KOMENTAR

Pemuda Barisan Alternatif telah menyerahkan satu memorandum mendesak agar SUHAKAM menyiasat dan melapurkan keadaan sebenar tentang kekejaman polis dalam tindakan mereka sewaktu Perhimpunan Aman 5 November 2000 yang lepas. SUHAKAM memaklumkan kepada Ezam Mohd Nor yang mereka tidak punyai sebarang kuasa untuk mengambil tindakan tetapi hanya mempunyai tanggungjawab moral untuk memaklumkan keadaan sebenarnya. Menurut Ezam tanggungjawab moral tersebut sudah cukup asalkan dengan pembekalan video dan gambar-gambar keganasan polis maka SUHAKAM dapat menyiasat dan memberi keterangan sebenarnya tentang apa yang kita klasifikasikan sebagai kekejaman Polis. Sdr Ezam Mohd Nor dalam kenyataan medianya turut mengatakan bahawa tindakan ganas polis ini semestinya mempunyai dalang politik yang sebenarnya mahu menimbulkan kekecohan pada hari tersebut. Tindakan Polis menurut Ezam adalah berdasarkan arahan regim Mahathir. SUHAKAM mesti bertindak untuk memaklumkan apa yang telah berlaku khususnya mengenai kekejaman Polis.

Tindakan polis memukul orang tua dan wanita yang mendukung anaknya, memecahkan kereta dan motor diibaratkan sebagai "samseng" perlu dikejam. Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Norain Mai harus bertanggunjawab dalam inseden ini.

Komentar