berikutan dengan itu kadar inflasi meningkat dua kali ganda kepada 5.3% dalam tahun 1998 berbanding 2.7% dalam tahun 1997. Ini adalah kadar inflasi yang tertinggi sejak tahun 1983.

Gelombang inflasi ini melanda seluruh ekonomi dengan sebahagian besar harga barang-barang khasnya barangan pengguna keperluan asas meningkat pada kadar yang tinggi. Barang-barang makanan khasnya memuncak merakamkan kenaikan lebih dari dua kali ganda sebanyak 8.9% berbanding 4.1% dalam tahun 1997. Ini meletakkan harga barangan dalam ekonomi pada paras yang tinggi. Kajian awal menunjukkan harga barangan keperluan harian telah meningkat sehingga 40%.

Lebih membebankan lagi ialah gelombang besar inflasi ini berlaku dalam suasana pendapatan rakyat merosot sebagaimana yang digambarkan oleh kemerosotan 7.5% dalam Kkeluaran Ddalam N negara Kkasar. Keadaan inflasi ini kemerosotan pendapatan dalam suasana inflasi yang memuncak telah menimpakan himpitan berganda kepada rakyat sehingga menyebabkan taraf hidup rakyat merosot dengan nyata. Walaupun perangkaan resmi menunjukkan kadar inflasi sudah memperlihatkan tanda-tanda reda dalam tempoh kebelakangan ini, namun harga barangan khasnya barangan pengguna dan keperluan asas terus meningkat setiap bulan kepada paras yang semakin tinggi pada kadar 1% hingga 3%.

Dalam tahun 2000 ini indeks harga pengguna terus naik pada kadar 1.6% pada bulan Januari, 1.5% dalam bulan Macrch, 1.3% dalam bulan Jun dan 1.4% dalam bulan Julai. Kenaikan berterusan ini sudah cukup membebankan rakyat khasnya golongan yang berpendapatan rendah. Kaum buruh, kaum nelayan dan kaum petani yang kini menghadapi kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, begitu juga kakitangan sektor awam dan anggota pasukan keselamatan yang mana tuntutan bonos mereka tidak dilayan.

Hari ini kita melihat hakisan kuasa beli rakyat. Seperti biasa kenaikan harga dijangka memuncak di musim perayaan tahun ini. Kini sudah ada tanda-tanda kenaikan harga minyak dan bahan-bahan minyak akan menyebabkan terjadinya gelombang inflasi kedua dalam jangka masa tidak sampai pun tiga bulan. Di samping kenaikan langsung harga minyak sebanyak 10% dalam sifatnya sebagai barangan pengguna.

Kenaikan harga ini akan juga membawa kenaikan harga kos pengeluaran beberapa sektor dan kegiatan ekonomi. Ini adalah kerana minyak dan bahan minyak adalah bahan mentah asas dalam pelbagai industri bagi pengangkutan, perkilangan dan penjanaan kuasa. Kita telah pun menyaksikan kenaikan tambang pengangkutan awam melebihi 100% dan bayaran tol naik 25%, begitu juga dengan takrif elektrik dan panggilan telefon. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi TNB yang baru kenapa bayaran menyambung semula bekalan elektrik dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM10.00 bagi penghuni-penghuni rumah dan dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM80.00 kepada premis-premis perniagaan. Apa rasionalnya. Saya mengharapkan bila perubahan pengerusi TNB daripada seorang teknokrat kepada seorang wakil rakyat, dia tentu akan lebih berhemat dalam hendak memberikan kenaikan-kenaikan supaya dia dapat juga menilai dan merasai bagaimana kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.

Pengerusi baru Tenaga Nasional boleh tolong beri penjelasan selepas ini. Sama ada takrif elektrik akan naik atau tidak. Tambang penerbangan juga akan naik dalam tempoh yang terdekat ini.

 

Tuan Lim Hock Seng: Mohon penjelasan.

 

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bagan bangun.

 

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan dari Ketua Pembangkang sama ada beliau sedar bahawa selain daripada takrif-ta krif yang akan dicadangkan untuk dinaikkan dan TNB mulai 1 hb. Julai, mereka juga kenakan kalau-kalau sesiapa pengguna lewat membayar bil TNB maka 1% dikenakan. Atau seperti apa yang dikatakan jikalau dipotong dan RM60.00 sehingga RM80.00 dikenakan. 1% ia dikenakan.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md.Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga wakil daripada Bagan. Memang itulah yang kita persoalkan. Saya tahu kenaikan itu dan potongan yang dikenakan kepada pengguna-pengguna elektrik yang lewat membuat pembayaran. Kelewatan itu kadang-kadang bukan disengajakan. Kadang-kadang kerana kelewatan menerima bil, kadang-kadang penghuni rumah itu tidak berada di rumah dalam masa yang perlu dia membuat pembayaran. Jadi banyak alasan-alasan ataupun sebab-sebab yang menyebabkan kelewatan pembayaran, tetapi ini satu hukuman yang dilakukan oleh sebuah agensi yang telah pun dikorporatkan. Sebab itu kita tidak nampak apa rasional kenaikan-kenaikan ini dilakukan dan tindakan-tindakan untuk mendenda mereka yang membuat pembayaran lewat itu dilakukan.

Begitu juga tambang penerbangan dijangka akan dinaikkan dalam tempoh terdekat ini. Oleh itu kenaikan harga minyak pasti menyebabkan kenaikan kos pengeluaran dalam seluruh ekonomi. Kenaikan ini mungkin tidak digambarkan sepenuhnya oleh perangkaan rasmi kerana tidak semua barangan diwakili dalam indeks berkenaan. Bebannya tetap ditanggung oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kenaikan harga minyak dielakkan? . Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak petroleum dan beberapa lagi hasil minyak termasuk gas asli. Malaysia ialah next exporter minyak mentah. Dikatakan bahawa minyak Malaysia bermutu tinggi dan mendapat harga premium di dalam pasaran minyak antarabangsa. Pada tahap pengeluaran sekarang yang dianggarkan dalam 665,000 tong sehari setiap satu USD1 dollar kenaikan harga minyak mampu membawa hasil bertambah sebanyak hampir RM900 juta kepada Petronas setiap tahun. Dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini harga minyak mentah telah naik daripada USD 28 dollar se tong ke paras melebihi USD37 dollar se tong dan kini harga berkisar di antara USD33 sehingga USD35 dollar Amerika se tong.

