KENYATAAN AKHBAR
Ketua Pemuda Keadilan Nasional
 
Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ling Liong Sik menghalang rakyat daripada
hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpr untuk mendengar keputusan perbicaraan Dato'
Seri Anwar Ibrahim pada 4 Ogos 2000 di Kuala Lumpur merupakan satu kenyataan
yang berniat jahat dan mempunyai unsur fitnah untuk mula menimbulkan suasana
tegang dan ketakutan rakyat menjelang hari pengadilan kes Dato' Seri Anwar
Ibrahim. Kenyataan beliau mengingatkan saya kepada kenyataan yang hampir sama
yang pernah dinyatakan oleh Dr. Mahathir Mohamad beberapa hari menjelang
perhimpunan aman 14 April yang lebih dikenali sebagai the Black 14 atau Gelita
14. Dalam peristiwa tersebut Dr Mahathir berjaya menimbulkan suasana tegang di
kalangan rakyat dengan kenyataan beliau yang menggambarkan seolah-olah akan
berlaku rusuhan dan keganasan pada tarikh tersebut. Suasana tegang yang dicipta
oleh Dr Mahathir dengan bantuan media utama tempatan khususnya Utusan Malaysia
telah dijadikan alasan untuk tangkapan dibuat terhadap beberapa pemimpin
keADILan sebelumpun perhimpunan itu berlaku.
 
Sdr Ruslan Kassim ditahan di rumahnya semasa beliau dan keluarganya sedang tidur
dengan aman jam 3.00 pagi manakala saya pula ditahan di perkarangan masjid Kg
Penghulu Him, Sg Petani, Kedah sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di
masjid tersebut dengan penduduk kampung juga di dalam keadaan aman. Ramai lagi
pemimpin lain ditangkap khususnya dari Pemuda keADILan selepas hari itu. Tahanan
kami di lokap balai polis dilanjutkan tujuh hari selepas itu atas alasan yang
dikemukakan oleh pegawai pendakwa polis di depan Majistret bahawa tahanan mesti
dilanjutkan kerana polis mempunyai maklumat kami merancang melakukan rusuhan
dengan persiapan ratusan bilah parang, pertemuan terancang dengan kumpulan
samseng cina dan kumpulan silat melayu untuk bertempur dengan polis pada 14 dan
15 April.
 
Selepas tujuh hari diseksa akhirnya kesemuanya dibebaskan tanpa dakwaan manakala
saya dan Sdr Tian Chua didakwa di dalam kes yang tidak ada kena mengena langsung
dengan perhimpunan tersebut . Jelas tangkapan kami adalah satu perancangan jahat
yang dimulakan oleh Dr. Mahathir sendiri yang membuat kenyataan kononnya
mempunyai maklumat rusuhan sedang dirancang dan pelbagai lagi cerita karut untuk
menakut-nakutkan rakyat. Saya sendiri telah membuat laporan polis meminta polis
menyoal siasat Dr. Mahathir atas dakwaaan menghasut dan membuat kenyataan
berniat jahat. Saya juga telah menbuat cabaran secara terbuka kepada Dr.
Mahathir untuk membuktikan dakwaan beliau. Sehingga ke hari ini tiada tindakan
yang diambil oleh pihak polis berhubung dengan laporan polis saya.
 
Kenyataan Ling Liong Sik hari ini merupakan ulangan sandiwara yang telahpun
dilakonkan oleh Dr. Mahathir beberapa bulan lalu. Utusan Malaysia akan terus
menjadi pentas dan perkakas kepada sandiwara ini. Beberapa anggota polis akan
dipaksa menjadi pelakon-pelakon utamanya. Kisah rusuhan dan huru-hara adalah
kisah ciptaan mereka.
 
Sebab itulah selepas sebegitu banyak perhimpunan rakyat diadakan sehingga ke
hari ini tidak ada satu dakwaanpun yang telah dibuat terhadap pemimpin atau
penyokong Reformasi yang boleh disabitkan dengan perbuatan rusuhan dan
keganasan. Keganasan yang dipaparkan di TV dan akhbar milik pemerintah sehingga
hari ini gagal membuktikan apa-apa selain daripada menjadi alat untuk pemerintah
yang zalim terus berkuasa dengan menakut-nakutkan rakyat dengan gambaran
keganasaan.
 
Rusuhan dan keganasan adalah ciptaan pemerintah. Hari ini Ling Liong Sik adalah
pelakon utama kepada satu lagi suasana tegang, rusuhan dan keganasan yang akan
dipentaskan oleh Utusan Malaysia dan TV3.
 
