SELESAI SUDAH BLACK 14

KOMENTAR 19/4/2000

 

Selesai sudah Black 14. Termaktub dalam sejarah Malaysia setiap tahun pada 14 April adalah HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN MAHATHIR. Hari yang penuh bermakna bagi golongan reformis kerana ledakan reformasi bermula semula. Api reformasi seolah-olah menyala kembali dan keberanian beberapa kepimpinan parti khususnya Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Lokman Noor Adam, Sdr Gobalankrisnan, Sdr Tien Chua dan beberapa anggota parti amat dikagumi. Mereka tetap mahu meneruskan agenda yang disusun dan diminta oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia seharusnya bangga dengan keberanian golongan reformis yang tetap memperjuangkan reformasi dalam negara kita sungguhpun amaran demi amaran dikeluarkan oleh kerajaan. Jelas mereka mempertahankan negara kita dari terus dicengkam oleh orang yang tidak sedar bahawa dirinya tidak lagi diperlukan. Mereka tidak gentar dan ini semangat inilah yang perlu ada dalam kepimpinan negara kita ini. Bukan seperti mereka yang tunduk sedangkan mereka sendiri tahu Dr Mahathir Mohamed TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

 

BUKAN MEMPERTAHANKAN NEGARA TETAPI MEMPERTAHANKAN MAHATHIR

 

BLACK 14 juga memperlihatkan betapa bertungkus-lumusnya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO dalam usaha menghalang perhimpunan tersebut demi mempertahankan Dr Mahathir. Mereka mengerah PDrM untuk melaksanakan segala tugas dan bersikap kurang ajar kepada rakyat. Mereka menuntut agar PDrM menakut-nakutkan rakyat  supaya rakyat terus menerus takut dan akur kepada kepemerintahan mereka yang basi lagi usang. Segala macam ancaman dilaksanakan sehinggakan memberi amaran agar kita tidak turut ke Kuala Lumpur pada hari itu. Mereka dilapurkan menghambat rakyat walaupun antara mereka belum lagi berhimpun. Individu di soal siasat baik yang ada di Stesyen Keretapi, menaiki kenderaan sendiri khususnya yang menampal stiker reformasi pada kereta dan semua ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat serta menuduh bahawa Parti keADILan Nasional mahu membuat rusuhan.

 

BELUM BERHIMPUN MEREKA MELAPURKAN BAHAWA INI PERCUBAAN UNTUK MERUSUK

 

Apakah ini cara kita merusuh ? Menghantar Memorandum kepad DYMN Agung pun dikategorikan sebagai merusuk. Apakah ini cara kita merusuh dengan setiap program/aturcara terpampar di muka internet. Pamparan di muka depan Laman Internet tentang cadangan menghantar memorandum  menunjukkan kita tidak mahu merusuh . Mustahil kalau sesabuah organisasi subersif mahu menjalankan rusuhan tetapi sebelum itu mengiklankannya di internet bahawa beliau ingin merusuh.

 

KITA MENGIKLANKAN DALAM INTERNET BAHAWA TUJUAN KITA UNTUK MENGHANTAR MEMORANDUM DAN MEREKA MENUDUH IANYA CUBAAN RUSUHAN

 

Kita pernah digemparkan bahawa tindakan diambil keatas dua orang warga Malaysia yang ditubuh menyebarkan kabar angin tentang rusuhan di Kuala Lumpur. Kini kita digembarkan lagi oleh kabar angin dari media kerajaan dan Perdana Menteri sendiri bahawa Parti keADILan mahu merusuh. Fikirkan betapa “double standard”nya perundangan kita serta PDrM kita dalam menangani kabar angin. Satu perkara yang perlu diingatkan kepada Kementerian Dalam Negeri ialah kalau kita bertujuan untuk melakukan rusuhan apakah kita perlu mempamerkannya dalam internet. Sebenarnya kerajaan kita sekarang ini takut pada bayangan mereka sendiri.

 

CORAK PDrM MENANGANI ISU INI AMAT MENJIJIKKAN

 

PDrM mengambil langkah memecahkan perhimpunan sebelum perhimpunan diadakan. Kononnya “preventive measura”. Malangnya cara perlaksanaan mereka yang memukul beberapa kerat mereka yang belum boleh dari kategorikan sebagai mengancam keselamatan negara amat menjijikkan. Komentar ada menyiarkan gambar salah seorang reformis yang telah terduduk dan tidak mampu membuat apa terus dibelasah seolah-olah polis kita ini rakus dan zalim dalam mendukung konsep mersa rakyat.

 

MERSA RAKYAT ATAU SELAMATKAN MAHATHIR

 

Tidak terdapat sebarang indikasi yang PDrM menjalankan tema mersa rakyatnya. Mungkin lacaran Abdullah Badawi tentang MERSA RAKYAT bermaksud hapuskan pembangkang dan penyokong Sdr Anwar Ibrahim supaya mereka yang tinggal adalah mereka yang mersa UMNO dan mersa Mahathir.

 

KITA SERIK DALAM BERREFORMASI ?

 

Tidak mungkin…..LAWAN TETAP LAWAN

 

Komentar