KOMENTAR

 

21.10.2000

 

PUSINGAN ANTARABANGSA MAHATHIR TEWAS

 

Ceramah Ketua Pemuda keADILan , Sdr Ezam Mohd Nor di Program Mengembalikan Hak Peringkat Selangor memaklumkan bahawa Mahathir sudah tewas di peringkat antarabangsa. Sdr Ezam melapurkan bahawa peringkat antarabangsa rata-rata menyedari hakikat bahawa Mahathir telah menzalimi Sdr Anwar Ibrahim. Dalam lain maklumat Ezam juga mengatakan bahawa tujuan Mahathir ke Amerika juga adalah untuk memerhatikan pertembungan antara Al Gore dengan Bush bagi kerusi Presiden Amerika. Mahathir dikatakan BENCI kepada Al Gore yang telah memuji para Reformasi Malaysia sebagai anak muda yang berani. Sehubungan dengan itu apa yang dimaklumkan kepada Ezam ialah antara kedua-dua mereka yang akan mengantikan Presiden Amerika tidak gemar dengan Mahathir.

 

Ceramah Di Jalan Bakti, Kg Batu 3 Kelang juga kini sedang di siasat polis. Polis di beritakan mahu mengambil tindakan atas mereka yang mengatur ceramah yang tidak diluluskan permit oleh Jabatan Polis.

 

Beberapa kepimpinan telah di panggil untuk memberi keterangan. Menurut Ezam mohd Nor beliau tidak akan berkerjasama dengan polis yang setakat ini amat ketara dalam memilih kes untuk di siasat. Mereka seolah-olah tertakluk kepada desakan Mahathir lalu setiap lapuran polis yang dibuat oleh Barisan Alternatif tidak dihiraukan oleh mereka.

 

Polis dengan konsep berat sebelah dalam menyiasat kes,  hanya akan menampakkan keburukkan negara kita ini di peringkat Malaysia dan Antarabangsa.

 

Komentar