Ezam cabar Abdullah Badawi

BALIK PULAU, 17 Okt (hrkh) - Ketua Pemuda Parti KeADILan Nasional (KeADILan)
Pusat, Saudara Ezzam Mohd Noor mendesak Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi supaya menyaman dirinya jika kenyataan yang
dikeluarkan selama ini tidak berasas.

Dulu katanya, dengan juga Dato' Seri Abdullah menyuruh anaknya menyaman
kerana dituduh mendapat tender makanan selama 15 tahun dari sebuah
universiti tetapi akhirnya senyap begitu sahaja.

"Silalah saman saya sekiranya kenyataan yang saya keluarkan terhadap tuduhan
penyelewengan Timbalan Perdana Menteri yang dianggap "Mr Clean" oleh
sebahagian rakyat negara ini. Jika sunyi sepi bermakna isu itu benar
belaka," ujarnya ketika berceramah dalam program anjuran Seketariat Pemuda
Barisan Alternatif (BA) Pulau Pinang di Kampung Permatang Tengah, Balik
Pulau.

Pemuda BA katanya, amat kesal dengan sikap beliau sebagai Menteri Dalam
Negeri (KDN) kerana tidak langsung bersifat rasional untuk menilai desakan
KeADILan supaya KDN melakukan pendakwaan terhadap isu rasuah, penyelewengan
yang individu dalam kerajaan lakukan.

Jika Dato' Seri Abdullah seorang yang tegas tambah beliau, pasti dihormati
dan disanjung kerana melaksanakan tugas dengan akur tanpa menyebelahi
mana-mana pihak.

"Saya rasa Dato' Seri Abdullah tidak rasional dalam menjalankan tugasnya
sebagai menteri di KDN kerana takut dengan orang nombor satu negara yang
pernah mengangkatnya kembali ke singgahsana politik tanah air setelah hampir
terbunuh kariernya ketika menyokong Bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987,"
jelas beliau.

Di Parlimen Kepala Batas pernah diadakan laporan polis terakhir dalam kempen
memunggut tandatangan rakyat tetapi tidak dipedulikan walhal masa itu
kenyataan baru mengenai pemberian tender kepada anaknya sendiri.

Kunjungan ramai di situ juga menyakinkan KeADILan dan BA bahawa rakyat di
parlimennya sendiri sudah malu dengan gelaran "Cucu Tok Guru" yang diberikan
oleh generasi tua beberapa buah cawangan di parlimennya.

"Bila kita membuktikan beliau bukan "Mr Clean" sepertimana yang didakwa
terhadapnya batulah orang ramai tahu keadaan sebenar dan memberikan sokongan
kepada BA dalam pilihan raya umum lepas sehingga undiannya merosot 6,659
undi," kata beliau sambil teriakkan reformasi dari hadirin.

Comments ? E-mail Us