Kita sedia maklum bahawa Petronas mendapat keuntungan berbilion ringgit setahun dan pada tahun 1999 dilaporkan Petronas memperolehi keuntungan melebihi RM22 bilion ringgit. Kenaikan besar harga minyak sekarang ini sudah tentu akan membawa hasil dan keuntungan yang meningkat kepada Petronas. Begitu juga hasil kerajaan daripada hasil industri petroleum. Dalam tahun 1999 hasil kerajaan daripada industri petroleum sejumlah RM11.6 bilion ringgit. Dalam tahun 2000 ini sudah pasti hasil ini akan meningkat lebih besar lagi. Apa salahnya sebahagian daripada durian runtuh ini digunakan untuk terus mensubsidi harga minyak untuk meringankan beban rakyat. Kalau itu dilakukan barulah belanjawan ini dapat dianggap sebagai belanjawan rakyat. Ini belanjawan menekan rakyat dari segi ekonomi.

 

Seorang Ahli: Betul.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ppengekalan subsidi adalah logik demi mengelakkan terjadinya gelombang inflasi yang lebih merugikan ekonomi. Ini terutamanya memandangkan bahawa minyak adalah keperluan asas dan bahan mentah utama bagi industri. Harus di ingat bahawa amalan sekarang subsidi bukan sahaja diberi dalam bentuk langsung seperti bantuan baja dan benih padi kepada petani dan bantuan tanaman semula getah dan kelapa sawit tetapi juga dalam bentuk yang tidak langsung seperti mengenakan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Pelepasan cukai, mengenakan cukai yang lebih rendah bagi barangan yang dalam kategori yang sama, sokongan harga, program penkestabilan harga dan sebagainya.

Syarikat besar korporat pula mendapat kemudahan pinjaman kepada kadar riba yang istimewa, lebih rendah daripada yang dikenakan kepada peminjam biasa. Ini juga satu bentuk subsidi kalau dibandingkan dengan subsidi yang didalang dalam berbagai bentuk yang diberikan oleh kerajaan kepada berbagai industri,. mMaka subsidi minyak yang sama ditanggung kerajaan tidaklah sebesar mana. Subsidi dalam bentuk pelepasan cukai yang diberikan kepada Pproton misalnya menjangkau berbilion ringgit begitu subsidi yang diberikan kepada sektor perkilangan dan syarikat-syarikat korporat milik kroni - k-ekonomi. [Ketawa] .

Kerajaan juga memberi subsidi dalam bentuk sokongan harga atau prize support kepada saham syarikat-syarikat besar yang membentuk Iindeks Kkomposit Bursa Saham Kuala Lumpur bagi menentukan indeks tidak jatuh dengan teruk. Misalnya ratusan juta malahan berbilion ringgit dana KWSP, LTAT, Tabung Haji, PerkesoPERKESO, Khazanah dan sebagainya digunakan untuk menyokong harga saham syarikat Telekom, TNB, Genting Berhad, Resort World Bhd, Berjaya, Toto, Renong dan lain-lain. Amatlah tidak adil dan juga tidak logik dari segi ekonominya bagi kerajaan menarik subsidi minyak yang melibatkan seluruh rakyat. Sedangkan pada masa yang sama terus menggunakan wang rakyat membantu segelintir syarikat milik kroni.

Secebis subsidi untuk rakyat digembar-gemburkan dan dianggap beban kepada kerajaan tetapi apabila tiba kepada subsidi besar kepada syarikat-syarikat kroni kerajaan diam membisu. Sepatutnya harus mendedahkan kedudukan subsidi yang sebenarnya kepada rakyat, agar rakyat dapat melihat siapakah yang sebenarnya bermentalitikan subsidi dan bergayut kepada subsidi dan bantuan kerajaan selama ini. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya sebagai mensyukuri kesan perolehan akibat kenaikan harga minyak dalam pasaran antarabangsa subsidi harga petroleum dikembalikan dasn harga minyak petrol dalam pasaran negara dikembalikan pada harga asal. [Tepuk]

Dalam membahaskan seterusnya Bbelanjawan 2001 ini saya ingin menyentuh prestasi ekonomi dengan melihat cabaran dan halangan yang ada. Sebenarnya negara kita menghadapi krisis berat dalam menangani kemelut ekonominya. Antaranya ialah:-

 

krisis kekangan hak asasi;

krisis keyakinan terhadap sistem keadilan;

krisis keyakinan terhadap kepimpinan politik;

krisis keyakinan terhadap ekonomi jangka panjang dan

krisis keyakinan terhadap korporat govergovernancenment di Malaysia.

 

EFFA1545

…kelima krisis keyakinan terhadap corporate governance di Malaysia…kak ara***

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah bercakap mengenai usaha meneruskan agenda masyarakat penyayang. Bbahkan ada akan dijadikan agenda nasional. Beliau mengakui adalah penting nilai kemesraan, perkongsian dan masyarakat penyayang disemai dalam semua aspek pembangunan dan kehidupan. Tidak ada orang yang waras akan menolak kesalahan ini. Tetapi ini hanya kata-kata manis dari seorang pemimpin Barisan Nasional. Namun realiti yang ada di tengah masyarakat dengan tidak adanya dorongan untuk terbinanya masyarakat penyayang selama ini menjadikan kita amat sangsi dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kewangan itu. Aduan bagaimana tahanan reman didera begitu teruk selain ada yang ditahan bertahun-tahun mereka yang berdemonstrasi secara aman dianggap sebagai penjenayah, tekanan hebat terhadap rakyat yang mahu menyuarakan keadilan dan kebenaran menganggap musuh semua yang tidak sehaluan dengan pandangan parti yang memerintah adalah bukti nyata bahawa ini bukan kaedah untuk membina masyarakat penyayang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan m Mesyuarat] .

