KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

27.06.2000

Salam Reformasi

 

KEBURUKAN EUSOFF CHIN LEBIH TERSERLAH

 

Setelah gambar-gambar Eusoff Chin dan rakan peguamnya terbongkar maka keburukan Eusoff Chin kini menguguat kedaulatan sistem kehakiman kita. Permuafakatan hakim-hakim yang terlibat dengan Eusoff Chin menunjukkan bahawa sistem keadilan kita sudah terancam dan ancaman ini disokong oleh Bapa Rasuah Negara Malaysia , Dr Mahathir.

 

Terdapat satu lagi lapuran yang telah kami terima yang menunjukkan bahawa Eusoff Chin menggunakan isteri ke 3 beliau untuk digunakan sebagai kenderaan bagi lebih mengaut kekayaan melalui cara yang salah.

 

Isteri Eusoff Chin, Rosaimi Mustaffa mempunyai rakan kongsi bernama Zamani Hj Ibrahim (yang berpejabat di Seremban) dan mempunyai satu syarikat guaman bersama Mohd Fozi Mohd Zami dan V.P Siva ( Sivaparamjothi a/l Velupillai) adik kepada V.K Lingham. V.P Siva adalah penasihat Undang-Undang Mutiara  Telekom kepunyaan Vincent Tan. V.K Lingham ialah penasihat Eric Chia semasa di Pewaja Steel. Jelas mereka ini adalah anak emas Dr Mahathir.

 

Disini nampak jelas terdapat satu permuafakatan yang kurang sihat dalam sistem perundangan kita. Sisitem yang korup dengan sokongan korup Dr Mahathir Mohamed hanya merugikan negara. Pendedahan demi pendedahan bakal berlaku. Eusoff Chin sepatutnya MELETAK JAWATAN denganterbongkarnya kepincangan beliau.

 

Diantara yang mengikut telunjuk Eusoff Chin ialah ; Lamin Yunus, Mokhtar Sidin, Malik Ishak, Wahab Patail, Edgar Joseph Jr, Ahmad Fairus dan James Wong.

 

Manakala isteri Eusoff Chin bersekongkol dengan V.K Lingham , V.P Siva, Mohd Fozi , Zamani Hj Ibrahim, Raja Segaran dan D.P Vijindran.

 

Peguam Negara Mokhtar Abdullah dan Abdul Gani Patail adalah di antara perancang jahat yang menentukan kes-kes yang perlu berpihak kepada rakan mereka atau mereka sendiri.

 

Inilah sistem kita. Kita lah kekotoran yang berlaku dalam negara kita. Mahathir dibelakang kehancuran Malaysia.

 

Heret Mahathir ke Mahakamah. Eusoff Chin digesa letak jawatan.

 

KOMENTAR