KENYATAAN MEDIA SDR EZAM MOHD NOR

1 NOV 2000 KLIA (10.45 MLM)

 

 

Saya baru balik dari menghadiri Human Rights Asia Forum di Bangkok. Semasa di Bangkok saya berkesempatan berjumpa dengan beberapa Senator yang baru di lantik oleh rakyat Thailand yang kebanyakkannya adalah kawan-kawan karib Sdr Anwar Ibrahim. Ada juga antara mereka yang menduduki Jawatan Kuasa Hal Ehwal Antarabangsa Senat Thailand.

 

Setelah mendengar penjelasan saya mereka bersetuju untuk hadir ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini untuk megikuti perkembangan dengan lebih dekat. Mereka akan juga membuat penyataan tidak lama lagi melalui The Senat Standing Committee on Foreign Relation.

 

Dalam rangka lawatan itu juga saya berkesempatan berjumpa dengan tokoh Human Right terkenal Sulaksivarasa, beliau telah menyatakan rasa hormat beliau dan sokongan beliau pada perjuangan ini. Dalam perjumpaan saya dengan beberapa badan utama, satu badan Human Rights telah bersetuju untuk memberi anugerah kepada Sdr Anwar Ibrahim pada bulan disember ini dan ini telah di sahkan sendiri oleh Sulaksivarasa.

 

Berkenaan dengan isu Malaysia, tentang pengkhianatan, saya terkejut dengan penyataan Dr Mahathir dan kalau itu kenyataan beliau maka beliau patut juga dianggap sebagai pengkhianat negara apabila mengkritik PM yakni  Allahyarham Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1969 di Malaysia Hall, 1971 di Universiti of Monash Australia. Saya juga telah di berikan oleh kawan-kawan satu majalah yang bertajuk ‘Solidaridan’ di terbitkan di Filipinan di mana dalam majalah itu tersebut satu artikel Dr Maahthir yang mengkritik Tuanku Abdul Rahman. Saya akan berjumpa dengan peguam-peguam saya untuk meneliti samada boleh atau tidak bagi saya untuk mendakwa Mahathir sebagai pengkhianat.

 

Saya juga telah menalipon Balai Polis Kota Star dan meminta di siasat segera. Sungguhpun begitu 2 hb Nov 2000 iaitu esok saya akan berada di mahkamah. Saya telah meminta untuk disiasat pada Jumaat jam 3.00 dan saya akan ke Alor Setar pada hari tersebut.

 

Saya sekali lagi tidak berganjak dengan keputusan awal saya dan mengakui saya menyata, membongkar keburukkan Dr Mahathir. Saya akan tetap mempertahankan kenyataan tersebut. Sungguhpun begitu saya tidak akan memberi penjelasan yang banyak memandangkan semua butir/ video clip ada pada mereka.

 

Saya minta DAKWA saya. Saya mahu tengok kerajaan Malaysia samada benar mahu menghukum saya atau hanya satu lagi mainan politik. Saya akan bongkar semuanya di Mahkamah. Saya juga minta apabila di panggil ke Mahkamah Dr Mahathir, Pak Lah dan Syed Hamid Albar jangan jadi bacul untuk hadir memberi keterangan.

 

Kita akan bongkar semua dan siasat siap yang sebenarnya pengkhianat.

 

Sde Ezam juga memaklumkan bahawa beliau akan ke Indonesia tidak lama lagi bagi berjumpa dengan hampir 30 badan Islam yang telah meminta Mahathir untuk undur.

 

Yang lebih memberi keyakinan ialah 2 pergerakan Islam popular 

 

1.      Muhammadiah

2.      Nadatululamak.

 

Sekian