Adakah munasabah apabila lima orang pemuda mengangkat kain rentang yang bertulis ‘Undur Mahathir’ pun kena tahan sampai tujuh jam di balai polis dan dikenakan ikat jamin. Demikian juga dengan akta zalim, contohumpamanya ISA, OSA, Akta Polis, Akta Hasutan dan lain-lain akta yang sangat mendera dan mengongkong sama sekali bertentangan dengan semangat masyarakat penyayang. Malah suasana demokrasi dan hak asasi yang semakin terhakis dalam semua bidang kehidupan membuktikan bahawa kata-kata mesra rakyat itu hanya retorik pemimpin kerajaan konon untuk menunjukkan kebaikan mereka.

Penyediaan peruntukan untuk golongan yang memerlukan perhatian khusus dari golongan miskin, orang cacat, golongan tua, kanak-kanak istimewa, ibu tunggal dan anak-anak yatim misalnya adalah menjadi tanggungjawab hakiki pihak yang lebih bernasib baik. Dengan kerajaan sendiri menjadi teraju kita menyokong segala peruntukan yang diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan komitmen kerajaan adalah aspek penyayang yang meliputi seluruh rakyat. Umpamanya pembentukan keluarga bahagia melalui usaha meningkatkan pendidikan Islam dan kekeluargaan, amalan gotong -royong , menghapuskan budaya maksiat seperti judi, arak, dadah, seks rambang dan sebagainya. Saya tidak nampak kesungguhan kerajaan dalam hal ini malah peningkatan cukai dosa atau since tax belum pernah berjaya mengurangkan tabiat buruk merokok dan menagih arak. Ingatlah Iklan rokok dan arak berleluasa, judi langsung disokong oleh kerajaan hari ini dengan memberi alasan bahawa judi adalah budaya masyarakat bukan Islam. Dan itulah ini telah dinafikan dalam persidangan Parlimen ini oleh wakil-wakil yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam. Baru-baru ini kita berbangga sebagaimana kita saya sebutkan tadi bila wakil dari DAP dan ada wakil dari MCA, SAPP menjelaskan bahawa judi bukan sekali-kali budaya orang Cina cuma UMNO sahaja yang belum faham-faham. [Tepuk].

Menteri Kewangan juga berkehendakkan supaya kekayaan negara ini dapat dirasai oleh semua rakyat. Itu harapan dia. Tetapi apakah dia tahu apa kah yang dia buat. Ddan apa pemimpin-pemimpin UMNO bawahan dia lakukan. Peruntukan kepada wakil rakyat, ahli Parlimen umpamanya sebanyak RM500,000 setahun dinafikan hak wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang untuk mendapat menggunakan wang itu bagi kepentingan rakyat bahkan saya difahamkan pegawai daerah sendiri pun tidak dibenarkan untuk menggunakan wang itu bagi diagihkan kepada pembangunan-pembangunan kecil dalam kawasan atau daerah di mana beliau menjadi pegawai daerah.

Saya ambil contoh dalam kawasan saya, peruntukan RM500,000 itu diberikan kepada Ketua Bahagian UMNO yang sudah ditolak oleh rakyat untuk mengagihkan peruntukan itu. Ini wang rakyat, wang negara, wang awam. Atas kapasiti apa? Ada pada saya cadangan yang dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO kawasan saya Pendang, mengagihkan peruntukan RM500,000. Saya telah dapat mengesan salah satu peruntukan yang dibuat daripada wang RM500,000 itu ialah untuk kononnya menyiapkan Dewan Tanah Merah , Pendang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Dewan Tanah Merah - Tanah Merah ini adalah sebuah pekan kecil daerah Pendang yang Barisan Nasional kalah di situ. Menyiapkan Dewan Tanah Merah ini bukan sebenarnya Dewan orang ramai tetapi Dewan UMNO yang tidak sempat disiapkan menjelang pilihan raya yang lalu.

 

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Eee, jahatnya. [Ketawa]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sebab itu saya mengatakan cakap mesti serupa dengan bikin dan bikin juga mesti serupa dengan cakap.

 

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah berucap lebih hampir tiga jam.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Kalau tidak ada orang ganggu tidak panjang, Tuan Yang di-Pertua.

 

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, program-program yang yang merosakkan pemikiran anak-anak seperti yang terdapat dalam televisyen kita harus dikaji semula dan diganti dengan program pendidikan yang sarat dengan pengajaran yang disampaikan dengan cara yang menggembirakan mereka. Saya mencadangkan supaya peruntukan yang besar disediakan atau insentif diberikan kepada mana-mana syarikat yang bersedia mengeluarkan lebih banyak software atau filem yang bercorak pendidikan. Ini lebih bermakna daripada kerajaan beria-ia mengwujudkan e-village yang pastinya hanya untuk hiburan semata-mata. Saya hendak mengingatkan kerajaan bahawa buat masa ini memberikan saingan dalam pasaran perfileman ialah hiburan yang cenderung kepada p oronografik termasuk filem-filem keluaran Bollywood yang sedang cuba dipujuk untuk ke e-village di Sepang. Oleh itu, kerajaan janganlah ghairah dengan e-village ini.

