KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

Mungkinkah Mahathir akan melancarkan kempen terbaru beliau iaitu “SELAMATKAN TUN EUSOFF CHIN”. Mahathir kini memulakan kempen beliau dengan mendesak agar tribunal menyiasat Tun Eusoff Chin tidak dilaksanakan. Apakah ini tidak menunjukkan campur tangan Mahathir dalam Badan Perundangan Malaysia ? Mahathir dengan gelojoh akan membela Eusoff Chin. Mahathir hari ini memaklumkan bahawa pendedahan ini mempunyai agenda politik. Apakah agenda politik yang dimaksudkan beliau ? Mahathir keliru. Penyingkiran Anwar Ibrahim dan mengeluarkan tohmahan terhadap beliau adalah agenda politik. Pendedahan penyalahan etika Ketua Hakim Negara bukan bermotifkan politik Cuma Mahathir sahaja yang keliru antara apa dia agenda politik dengan apa dia kepincangan. Komentar yakin segala usaha akan dilaksanakan oleh Mahathir dalam menyelamatkan Ketua Hakim ini. Mahathir dengan rakus menuduh bahawa tribunal ini adalah untuk menjatuhkan Ketua Hakim tersebut. Kenyataan Mahathir yang menyamakan tindakan pemecatan Tun Salleh Abbas dengan percubaan menjatuhkan Eusoff Chin nyata meleset. Nyata tindakan pincang Mahathir kian lama kian terserlah.

 

KEMPEN MAHATHIR

 

SELAMATKAN EUSOFF CHIN

 

KEMPEN BARISAN ALTERNATIF

 

SELAMATKAN NEGARA DARI KEPIMPINAN KORUP

UNDUR MAHATHIR UNDUR