Assalamualaikum wbt dan Salam Reformasi

 

Saudara Komentar,

 

Seruan saudara itu amat tepat sekali tetapi apakah daya kita rakyat jelata ini?  Jika masalah ini berlaku di Indonesia anda sudah tentu dapat meneka apakah jawapanya bukan. Kita rakyat jelata Malaysia begitu kaku, beku dan seolah-olah buta dan pekak gamaknya pada hal-hal sedemikian (pengakuan Mantan Pengarah BPR di Mahkamah tentang...)

 

            Sebagai penyokong reformasi yang rasional dan berprinsip, saya sering mencari-cari apakah punca-punca yang membezakan ciri-ciri rakyat di Malaysia dengan rakyat di Indonesia sana. Melalui pemerhatian dan pergaualan seharian saya, dapatlah dikatakan bahawa;

 

  1. Rakyat Malaysia mula menerima apa juga perlakuan sumbang atau kekeburukan para pemimpin mereka apabila. Alasan mereka, "Sesiapa pun yang mempunyai kuasa akan melakukan perkara yang sama...".  Perlakuan mengutamakan suku-sakat dalam hal-hal berkaitan pemberian tanah, lesen, kontrek, pekerjaan, tander dan sebagainya adalah sesuatu yang wajar. Hujahnya mudah sahaja, "Bila lagi nak tolong emak-bapak, adik-beradik, orang kampung, kawan-kawan dan sebagainya".
  2. Rakyat Malaysia telah dipengaruhi pemikiran mereka oleh media-media arus perdana negara. Mereka melihat hal-hal yang dipropagandakan seperti hak ketuanan Melayu hanya dengan AMNo, perpaduan, keamanan, pembangunan, kestabilan, toleransi, berterima kasih kepada pemimpin, syukur, jangan menderhaka, agen kuasa asing ..... TIDAK saya yang rasional ini menolak kesemua yang di gembar-gemburkan itu TETAPI hal-hal berkaitan tanggungjawab pemimpin yang dipilih rakyat, keagamaan, keadilan, nilai-nilai murni dan lain-lain janganlah dipadum terus daripada respi kehidupan harian kita. Tafsiran katan SALAH atau DOSA itu biar jelas dan menyeluruh sifatnya, bukan sebaliknya.
  3. Momokan media perdana bahawa kegiatan menentang kerajaan yang memerentah (walaupun benar-benar ....)  akan membawa kepada keadaan yang kacau-bilau dan huru-hara dalam negara. Rakyat Malaysia tidak sanggup kehilangan sedikit kesenangan yang dikecapi semata-mata untuk memperbetulkan kerajaannya sendiri.

Ahhhh!!!!!..... cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. Kadang-kadang bosan juga memikirkan sikap-sikap insan lain yang sespisis dengan diri saya ini.  Saya baru selesai menonton semula CD REFORMASI I & II. Bagaimanakah agaknya keadaan Malaysia kini jika DSAI tidak ditangkap dan 'dibenarkan' meneruskan usaha beliau melakukan REFORMASI? Tanpa bantuan tokoh-tokoh besar dalam politik dan ekonomi, tekanan PDRM dan media, beliau berjaya meraih sokongan ratusan ribu rakyat membanjiri setiap apangan yang beliau kunjungi. Apakah yang dirasakan oleh pemimpin-pemimpin kanan AMNo masa itu?  Selepas penahanan beliau, TIADA yang mampu melakukannya ... Sesungguhnya apa yang beliau telah lakukan itu sangat-sangat memerlukan satu keberanian yang bukan kepalang. Keberanian sedemikianlah yang kita perlukan untuk membawa si tertuduh itu kemuka pengadilan. Kata TMJ, "Siapa berani Tangkap...M..?"

 

        Terus terang saya katakan, kalau setakat apa keluarkan kenyataan dan seruan-seruan retorik sahaja, ini TIDAK akan merubah keadaan.  Ini bukan pengalaman pertama kita.  Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang kita dapat? Keadaan masih begini ... Kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih menganggap itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan pelbagai pembangunan yang telah dibawa untuk Malaysia. Cakap kampungnya,"Kira cincai sudahlah.... dia berjasa"

 

        Hanya berapa peratus sahaja rakyat Malaysia yang ada kemudahan internet ini, itu pun bukan semuanya sehaluan dengan kita. Di luar, media arus perdang semakin mengagong-agongkannya. Hal yang kita jerit-jeritkan di sini langsung tidak kedengaran oleh saudara-saudara kita. Mungkin ROD-SHOW BA boleh mainkan peranan ini. Paling penting, berjuanglah dapatkan hak-hak kebebasan bersuara. Dapatkan kemudahan menerbitkan bahan-bahan berupa suara kita. Menjerit dan meraung jiwa ini bila tebaca tajuk depan Utusan Meloya dan Berita TV3.  Itulah senjata mereka yang utama selain $$$.  Buatlah sesuatu (yang belum pernah dibuat) untuk membebaskan suara kita yang bisuakan ini.

 

 

Sekian, Wassalam.

 

 

AKU PENCINTA DAMAI & KEADILAN