Tuan Yang di-Pertua, suasana masyarakat penyayang dan mesra rakyat, rakyat hanya terbina jika pemerintah sudah bersedia bersikap terbuka, mampu menerima kritik, bersikap gentlemen, bertolak ansur, menjamin hak asasi manusia dan lebih dari itu mematuhi prinsip moral, agama, serta menghargai kemanusiaan. Sesungguhnya petunjuk yang ada kini tidak menuju ke arah masyarakat penyayang dan mesra rakyat. Oleh itu Barisan Alternatif tidak yakin agenda ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya mencadangkan pembentukan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan yang merangkumi penyertaan perlbagai kaum di negara ini bagi melakarkan semula arah tuju negara ini dalam alaf baru yang akan menjadi penggerak penyatuan berbagai kaum…

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, biarlah Yang Berhormat Ketua Pembangkang habiskan ucapannya, Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah banyak kali bagi kat sahabat saya itu, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat cukuplah kot.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sikit sahajalah.

 

Tuan Yang di-Pertua: Biarlah, dia tidak beri jalan, Yang Berhormat ya.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya mohon Ketua Pembangkang …

 

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bukan hanya mencari formula untuk satu-satu kaum. Hasrat UMNO untuk mengwujudkan Majlis Melayu dalam suasana kita menuju integrasi nasional ini adalah langkah yang jauh mundur. PAS khususnya tidak akan mundur bersama UMNO. UMNO tidak akan boleh menuding jari ke arah orang lain yang dikatakan cuba memecahkan perpaduan , baik antara kaum ataupun dalam sesuatu kaum. Usaha untuk menubuhkan Barisan Alternatif adalah langkah jelas ke arah perpaduan, sementara tindakan UMNO-BN memainkan isu hak sesuatu kaum membangkitkan cerita lama seperti peristiwa 13 Mei - inilah yang membawa kepada perpecahan. [Tepuk].

Tuan Yang di-Pertua, beberapa ihtisat episod yang berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu telah meruntuhkan keyakinan masyarakat dalam terhadap satu-satunya tempat bergantung rakyat kita dalam mencari keadilan. Negara ini mula mengukir nama buruk apabila pihak eksekutif berjaya dalam usahanya menyingkir Ketua Hakim Negara dan beberapa orang hakim mMahkamah aAgung pada tahun 19 988. Peristiwa hitam ini memulakan era campur tangan eksekutif dalam hal ehwal mahkamah sehingga rakyat berani mempersoalkan beberapa keputusan kepenghakiman. Beberapa tingkah laku hakim dan pegawai mahkamah selepas daripada itu memburukkan lagi keadaan. Ianya mencapai tahap kritikal apabila berlaku pendakwaan terpilih dan kemuncaknya ialah kegawatan mahkamah akibat tindakan Ketua Eksekutif Negara memperolok-olokkan mahkamah dalam kes perbicaan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Keadaan buruk ini boleh kita simpulkan apabila bekas Ketua Hakim Negara , Almarhum Tun Mohamad Suffian pernah menyebut bahawa beliau tidak mahu dibicarakan dalam mahkamah Malaysia sekiranya seandainya dia tidak bersalah.

Banyak urusan ekonomi dan perniagaan memerlukan campur tangan mahkamah. Pelabur asing cukup sedar bahawa sistem keadilan yang tidak bebas akan mengganggu kepentingan mereka di negara ini. Kita menuntut kerajaan menyedari hakikat ini dan memberikan semula kebebasan mahkamah ini. Selagi kita tidak melihat perubahan ke arah itu kita tidak akan dapat menjadi pemain utama dalam perdagangan antarabangsa. Pihak yang bertelagah atau rasa teraniaya tidak yakin untuk mendapatkan penyelesaiannya di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, satu isu penting yang terpaksa diterima oleh pakar ekonomi dan hari ini sudah mula diakui oleh kerajaan sendiri adalah faktor keyakinan atau confidence kepada pihak berkuasa. Hari ini kerajaan Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya sedang mengalami krisis kepercayaan yang paling teruk sejak ia mula memerintah. Penghakisan kepercayaan rakyat terutamanya masyarakat Melayu adalah akibat dari perbuatan salah laku pemimpin UMNO sendiri yang telah menjadi terlalu angkuh dan zalim. Rentetan peristiwa kezaliman dan ketidakadilan termasuk pencabulan kuasa, pelindungan amalan rasuah, penganiayaan dan kezaliman politik, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi yang pincang dan program penswastaan membawa kerugian besar kepada dana awam, kerosakan alam sekitar akibat pembangunan yang tidak lusteri lestari dan mesra alam, jurang pendapatan dan kekayaan yang semakin melebar, program pemborosan wang rakyat yang tidak langsung mengambil kira kesengsaraan rakyat, kos perbelanjaan yang tinggi ditanggung oleh rakyat dan senarai yang semakin hari semakin panjang. oleh rakyat dan senarai yang semakin hari semakin panjang.

Dalam UMNO sendiri masalah politik wang diakui oleh mereka sendiri dan sehingga sekarang pun mereka masih belum bertemu penawar. Saya menyatakan ini bukan kerana mahu campur urusan dalaman kelambu UMNO tetapi UMNO kena ingat bahawa buat masa ini kekalutan dalam UMNO memberi kesan kepada orang lain dalam negara ini.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat ya. Bagi jalan Sri Gading ya.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak payahlah kot. Tun hendak saya cepat, saya teruskan.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak apalah.

 

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan.

 

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak sedikit pertanyaan, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Barisan Alternatif mahukan seluruh masalah dan penyelesaian ini ditangani segera supaya negara boleh meneruskan agenda pembangunan semula negara dan pemerintahan …

 

Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi jalan, Sri Gading.

