KOMENTAR

 

Salam Reformasi

25.10.2000

 

EZAM TIDAK KHIANAT PADA NEGARA TETAPI KHIANAT PADA DR MAHATHIR YANG DURJANA

 

Datuk Syed Hamid Albar mengecam gerakan memburukkan PM di luar negara sebagai satu pengkhianatan pada Malaysia. Syed Hamid memaklumkan bahawa kempen memburukkan ini adalah satu penderhakaan pada negara. Ezam dalam kenyataan balasnya menegaskan bahawa “ saya tidak khianat pada negara tetapi memang saya menderhaka pada Perdana Menteri Malaysia yang durjana”. Ezam dalam ceramahnya mengatakan bahawa atas dasar sayangnya pada negara maka beliau akan terus mengecam Dr Mahathir sehingga beliau undur dan membebaskan Anwar Ibrahim.

 

Ezam memaklumkan bahawa semasa menghadiri Kursus Kepimpinan Muda Asia Pasifik bahawa semua perserta  dari 20 buah negara tahu akan kebenaran Sdr Anwar Ibrahim dan setiap penjelasan Dr Mahathir menguatkan kepercayaan mereka akan kebenaran Anwar.

 

Ezam Mohd Nor turut memaklumkan bahawa Mahahtir akan terus kehilangan sokongan dari ulamak-ulamak antarabangsa. Mahathir sudah hilang maruahnya di peringkat antarabangsa. Mereka tewas di pusingan antarabangsa dan Mahathir harus sedar bahawa beliau tidak lagi relevan di dunia umumnya dan Malaysia khasnya.

 

Semasa di London , Ezam memaklumkan bagaimana pelajar kita khususnya di Cambridge di ugut untuk tidak hadir pada demonstrasi semasa lawatan Mahathir di sana. Mereka terpaksa mengugut kerana sekiranya tidak maka Mahathir di sana akan berhadapan dengan para demo pelajar luar negara. Menurut Ezam 90% pelajat kita di luar negeri menolak Mahathir.

 

Ezam turut memaklumkan bahawa sokongan dari EU juga tidak kurang hebat. Mereka rata-rata mengutuk perbuatan Mahathir. Bagi mewakili EU, Tony Blair turut memberi kata dua kepada Mahathir agar segara menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim.

 

Rakyat Malaysia,

 

Bangkitlah, kebenaran di tangan kita dan kepalsuan merupakan mainan mereka. Minda kita harus bebas dari di kaburi oleh Mahathir dan UMNO. Kejijikan mereka yang mendokong Mahathir perlu di tentang. Reformasi harus di jalankan dan di tuntut.

 

Sertai dan hadiri Perhimpunan 100,000 rakyat.

 

Komentar