Memang benar rakyat Malaysia merupakan rakyat yang cintakan keamanan. Atas
keyakinan inilah Pemuda keADILan membuat keputusan mengalu-alukan kesediaan
rakyat Malaysia untuk turut hadir mendengar keputusan perbicaraan yang paling
jelek dalam sejarah negara. Pendirian Pemuda juga berasaskan kepada prinsip yang
termaktub dalam Perlembagaan Negara yang menjamin hak rakyat berhimpun secara
aman. Adalah menjadi hak rakyat untuk hadir pada hari tersebut. Pengadilan hari
tersebut bukan sahaja untuk Anwar Ibrahim tetapi seluruh rakyat Malaysia. Malah
dunia juga akan memberikan perhatian mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada
hari tersebut. Seluruh sistem kehakiman negara ini akan diadili pada hari
tersebut. Saya menyeru seluruh rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama-sama
hadir pada hari yang bersejarah ini. Saya akan gerakkan kekuatan seluruh jentera
pemuda Keadilan untuk menerangkan kepada rakyat sandiwara Ling Liong Sik. Pemuda
keADILan melihat tarikh ini sebagai saat paling penting dalam sejarah perjuangan
menegakkan keadilan dan menentang kezaliman yang bermula 20 September 1998. Kami
juga ingin memberi amaran kepada Ling Liong Sik untuk menutup mulut dengan
segera dan menumpukan perhatian kepada saman rasuah ratusan juta ringgit yang
melibatkan diri dan keluarganya. Hentikan lakonan ini atau berdepan dengan
serangan Pemuda keADILan yang akan menelanjangkan segala pekung rasuah dan
penyelewangan kamu !
 
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ketua Pemuda
Parti KeADILan Nasional
27 Julai 2000
 
 
--------------------------------------------------------------------------------
 
PRESS STATEMENT
 
The statement by the President of MCA, Datuk Seri Ling Liong Sik, preventing the
people from attending the announcement of the verdict of Dato' Seri Anwar
Ibrahim trial at the Kuala Lumpur High Court on the 4th August 2000, is a
malicious and defamatory statement created to rouse tension and scare the
public.
 
His statement reminds me of a similar one that was once made by Dr. Mahathir
Mohamad a few days before the peaceful demonstration of the 14th of April
popularly known as a "Black 14". In that event, Dr. Mahathir was successful in
creating tension among the people by saying that riots and violence would occur
on that day. The diversion created by Dr. Mahathir with the connivance of the
local media especially Utusan Malaysia became the reason for the unprovoked
arrest of several leaders of keADILan before the gathering.
 
Ruslan Kassim was arrested at 3.00 am in his home while he and his family were
peacefully sleeping while I myself was detained in the courtyard of the Kampung
Penghulu Him Mosque, Sungai Petani, Kedah after performing my Friday prayers in
peace with the local villagers. Many other leaders were later arrested
especially those from keADILan youth. Our detention at the police lockup was
extended seven days after that on the basis of recommendations by the police
prosecuting officer in front of the Magistrate that the police had information
we were preparing a riot armed with hundreds of knives and had arranged meetings
with Chinese gangster groups and Malay Silat parties to fight against the police
on 14th and 15th August.
 
After seven days of torture we were all released without charge while I and Tian
Chua were charged in a case that had no connection with the said demonstration.
It was clear that our arrest was an evil plan by Dr. Mahathir who made
statements alleging that we had information about the demonstration being
planned and other stories which aimed to frighten the people. I myself lodged a
police report and asked the police to interrogate Dr. Mahathir for making false
statements. Until today the police have not taken any action regarding my
report.
 
Dr. Ling Liong Sik's statement today is another farce, the same kind played by
Dr. Mahathir a few months back. Utusan Malaysia will always be a stage and prop
for this farce. A few police officers will be forced to be its main actors.
Stories of riots and chaos were their fabrication. That is why after so many
peaceful demonstations by the people there is nothing until today that can tie
the leaders or supporters of reformasi to acts of rioting or violence. The
violence portrayed on TV or the papers owned by the ruling party fail to prove
anything other than the fact that the mass media are tools of an administration
which tries to scare the people. Riots and unrest are the fabrication of the
ruling party. Today Dr. Ling Liong Sik is the main actor in a tense scenario of
violence and unrest which will be staged by Utusan Malaysia and TV3.
 
It is true that the people of Malaysia are a peace-loving people. It is based on
this belief that Pemuda keADILan has appealed to the people of Malaysia to come
and hear the judgement on the worst show-trial in the history of Malaysia.
Pemuda keADILan's stand is also based on the principle which is contained in the
Constitution of Malaysia which guarantees the right of every citizen to gather
peacefully. It is the right of the people to be there on that day. The judgement
of that day is not only on Anwar Ibrahim but also on the people of Malaysia. The
world will be focusing on the High Court of Kuala Lumpur on that day. The whole
judiciary will also be judged on that day. I appeal to those who love justice to
be present on that historic day. I will move the whole machinery of Pemuda
keADILan to explain to the people Ling Liong Sik's play-acting. Pemuda keADILan
sees 4th August 2000 as the most important moment in the history of their
struggle for justice and against tyranny which began on 20th September 1998. We
also warn Ling Liong Sik to guard his mouth and focus on the million ringgit
lawsuit involving him and his family. Stop this acting or face the onslaught of
Pemuda keADILan which will lay bare all your corruption and swindling!
 
Mohamad Ezam Mohd Nor
Youth Chief
Parti KeADILan Nasional
27 July 2000