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Walau bagaimanapun , pada kenyataan dan hakikatnya kerajaan UMNO Barisan Nasional mahukan rakyat dan BA tidak diberi kesempatan dan ruang ini. Bahkan sebaliknya hari demi hari kerajaan BN-UMNO mencetuskan isu-isu baru dan salah laku yang lebih mengejutkan dan menjadikan bukan sahaja rakyat negara ini hilang kepercayaan dan keyakinan bahkan rakyat antarabangsa dan khususnya pelabur asing juga turut hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pemerintahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengingatkan bahawa di sini perbincangan ekonomi bertindih secara langsung dengan politik. Sebelum saya menghuraikan perkara ini , saya ingin juga menyentuh beberapa perkara dengan isu polisi yang menyebabkan negara ini semakin tidak menarik dan dilihat penuh misteri oleh pelabur asing bahkan juga oleh pelabur tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, kepercayaan dan keyakinan berkadar langsung dengan faktor kredibiliti, consistency konsistensi dan satu sikap dan polisi yang kohil, cakap mesti serupa bikin, bikin pun mesti serupa cakap. Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah menghantar beberapa mesej yang salah kepada dunia luar dengan polisi dan sikap kerajaan ini. Dengan lain perkataan, kita celaru dan tidak menentu, terkadang kala kita buka negara ini seolah-olah kitalah negara yang paling terbuka , paling global sehingga macam hendak lelong negara ini seumpama pelaksanaan projek MSC sama ada aspek ekuiti dan juga kelonggaran tarif dan cukai bahkan kerakyatan pekerja pakar asing.

Dalam waktu yang lain, polisi kerajaan ini adalah sangat menekan dan menyempitkan pelabur asing sekali gus menjadikan mereka mencari negara yang lebih mudah, lebih murah dan lebih mesra dari segi undang-undang. Salah satu faktor yang tidak menyenangkan pihak pelabur ialah liabiliti levi keluar 10% bagi penghantaran pulang keuntungan dari urus niaga saham. Polisi ini apabila ditinjau dari beberapa segi sudah tidak lagi relevan. Be berapakah banyakkah keuntungan yang hendak kita pungut dari levi ini. Sudahkah dikaji banyak mana levi yang dapat dikutip dan banyak mana pula pelaburan asing yang terhalang daripada memasuki ke negara ini akibat levi ini. Yang jelasnya iklim pelaburan merosot akibat levi ini., Aantaranya . bBukan senang hendak untuk menarik pelabur dan tidak ada sebab mengapa mereka mesti melabur di sini tambahan negara jiran serantau yang lain lebih menarik, mudah dan lebih mesra.

Peranan levi ini untuk menyekat aliran keluar modal jangka pendek sudah tidak relevan lagi . Pengumuman Menteri Kewangan bahawa keuntungan portfolio yang dibawa keluar selepas tempoh satu tahun tidak dikenakan levi adalah tidak langsung mengubah persepsi pelabur terhadap Malaysia malah amat mengelirukan. Semalam Perdana Menteri semakin mengelirukan kita apabila beliau menjelaskan bahawa keuntungan portfolio yang dibawa keluar selepas tempoh satu tahun dikenakan levi 0%. Tidak habis-habis bergurau PM kita ini. Saya mencadangkan supaya levi 10% ini dibatalkan terus.

Kita juga masih ingat Menteri Kewangan dalam uUcapan bBelanjanwanya tahun lalu begitu yakin dengan prestasi BSKL dan bercakap panjang mengenai petunjuk BSKL sebagai petunjuk kebangkitan semula ekonomi. Ternyata kini BSKL hambar. Menteri Kewangan hanya dapat membandingkan indeks komposit sehari sebelum pembentangan bBelanjawan dengan indeks terendah tahun ini yang katanya telah meningkat 14.1%. Mengapa beliau tidak membandingkan indeks hari ini dengan yang tertinggi tahun ini supaya kita dapat lihat kejatuhan indeks tersebut. Ini sengaja mahu mengelirukan kita. Jika tidaklah institusi seperti KWSP, LTAT, Khazanah, PNB, dan Tabung Haji dipaksa memasuki pasaran seminggu dua sebelum pembentangan bBelanjawan tahun ini nescaya indeks komposit BSKL telah jatuh merudum. Maka kali ini beliau bercakap sedikit sahaja mengenai BSKL dan berbanding dengan indeks yang dibuatnya pun sekadar menyejukkan hati beliau sendiri. Selepas sorak-sorai mengenai BSKL yang kononnya akan pulih dan mendapat kepercayaan pelabur apabila disenaraikan semula dalam MSCI berakhir dengan layu maka persoalan kurang keyakinan terhadap kepimpinan dan dasar negaralah yang kekal menjadi punca krisis ini.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membawa imej yang buruk kepada pengurusan ekonomi negara ini adalah amalan kronisme dalam kaedah back door banning out kumpulan korporat yang dilindungi oleh kerajaan. Perkara ini telah banyak kami kritik dan akan terus dikritik bagi mendapatkan reformasi sepenuhnya terhadap pengurusan dana dan sumber negara. Danaharta sebagai sebuah syarikat pengurusan aset dibentuk dengan matlamat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat dan usahawan besar yang teruk dilanda masalah hutang. Setakat 31 Disember 1999, Danaharta telah membeli dan meletakkan di bawah pengurusannya hutang bermasalah berjumlah RM45.5 bilion. Hutang bermasalah ini dibeli pada kadar diskaun lebih kurang 56%. Danaharta dikatakan telah hampir selesai membeli hutang bermasalah kecuali sedikit sahaja lagi.

Perlu dirakamkan bahawa bukan mudah untuk menjual harta-harta yang telah dikumpulkan tambahan pasaran hartanah yang lembab dan muram. Danaharta terpaksa menanggung kos menunggu penstrukturan semula, hutang korporat juga bukanlah mudah untuk ditangani dalam suasana seumpama ini. Danaharta perlu bijak dan cermat dan tidak dilihat melakukan jenayah moral dengan pengambilalihan hutang bermasalah ini.

