TERIMA KASIH PENGIRIM

 

Assalamualaikum wbt!

 

Saudara (kalau bukan saudari),

 

Saya seorang ahli keADILan juga seorang guru. Menjadi ahli parti atas kesedaran dan kebenaran tuntutan reformasi atas keadilan.  Sebagai seorang penjawat awam yang terikat dengan aturan menghalang kegiatan politik, hak politik saya hanya memangkah. Pun begitu JANGAN diBLACKLISKAN  golongan seperti saya ini. Percayalah, sebahagian besar kami menyokongan gerakan tuntutan reformasi di negara tercinta ini.

 

        Saya amat bersetuju dengan pendirian KOMENTAR berhubung program THE BLACK 14. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang telah difikirkan kenapa program THE BLACK 14 itu sesuatu yang wajar;

 

1.   Biarkan wujudnya pelbagai cara pendekatan selagi ianya tidak menjadi suatu dosa demi mencapai matlamat perjuangan.  Dosa menurut pandangan lawan hanya suatu serangan psikologi.  Mereka ingin melabelkan pejuang sebagai penjenayah atau penganas.  Kita harus bijak, jangan terperangkap.

 

2.  Pengakuan KOMENTAR bahawa reformis tidak pandai membodek dan tidak kemarukkan kedudukan dalam parti itu memang benar.  Saya sendiri pelik, bagaimana parti yang baru setahun jagung telah mengalami gejala kereputan UMNO.  Bagaimana kesedaran dan keinsafan menggabungkan diri dalam perjuangan ini masih punya ruang untuk fikirkan kedudukan dan pangkat.  Saya bukan orang politik TAK FAHAM !!!

 

3.  Setiap daripada kita yang menyokong keADILan punya pelbagai kekuatan dan kelebihan.  Jika biarkan mereka yang berani tetapi tidak pentingkan hal-hal strategi atas kerrtas ini berfungsi dan berperanan.  Bagi yang lebih memikirkan hal-hal pembangunan dalaman parti, teruskan.  Jika perlukan bantuan tenaga golongan atau keumpulan-kumpulan lain silakan.  Kenalpasti golongan atau kumpulan-kumpulan penyokong parti.  Gemblengkan tenaga mereka semua. Jangan biarkan mereka berjuang sendirian seperti tidak ada organisasi yang menguruskannya.

 

4.  Usah risau dengan kedudukan terancam, jika IKHLAS dan sedar ada orang lain yang lebih berketerampilan, berikan laluan.

 

5.  Cara pemikiran Melayu Malaysia mengapa berbeza dengan saudara mereka di Indonesia?  Kita telah terdidik oleh Inggeris untuk sentiasa berkompromi dalam segala hal. Perhatikan perbezaan bagaimana Indonesia dan Malaysia mencapai kemerdekaan.  Kita sama-sama terjajah, tetapi saudara kita di Indonesia tidak pernah terjajah pemikiran mereka. Mungkin Belanda tidak sehebat Inggeris dalam hal penjajahan pemikiran ini....  Apa yang UMNO buat sekarang ini tidak berbeza dengan Inggeris dahulu di Tanah Melayu. 

 

6.  Serangan kita biar datang dari pelbagai arah dan bentuk.  Biar sesuai dengan masa dan keadaan.  Apa yang penting berterusan biar mereka tahu dan rakyat terus sedar.  Yang penting ada porgram berterusan mencapai tujuan.  Matlamat tidak menghalalkan cara tetap menjadi pedoman.  Sandaran dan rujukan biar yang hak dan sah sahaja.  Label THE BLACK 14 menjana kekacauan hanya laungan pihak lawan kita yang mempertahankan diri mereka.  Kita biar BERPRINSIP bukan ikut-ikutan.  Jika tidak berkenan atau tidak mampu menanggong risiko untuk THE BLACK 14, senyap... mungkin lain kali giliran anda pula di hadapan.

 

 

Sebagai ahli keADILan, saya tidak mahu sama darjatnya seperti ahli UMNO (dulu).  Sedarlah wahai pemimpinku, walaupun angka keahlian kita tidak segagah UMNO tetapi nilai kualiti keahlian kita jauh berlipatkali ganda daripada mereka.  Manfaatkan kelebihan ini.  Jangan sia-siakan aset parti ini.  Apa yang saya rasakan kini, saya terpisah daripada kumpulan.  Tidak nampak pun mana kumpulan yang hendak dituju.  Apa yang nampak hanya stike kereta sebagai pengenal diri.  Kami tiada pemimpin peringkat akar umbi!!!  Mujurlah ada internet, tapi itu tidak cukup....

 

       

Berkait masalah kewangan parti, saya cadangkan adakan pelbagai cara kutipan daripada ahli selain pelbagai program lain.  Ahli kita ahli berkualiti.  Tidak lokek dan sanggup sama-sama berjuang.  Apa yang penting ada cara yang mudah, sesuai dan selesa untuk mereka menyalurkan sumbangan.

 

 

Pertama kali aku menulis.  Sekian.

 

Wassalam