Ezam bersama pejuang reformasi di hadapan kedutaan Indonesia.

11.11.2000 Kedutaan Indonesia menerima ucapan Terima Kasih dari Barisan Alternatif atas sokongan 34 Persatuan-persatuan Islam dalam isu pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. 34 Persatuan Islam Indonesia telah menghantar watikah sokongan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim kepada Dr Mahathir.  Sokongan dari pertubuhan-pertubahan Islam ini juga menggambarkan bahawa seluruh rakyat Indonesia sedar akan tindakan kejam kerajaan Malaysia khsusnya Regim Mahathir keatas matan Timbalan Perdana Menteri itu.

34 Persatuan Islam tersebut juga memaklumkan bahawa organisasi Hukum seluruh Dunia mengecam tindakan keatas Sdr Anwar Ibrahim yang jelas bertujuan membunuh politik beliau. Di teraju oleh Ezam Mohd Nor surat 34 Persatuan Islam itu di baca dan di sertakan ucapan Terima Kasih rakyat Malaysia kepada sokongan saudara-saudara di Indonesia.