Baru-baru ini kita dihadapkan dengan satu lagi kes yang jelas dilihat sebagai bet governceance bagi pihak kerajaan dan Danaharta. Kes ini melibatkan pembelian hutang Hotik Invesment Limited yang berpangkalan di Hong Kong yang bernilai RM3 bilion. Menurut laporan bahawa syarikat ini dimiliki oleh Rashid Manaf , seorang peguam sahabat baik Halim Saad, Pengerusi Eksekutif Renong Berhad. Tidak ada siapa tahu siapa pemilik sebenarnya syarikat ini. Danaharta sedia memaklumi bahawa kuasa yang ada padanya tidak melepasi sempadan negara ini. Danaharta yang seharusnya amalkan due deligence, dengan izin, seharusnya tahu akan hakikat risiko ini. Rakyat dan pihak pelabur tertanya-tanya apakah sebab di sebalik mengambil risiko besar ini walaupun Danaharta dikatakan hanya membayar RM5 juta sahaja untuk hutang syarikat Hotik Investment Limited ini.

Yang mencemarkan lagi amalan berhemat dan pengurusan kewangan dan perbankkan yang baik di negara ini ialah maklumat bahawa Hotik telah meminjam sebanyak RM3 bilion daripada empat buah bank di Malaysia dalam tahun 1997 dan wang itu telah dibelanjakan untuk membeli saham majoriti dalam syarikat Wintech yang pada ketika itu memilik National Steel Corporation PhFilipina.

Persoalan kewibawaan dan keyakinan semakin meruncing tatkala pertanyaan dimajukan atas sebab apa empat bank tempatan ini iaitu dikatakan Bank Bumiputera Malaysia Berhad, RHB Bank, Commerce Asset Holding Berhad dan Malayan Banking Berhad boleh memberi pinjaman dengan jumlah yang begitu besar kepada syarikat yang tidak beroperasi di Malaysia dan terutama dalam industri keluli yang sudah pun ada pengalaman buruk seperti Perwaja Steel di sini. Hutang ini kemudian menjadi hutang bermasalah apabila Danaharta mengambil alih dia memegang RM2 bilion atau 80% saham dalam NSC. Usaha untuk memulihkan NSC gagal. NSC seterusnya dicairkan dilaporkan bahawa Danaharta tidak akan dapat sebahagian besar dari pencairan NSC. Pun begitu, Danaharta masih boleh memberi jawapan bahawa mereka tidak kerugian kerana membeli NPL Hotik dengan harga RM5 juta sahaja.

Jelasnya yang menanggung hutang ialah empat buah bank tempatan tadi. Jelasnya rakyatlah dan negaralah yang menanggung segala perbuatan jelik dan salah laku kroni-kroni bernafsu besar ini. Inilah yang meruntuhkan keyakinan rakyat dan pelabur. Kes ini mengingatkan kita mengenai dengan keruntuhan BMF di Hong Kong dalam tahun 1983 . Sekarang ini kita hendak tahu siapa pula George Tan, Lorent Isme dan siapa pula akan menjadi Jalil Ibrahim dalam kes Hotik ini. Saya mencadangkan supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini ke akar umbinya.

Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi lebih mencemarkan imej baik negara dalam pengurusan korporat dan kewangan perbankkan negara ini ialah peribadi-peribadi yang telah melakukan pelbagai kesilapan bahkan jenayah. Ini masih terus memimpin berbagai syarikat korporat yang telah bertimbun hutang sekali gus memberi persepsi salah kepada dunia luar dan juga tempatan akan amalan dan sikap kerajaan yang melindungi tokoh-tokoh korporat dan syarikat ini secara amalan kapitalisme kroni. Kerajaan masih terus dengan sikap angkuh melakukan semua ini dengan tidak mempedulikan rakyat dan persepsi dunia terhadap negara.

Barisan Alternatif mahukan supaya korporat-korporat manja ini jangan lagi dilindungi oleh wang rakyat dan mereka perlu diajar ketika membuat kesalahan dengan cara turun secara terhormat, bukan diberikan muka lagi dan dilindungi oleh Danaharta dan Danamodal. Barisan Alternatif dan bahkan ramai pengurus dana tempatan dan pakar ekonomi tempatan juga melafazkan hasrat yang sama. Ini bagi membolehkan lebih ramai lagi tokoh korporat Melayu dan bukan Melayu tampil dengan kehebatan dan keupayaan bisnes dan sekali gus mengelakkan hanya muka-muka tertentu sahaja yang mendapat habuan dan peluang semasa senang dan susah. Kita perlu tukar budaya ini jika kita mahu lebih berdaya saing dan maju. Persaingan global yang mendatang adalah lebih mencabar lagi. Negara perlu membangunkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh korporat dan usahawan tulen yang benar-benar berdaya saing dan berkualiti tinggi, agresif dan tidak hidup dengan mentaliti untuk dilindungi dan disubsidi dengan bantuan kerajaan dan wang rakyat. Lebih awal kita keluar dari budaya lama dan amalan kronisme, lebih cepat kita dapat membaik pulih keupayaan kita untuk bersaing di persada antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengalami pengaliran keluar modal bersih sebanyak RM5 bilion. Pelabur asing juga gusar dengan isu pengurusan korporat yang tidak menentu. Mereka juga khuatir dengan kepentingan pemegang saham minoriti seperti dalam kes penstrukturan semula Arab Malaysian Merchant Bank dan bank utama dan juga perkahwinan paksa sektor perbankan. Ddan yang akan diikuti oleh industri brokerage dan insurans. BA atau Barisan Alternatif masih mempertikaikan dasar-dasar yang digunakan oleh kerajaan untuk memaksakan pernggabungan perbank kan yang dahulunya enam, sekarang telah menjadi sepuluh bank utama. Tidak ada kajian setakat ini yang membuktikan bahawa penggabungan ini akan membawa kesan dan impak yang baik untuk daya saing mereka. Pilihan bank-bank utama itu pun masih boleh dipertikaikan.

