KOMENTAR

EMAIL DITERIMA

 

Berita tentang Lokman Noor Adam telah terpapar disetiap media Internet. Bingkisan dari Bangkok amat memilukan memandangkan kelahiran anaknya semasa beliau dalam usaha untuk membebaskan diri dari ditahan kerana  memperjuangkan keadilan. Mungkin sekarang, baru kita dapat melihat betapa besar kesalahan sesaorang di Malaysia sekiranya individu tersebut atau organisasi itu mahu memperjuangkan keadilan. Lokman Noor Adam telah dua kali gagal melihat antara peristiwa terpenting dalam dunia ini. Peristiwa yang setiap individu mahu dan akan menjadi sejarah kehidupannya. Lokman mengadaikan dan mengorbankan itu semua demi perjuangan. 2 kali Lokman mengorbankan kemanisan bersama isteri dalam menerima cahaya mata. Ini pengorbanan. Ini kesucian cita dan cinta pada negara, bangsa dan agama. Lokman Noor Adam mengorbankan saat melihat kelahiran anaknya demi memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Ini satu pengorbanan yang besar. Ini menunjukkan kekentalan semangat juangnya. Ini semangat keperwiraan Melayu. Saya terpegun melihat semangat dan perjuangan Sdr Lokman dan mereka-mereka yang terlibat dengan BLACK 14. Saya bangga dengan adanya pejuang seperti Lokman, Ezam dan beberapa mereka yang lain. Pengorbanan mereka tidak ternilai. Kehadiran mereka dalam memperjuangkan keadilan dan menghapuskan kezaliman amat dihargai. Saya memohon kehadrat illahi agar pejuang-pejuang ini tidak diketepikan seperti pejuang-pejuang terdahulu dari mereka. Saya memohon kehadrat illahi agar pejuang-pejuang seperti ini dapat melihat kesan dari perjuangan mereka. Saya percaya anak cucu kita kelak akan membaca dalam lipatan sejarah kehadir mereka yang memperjuangkan keadilan di Malaysia. Saya mohon agar pejuang ini serta keluarga mereka yang turut berkorban demi kejayaan reformasi dikenang dan menjadi contoh kepahlawanan Melayu alaf baru ini.

 

MOGA PERJUANGAN INI DIRAHMATI ALLAH