APABILA DUNIA MENENTANG MAHATHIR

3 NOV 2000 :- 7 Ahli Kongress Amerika telah menfailkan resolusi di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi mendesak supaya kerajaan Malaysia membebaskan Sdr Anwar Ibrahim atau mengadakan perbicaraan yang lebih telus dan terbuka. Hari ini Timbalan Perdana Menteri mengecam ahli kongress Amerika tersebut dan mengatakan ini adalah campurtangan asing dalam pentadbiran negara ini. Utusan Malaysia (surat kabar lacuran) memetik kenyataan Abdullah Badawi sebagai berkata  "apa mereka tahu tentang sistem perundangan Malaysia". Bagi Komentar kenyataan Abdullah Badawi itu tepat kerana rakyat Malaysia, peguam-peguam Malaysia, pelajar-pelajar perundangan Malaysia sudah tidak tahu lagi  mengenai sistem perundangan Malaysia. Apa yang jelas ialah rakyat Malaysia sendiri sedar akan pencabulan undang-undang yang di laksanakan oleh Mahathir dalam memastikan keputusan bersalah bagi Sdr Anwar Ibrahim.

Sekiranya kita merujuk kembali perkembangan kes Sdr Anwar Ibrahim BUKAN SAHAJA Amerika yang secara terbuka mengutuk Mahathir malah hampir seluruh dunia sedar tindakan jahat dan keji Mahathir.

Australia telah melahirkan keraguan atas sistem perundangan Malaysia. Australia telah mengecam Mahathir atas keputusan yang jelas melanggari segala sistem perundangan yang diperuntukan.

Islamic Society North Amerika dan badan-badan Islam di bawahnya telah menarik balik pelawaannya untuk Mahathir hadir ke forum mereka kerana mengutuk tindakan Mahathir memanipulasikan perundangan dan sistem kehakiman Islam dalam mengadili Sdr Anwar Ibrahim.

Kesatuan Negeri Eropha juga mengutuk tindakan Mahathir atas kekejaman dan perbuatan zalim keatas Sdr Anwar Ibrahim.

30 badan Islam Indonesia termasuk Badan yang paling besar iaitu Muhammadiah, sudah menghantar utusan kepada Dr Mahathir untuk membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

Di Thailand, badan-badan NGO turut mengecam tindakan Mahathir keatas Anwar Ibrahim.

Canada dalam kenyataan media turut melahirkan kegusaran terhadap keputusan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.

Sekiranya di senaraikan seluruh bantahan yang ada jelas satu dunia termasuk majoriti bangsa Melayu di Malaysia sendiri mengutuk perbuatan dan kezaliman Mahathir ke atas Anwar Ibrahim.

Undur Mahathir Undur