Kalaulah atas sebab perhitungan untuk mengumpul dana maka walaupun semua bank bergabung menjadi satu ia tidak akan menguatkan daya saing bank di negara ini berbanding dengan bank gergasi dunia seperti Chase mManhattan, Citibank dan seumpamanya. Sebaliknya urusan penggabungan memaksa institusi perbank kan sibuk dengan urusan dalaman sehingga menjejaskan urusan perbank kan negara hari ini yang antara lain terencatnya pertumbuhan pinjaman. Ia juga meninggalkan kesan dan masa depan yang tidak menentu bagi kebanyak kan bank yang bukan merupakan bank utama. Kakitangan pula tertanya-tanya sama ada mereka akan diminta berhenti selepas penggabungan ini. Sekali lagi polisi dan pengurusan governeance yang menekan ini memberi kesan negatif terhadap persepsi terhadap institusi perbank kan dan kewangan. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai kedudukan usaha penggabungan bank ini kerana tidak diperjelaskan dalam ucapan Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masalah corporate govern eance ini juga kita tidak dapat lari daripada menyebut isu-isu kronisme dan nepotisme yang tidak berkesudahan. Ini terutamanya berlaku dalam program penswastaan projek-projek kerajaan. Saya menyebut perkara ini kerana sebahagian daripada penganugerahan projek penswastaan ini mematikan usaha dan inisiatif usahawan Bbumiputera yang sedang cuba memasuki dunia korporat dengan berbekalkan ilmu dan kesungguhan. Sebagai contoh, dalam penswastaan hotel Total hHospital iInformation sSystem disk (THIS) seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan keseluruhan projek-projek bernilai lebih daripada RM1 bilion. Ini dimonopoli oleh sebuah syarikat yang pemegang saham utamanya ialah Deligent Network Sdn. Bhd iaitu syarikat yang kononnya dikatakan dikuasai oleh Tongkah. Ini merupakan satu penganiayaan kepada beberapa syarikat kecil IT yang telah pun memulakan inisiatif merangka sistem berkenaan kerana diminta berbuat demikian oleh kerajaan sendiri sebelum diambil alih secara mengejut oleh dDeligent nNetwork ini. Tindakan-tindakan beginilah yang menghilangkan daya saing asli usahawan baru negara kita. Saya mencadangkan supaya usaha sebesar ini dilaksanakan melalui pembentukan konsortium beberapa syarikat supaya dengan cara ini pengalaman baru akan dapat diberikan kepada lebih ramai usahawan-usahawan.

 

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi Yang Berhormat?

 

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak panjang, sikit lagi.

Satu perkara yang mengejutkan saya juga ialah mengenai dengan penswastaan LPN (Lembaga Padi dan Beras Negara) kepada BERNAS. Saya telah menerima satu envelop yang memuatkan dokumen tentang masalah yang sedang dihadapi oleh BERNAS yang telah mendapat penswastaan LPN. Ini juga penswastaan yang bersifat kroni kerana dilaporkan di sini BERNAS telah menawarkan perberhentian kerja kepada kakitangan-kakitangannya , membuat satu tawaran perberhentian kerja dengan dijanjikan bayaran-bayaran ganti rugi yang tertentu di antara 17,000 sehingga lebih daripada 43,000. Apa sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh BERNAS. Tahun lalu dilaporkan BERNAS mengumumkan keuntungan dan jika kakitangan ini tidak mahu berhenti juga mereka akan ditawarkan bekerja dengan jadual kerja yang disusun semula iaitu dikurangkan daripada enam hari seminggu kepada tiga hari seminggu dengan potongan gaji sebanyak 20%. Dan saya juga dimaklumkan bahawa beberapa buah kilang-kilang LPN yang diswastakan kepada BERNAS akan dijual kepada syarikat-syarikat milik peribadi. Apa yang sudah berlaku? Harta yang dibina dengan wang rakyat, dengan wang kerajaan diswastakan kepada sebuah syarikat kroni, kemudian syarikat itu pula hendak menjualkan kepada pihak yang lain. iIni membuktikan bahawa penswastaan sebenarnya tidak membawa kejayaan yang diharapkan. Saya ingin mendapatkan penjelasan.

Kita juga telah melihat beberapa siri penswastaan perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan berakhir dengan implikasi kos yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos sampai 300% bagi mendapatkan bekalan ubat daripada pembekal utama iaitu Remedy Sendirian Berhad yang merupakan anak syarikat UEM Berhad yang memonopoli penswastaan stor ubat pusat beberapa tahun lalu. Ia juga syarikat kroni UMNO.

 

Ziana 1600

Dato’ Fadzil: …setor ubat pusat beberapa tahun lalu. Ini juga syarikat kroni UMNO. (Effa)

Kerajaan juga membayar kos yang lebih tinggi untuk urusan pembersihan hospital kerana kerja ini diswastakan kepada anak syarikat Tongkah dan kumpulan Faber. Saya nampak program penswastaan perkhidmatan ini tidak lebih daripada untuk mengkayakan syarikat kroni dan bukan untuk mengurangkan kos kepada kerajaan. Yang akhir, urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing oleh FOMEMA pun telah diambil alih oleh Tongkah. Tidakkah ini membuka mata kita kepada satu macam kronisme yang bukan kepalang.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti komen-komen orang ramai selepas Belanjawan ini dibentangkan, ternyata mereka kecewa kerana melihat kerajaan tidak serius dalam apa yang ingin diusahakannya. Khusus yang diperkatakan ialah tiadanya usaha konkrit untuk membawa pelaburan asing yang boleh menjamin pertumbuhan yang berterusan. Ramai juga yang menjangka akan ada pengurangan cukai pendapatan korporat tetapi kecewa. Mereka juga menjangka berlaku pengurangan potongan KWSP dan dapat meningkatkan jumlah wang pendapatan bawa baliknya. Ini juga tidak berlaku. Kakitangan awam terasa mereka tidak dinilai dengan baik kerana tidak ada bonus kali ini.

