Tak Tolak Tapi Enggan Laksana

Berikut adalah beberapa petikan laporan dan ucapan DRM di IKIM semalam yang jelasnya menimbulkan
syak wasangka dan kekeliruan yang berterusan kepada umat Islam terhadap kemampuan
undang-undang dan syariat Islam di dalam kes Murtad.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana sehingga kini tiada penyelesaian sama ada hukuman bunuh atau
sebaliknya perlu dilaksanakan kepada mereka yang murtad, Malaysia memilih untuk tidak melakukan
apa-apa.

Katanya, tindakan itu bagi mengelak orang yang dikenakan hukuman bunuh teraniaya apabila keluar fatwa
mengatakan hukuman seumpama itu tidak sesuai untuk dilaksanakan.

''Bila perbahasan telah selesai dan mereka bersetuju hukuman bunuh tidak sesuai dilaksanakan, sedangkan
kita dah bunuh mereka yang murtad, bukankah itu satu penganiayaan,'' katanya.

Sungguh memalukan rakyat beragama Islam ber'Perdana Menteri'kan seorang yang 'jahil' terhadap
peraturan dan undang-undang Islam!

Benarkah tiada penyelesaian terhadap kesalahan kes Murtad?? Atau sememangnya berdalih dan enggan
melaksanakannya dengan memberi upah penasihat-penasihat undang-undang syar'ie dan penulis-penulis
munafiq untuk menyediakan teks ucapan sedemikian rupa?? Bukankah telah jelas disebutkan kesalahan
Murtad (ditafsirkan ulama sebagai Syirik, Zalim, meninggalkan agama dsbg) di dalam Surah
Al-Baqarah:217/Ali-Imran 144/ Al-Maidah:54/ Al-Ahzab:14 dan banyak lagi diperbahaskan oleh
ulama'-ulama' Mujtahid terdahulu dengan sokongan AL-Hadith /Sunnah Nabi SAW?? Apa maksud
'FAQTULUH' yang ertinya "BUNUHLAH' itu??

Apakah kerana perbahasan dan ijtihad Ulama terdahulu tidak boleh digunapakai hanya semata-mata
kerana masyarakat majmuk sebagai alasannya?? Apakah mereka itu hidup kesemuanya di dalam sebuah
negara yang kesemuanya islam dan tiada ketika itu yang beragama Yahudi dan Nasrani? Dan apakah
Mahathir masih mempertahankan 'fatwa' Kassim Ahmad  tidak menerima pakai mereka hanya kerana
mereka sebagai Ulama Klasik?? Semudah itukah Mahathir menganggap proses pengambilan hukum
(Ijtihad) seperti mana pendirian Kassim Ahmad?? Atau besar kemungkinan Mahathir sendiri tidak faham
dan tidak mengerti untuk membezakan Fatwa dan Ijtihad?? Jelasnya, Mahathir memang suka berdalih
dan mengelirukan dalam soal-soal yang berkaitan dengan peraturan Islam.

Seperkara yang diingat bahawa hukuman atas Kesalahan Murtad adalah Qat'ie (ditentukan oleh Allah
swt) dan tiada siapa yang berhak menolaknya dengan apa jua alasan. Hukuman Murtad seperti juga
hukuman ke atas Peminum Arak, Penzina dan Qazaf, Pembunuh, Pencuri yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT dan digolongkan sebagai Kesalahan Hudud. Kesemua hukuman itu berprinsipkan Cegahan dan
Pengajaran bukan seperti maksud hukuman dalam undang-undang sivil.

Seperkara lagi yang mengelirukan adalah tanggapan bahawa hukuman bunuh kesalahan Murtad itu
sebagai satu penganiayaan. Ini adalah merupakan pendustaan terhadap hukum Allah SWT. Allah yang
mencipta manusia secara aqidahnya mustahil Allah menzalimi hambanya. Yang berlaku zalim sebenarnya
adalah hamba atau manusia itu sendiri lantaran enggan, engkar, pemutarbelit terhadap Hukum dan
peraturan Allah SWT. Kita ingin mempersoalkan hukum ciptaan manusia seperti menggantung sehingga
mati mandotari kepada kesalahan mengedar Dadah dan Ganja. Kenapa tidak mahu
mempersoalkannya??? Kenapa tidak persoalakan masyarakat majmuk? Kenapa tidak wujud dalam hati
atau pemikiran bahawa ia akan mengakibatkan penentangan dari rakyat yang sudah tentunya bukan
sekadar dari satu kaum, satu golongan, satu agama bahkan kesemuanya yang lebih besar?? Begitulah
hebatnya Iblis dan Syaitan menipudaya manusia. Apabila yang berkaitan dengan 'Aqidah dan Iman maka
wujud keraguan dan berbagai alasan tetapi sebaliknya apabila berkaitan kemungkaran dan keseronokan!!
Maka, pemimpin jenis itukah yang terus ingin kita sokong dan bantu penguasannya?? Berfikirlah wahai
umat Islam!!!

Izzrail A.S
25 OKT 2000.