KOMENTAR

 

 

24.09.2000

SALAM REFORMASI

 

 

MAHATHIR MULA MENIPU TENTERA DAN POLIS

 

Sejak akhir-akhir ini Mahathir kerap menggesa supaya TENTERA dan POLIS menyatakan taat setia kepada kerajaan. Mahathir sekarang nampak lebih terdesak dengan mula untuk membuat “road show” untuk terus menipu rakyat. Mahathir asyik bercerita tentang keperluan UMNO untuk menjana kejayaan negara sedangkan rakyat sedar bahawa Mahathir adalah PENIPU NO 1 dengan menyandang TITLE PENYEBAR DAN PEMBUAT FITNAH terkemuka di bumi Malaysia ini. Mahathir memanipulasi Undang-Undang, menghukum orang yang tidak sahih kesalahannya , memfitnah dan melakukan apa saja demi memegang kuasa.

 

Rakyat Malaysia,

 

Mahathir seringkali mengucapkan bahawa kita melayu terpaksa berterima kasih pada UMNO. Terima Kasih dan bersyukur memang adat kita tetapi apakah perlu kita berterima kasih kepada Mahathir yang menghukum Sdr Anwar Ibrahim dengan segala pencabulan baik agama dan undang-undang buatan manusia. Ini pencabulan kepada hak kita dan ini KITA TIDAK PERLU BERTERIMA KASIH. Mereka yang melakukkan kebiadapan ini perlu di hukum. Mahathir perlu di hukum dan mereka yang bersenkongkol dengannya perlu menerima akibat atas dosa yang mereka lakukkan.

 

Mahathir, cukuplah menipu, rakyat Malaysia sudah tahu, dunia nampak dan melihat bahawa MAHATHIR adalah manusia durjana di bumi Malaysia ini.

 

HUKUM MAHATHIR