KDN Tolak Empat Permohonan Permit Penerbitan Ahmad Lutfi
Terima Kasih Aris
>
> KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuktikan amalan cekap dan
> pantasnya apabila mengambil masa tidak sampai tiga bulan untuk menolak
> hampir semua permohonan mendapatkan permit penerbitan (PP) oleh bekas
Ketua
> Editor Detik yang juga bekas Pengarang Wasilah, sebuah majalah remaja yang
> baru diharamkan,
>
> Lutfi yang memohon enam permit baru-baru ini mendapat jawapan balas satu
> perenggan daripada pegawai tinggi di Unit Kawalan Penerbitan, KDN, Tengku
> Mahmood Tengku Ismail pada 28 September 2000. Setakat ini empat permohonan
> berkenaan ditolak, yakni majalah komik bulanan, Puteri Reformasi, majalah
> mingguan politik semasa, Reformasi, majalah bulanan semasa, Retak dan
> majalah dwi-bulanan, Debat.
>
> Seluruh isi surat KDN itu dipetik: "Saya di arah merujuk kepada permohonan
> tuan dan dukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mengambil
> keputusan menolak permohonan tuan tersebut."
>
> Ketika dihubungi, Lutfi berkata, beliau menghantar permohonan Debat pada
25
> April, sementara bagi permohonan lain dibuat pada 29 Jun 2000. Dan pada 6
> September lalu, Lutfi menulis surat kepada KDN minta penjelasan mengapa
> permohonan majalah Debat tidak mendapat apa-apa khabar berita walaupun
telah
> dihantar sejak hampir lima bulan lalu.
>
> Dalam wawancara eksklusif dengan majalah Tamadun, Mei 2000, Ketua Penolong
> Setiausaha, Unit Kawalan Penerbitan KDN, Tengku Mahmood Tengku Ismail
> memberi jaminan bahawa: "Dalam masa tiga bulan (KDN boleh meluluskan
sesuatu
> permohonan). KDN sekarang sudah dilengkapi dengan komputer, jadi kami
> jangkakan tempoh masa itu memadai untuk urusan memproses."
>
> Bagi Lutfi, dari satu segi, keputusan segera yang dibuat KDN boleh dipuji.
> Tetapi, katanya, yang lebih penting dari itu, KDN seharusnya memperincikan
> apa yang dirasakan tidak kena dan perlu diubah dalam permohonannya.
>
> Dalam suratnya kepada seorang pegawai KDN yang bertanggungjawab
menguruskan
> soal permohonan majalah, Mohd Nor Mohd Daud, Lutfi memberi perakuan:
> "Sekiranya ada apa-apa yang perlu kami betulkan, kami boleh memindanya di
> mana yang bersesuaian bagi memenuhi syarat-syarat kelulusan KDN."
>
> Ditanya apa reaksinya dengan keputusan KDN itu, Lutfi berkata dia akan
> membuat rayuan, di samping terus menghantar permohonan baru yang lain.
> "Sekarang ini pegawai-pegawai KDN kian giat merampas makalah yang dianggap
> mereka tiada permit, dan saya sendiri kalau boleh mahu mengelak daripada
> menerbit makalah-makalah yang dianggap haram oleh KDN. Tapi sehingga saya
> mendapat permit penerbitan saya perlu terus berkarya, meskipun melalui
jalan
> yang tidak digemari pemerintah, apa boleh buat."
>
> "Dan sepatutnya KDN memberikan alasan mengapa permohonan saya ditolak.
> Apakah menjadi dasar Unit Kawalan Penerbitan KDN untuk menolak permohonan
> menerbitkan sebarang makalah politik, atau memang benar desas-desus
> mengatakan nama saya telah disenarai-hitamkan KDN," tambah Lutfi lagi.
>
> "DETIK DAN Al-WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN
> MEDIA"