Namun, kita mengucapkan tahniah kepada kakitangan beruniform yang akhirnya diberi pengiktirafan setelah begitu lama terseksa dan diabaikan. Bagi doktor-doktor kita yang mendapat kenaikan elaun kritikal, saya berharap mereka akan meneruskan khidmat cemerlang mereka dalam sektor awam. Saya ingin mencadangkan bahawa supaya elaun kritikal kakitangan tulang belakang bagi sistem kesihatan iaitu Jururawat dan Pembantu Perubatan dan juga Doktor Gigi diberikan kenaikan yang setimpal. [Tepuk] Mungkin Menteri Besar Selangor yang juga seorang doktor gigi menyokong cadangan saya ini. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, kepala kumpulan sukarelawan beruniform, insentif yang disediakan harus dapat meningkatkan semangat kesukarelawan mereka. Saya juga mahu mengingatkan kerajaan agar tidak mempolitikkan pasukan sukarelawan beruniform ini. Saya difahamkan bahawa pasukan Askar Wataniah akan dikembangkan mengikut kawasan Parlimen. Saya melihat ini sebagai satu percubaan untuk mempolitikkan pasukan ini untuk menjadi penyokong kuat UMNO, Barisan Nasional. Sila hentikan usaha ini yang akan menimbulkan suasana politik kurang enak. Cukuplah badan-badan sukan sahaja yang berpolitik dan akhirnya kecewa di Sydney.

Akhirnya, saya ingin mengingatkan kita, sebagai pekerja, kakitangan sama ada awam atau swasta, yang penting ialah meningkatkan professionalisme dalam kerja masing-masing. Apa yang berlaku di Gerik, Pulau Sipadan dan Pandanan, berbagai sungutan di hospital atau jabatan-jabatan lain termasuk JPJ dengan "'lesen terbang '"nya, mesti dielakkan. Rakyat bersimpati dengan segala kekurangan yang membebankan hidup mereka tetapi atas dasar amanah yang mereka pikul, kerja secara baik adalah kemestian kepada mereka.

Rasululullah s.a.WS.A.W. bersabda, [Membaca beberapa potong Hadis] yang bermaksud "Sesungguhnya Allah mengasihi seseorang kamu apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan dilakukan dengan penuh teliti dan tekun". Tuan Yang di-Pertua, itulah ucapan yang dapat saya sampaikan. Mudah-mudahan ia bermanfaat jua. Sekian, terima kasih. WaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Parit Sulong.

 

4.04 ptg.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.tS.W.T. kerana ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.5% tahun ini. Ia mencerminkan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional, bukan Barisan Alternatif dalam menangani krisis ekonomi yang melanda negara sejak akhir 1997.

 

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

 

 

 

 

 

 

Oktober 2000

 

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

 

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

" Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

" Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

" Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

" Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

" Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

" Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

" Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

" Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

" Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

" Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S (Bakri)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

Yang Berhormat Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

" Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

" Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

" Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

" Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

" Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

" Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Rais bin Yatim, D.S.N.S. (Jelebu)

" Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala Rajang)

" Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

" Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

" Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

" Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

" Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Drs. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

" Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

" Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

" Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

" Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

" Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

" Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

" Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

" Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

" Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru)

" Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

" Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

" Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

" Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Noh bin Haji Omar, D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Fu Ah Kiow (Mentakab)

" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

" Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

Yang Berhormat Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

" Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)

" Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

" Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

" Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

" Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

" Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

" Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

" Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

" Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

" Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datoh)

" Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut)

" Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

" Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

" Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

" Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

" Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A. (Hulu Langat)

" Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

" Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

" Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

" Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

" Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

" Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

" Dato’ Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang)

" Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

Yang Berhormat Dato Goh Siow Huat (Rasah)

" Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

" Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

" Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

" Dato’ Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar)

" Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

" Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

" Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

" Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

" Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

" Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, D.I.M.P., (Rompin)

" Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

" Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

" Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

" Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

" Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

" Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

" Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

" Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

" Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

" Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

" Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

" Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

" Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

" Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

Yang Berhormat Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

" Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

" Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

" Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

" Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

" Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

" Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

" Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

" Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

" Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

" Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud)

" Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

" Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

" Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

" Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

" Tuan Moktar bin Radin, A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

" Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

" Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

" Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

" Tuan Mustafa bin Ali (Dungun)

" Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

" Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

" Tuan Ng Lip Yong (Batu)

" Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

" Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

" Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

Yang Berhormat Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

" Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

" Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

" Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)

" Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

" Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

" Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

" Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

" Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

" Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

" Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

" Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

" Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

" Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

" Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

" Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

" Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

" Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

" Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

" Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

" Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

" Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

" Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

" Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

" Dato’ Tiong Thai King, (Lanang)

" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

" Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

Yang Berhormat Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

" Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

" Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)

" Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

" Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

" Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

" Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

 

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S., S.I.M.P., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T

" Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia

" Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

 

 

 

 

DEWAN RAKYAT

 

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat

Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

 

Ketua Penolong Setiausaha

Zamani bin Haji Sulaiman

Haji Mustakin bin Salamat

Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha

Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat

 

 

JURUBAHASA SERENTAK

Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman

Mazidah binti Mohamed

Paizah binti Sallehudin

 

 

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

Mejar (B) Zakaria bin Salleh

Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

 

 

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI

Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd. Hassan

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

Mohamed bin Osman

Hajah Norishah binti Mohd. Thani

Shamsina binti Janor

Ramlah binti Mohd. Yusuff

Jamilah Intan binti Haji Bohari

Nurziana binti Ismail

Noor Effarizan binti Mat Satib

Taharah binti Mohamed

Nik Elyana binti Ahyat

Mashitah binti Kamaruddin

Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER

Mohd. Azmi bin Embong

Sulaiman bin Sirad

Azzahar bin Hashim

 

 

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK

Kamal bin Oyub

Haji Latif bin Ismail

Kamaroddin bin Mohd. Yusof

 

 

 

 

 

 

 

PARLIMEN KESEPULUH

 

PENGGAL KEDUA

 

MESYUARAT KETIGA

 

 

 

Jilid II Bil. 56 Isnin 30 Oktober 2000

 

 

 

K A N D U N G A N

 

 

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

 

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23)

 

RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL:

Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dan

Usul Anggaran Pembangunan 2001 (Halaman 23)