TEKS PERBAHASAN BELANJAWAN 2001

OLEH: YB. ABDUL GHANI AMBAK

AHLI PARLIMEN SETIU

 

 

BELANJAWAN MENGESAHKAN  DUIT ROMPAKAN NEGERI      TERENGGANU

 

 

Tuan YDP,

 

Belanjawan negara 2001 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan  (MK) pada  27hb.Okt.2000 melibatkan peruntukan kewangan negara  RM 91.05b sesungguhnya detik hitam kepada Kerajaan  Terengganu yang sah dipilih oleh rakyat secara mutlak; menang 28 drp 32 DUN dan kesemua lapan kerusi parlimen.

 

Beberapa hari sabelum pembentangan belanjawan MK menyatakan wang Royalti akan di masukkan kedalam akaun Amanah tetapi dihari belanjawan beliau  umumkan sebagai wang yang disatukan dengan jumlah yang jauh berkurangan dari apa yang sepatutnya diterima oleh Rakyat Terengganu melalui Kerajaan yang mereka pilih.

 

Sebab itulah saya nyatakan belanjawan ini adalah belanjawan untuk mengesahkan tindakan perompak yang merampas hak rakyat Terengganu yang kini tiada pembelanya.

 

Tuan YDP.

Rakyat Terengganu ditimpa dua kali malang akibat politik Umno Terengganu yang sempit.

Rakyat Terengganu menderita terlalu lama semenjak pemerentahan UMNO.   Bayangkan dengan hasil royalty minyak lebih daripada 7.0 b selama  22tahun  dan peruntukan kerajaan Persekutuan yang jumlahnya puluhan billion…..minta MK jelaskan jumlahnya sejak 1978,  Terengganu masih lagi berada antara negeri termiskin  17.3%  diMalaysia.

Apakah yang telah dibuat ole kerajaan Umno yang lalu?  Sehingga rakyat dibiarkan miskin dan tidak berpelajaran….slogan usahawan Terengganu “kalau mahu berjaya berniagalah di Kuala Lumpur”….tidak ada anak Terengganu yang berjaya menjadi ushawan terkemuka hasil pemerintahan Umno selama ini.

Baru-baru ini untuk menggambarkan betapa teruknya pemerintahan Kerajaan Pas, TV3  dan akhbar milik Umno telah menyiarkan  gambar-gambar orang-orang tua uzur dhaif dan miskin dengan teratak  buruk mereka yang usang dan keadaan persekitaran yang cukup kotor dan tidak terurus.  Belumpun sempat pihak Kerajaan Terengganu menjawab  isu tersebut,  rancangan tersebut dihentikan……mungkin kerana penasihat memaklumkan…kan PAS baru perintah beberapa bulan mana mungkin untuk menyelesaikan pusaka hidup peninggalan Kerajaan UMNO dulu……hutang lebih  RM 700 juta,  anak-anak syarikat dan pelaburan negeri yang rugi ratusan juta dan projek-projek mega yang tidak produktif.

 

Tuan YDP.

 

UMNO  Terengganu memang layak menjadi penerima ehsan…sebab itulah mereka sejak awal lagi mendesak Kerajaan Pusat menghentikan bantuan Royalti ka Terengganu….kerana sikap tidak boleh terima kekalahan apatah lagi mereka sentiasa merasakan merekalah yang layak, kalau tidak mereka orang lain tidak boleh melaksanakan  pembangunan….Inilah sikap UMNO :mereka menang pun Rakyat susah dan bila mereka kalah Rakyat lagi susah.

 

Sepatutnya  Umno Terengganu belajar dari  Umno Kedah atau Pahang,  walaupun Umno Kedah  perengkat parlimen kalah, tapi lihat berapa orang Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha parlimen dari Kedah……sehingga yang kalahpun dilantik senator untuk jadi Menteri…..ertinya siapa saja yang menang  kerusi parlimen Kedah bolih kenduri sakan .. dan lihatlah betapa banyaknya peruntukan yang akan turun ka Kedah dengan pelbagai Kemennterian terutamanya  Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan…Tetapi berlainan dengan Terengganu Darulehsan ketika dibawah Umno…mereka menang hampir semua kerusi parlimen dan 2/3 kerusi DUN pada pilihanraya  1995, tiada satu pun kerusi Menteri diberikan kepada Terengganu….malah ketika PM berada di Terengganu pernah disebut “ Don’t overstay your welcome”….oleh kerana tak faham -faham Rakyat Terengganu tolak ketika pilihan raya dan terima kasih  kerana ehsan Kerajaan Pusat dilantik Duta ka Saudi.

Sepatutnya UMNO Terengganu menuntuk ehsan supaya dilantek sebagai Menteri  dalam kabinet atau Timbalan Menteri bagi membela rakyat    Terengganu yang susah dan menjaga Umno yang masih tinggal empat orang wakil untuk dua liang kubur  satu Umno dan satu BN. Ini tidak bekas Yb Umno yang kalah bertukar menjadi tukang rumah kini masuk ka kampong-kampong mencari rumah orang susah dan  menggergaji papan dan memaku sendiri……kerja yang tidak sempat mereka siapkan semasa 43tahun berkuasa.

 

 

 

ROYALTI MINYAK

 

Petronas mencipta  rekod baru kerana  mendapat untung besar , berdasarkan penyata kewangan sehingga 31hb Mac 2000, keuntungannya mencapai RM 21.6b iaitu kenaikan 83% pada tempuh yang sama tahun sabelumnya.  Jumlah urusniaga meningkat 43% kepada RM 60.6b dari  RM 42.3b tahun sabelumnya.  Kita bersyukur kepada Allah yang mengurniakan minyak dan gas dikawasan negeri-negeri miskin Terengganu, Kelantan, Sabah dan Serawak……dan keuntungan ini menyumbang 20% pendapatan Negara…..ini tidak ada kena mengena dengan Umno tetapi keuntungan yang disebabkan kenaikan harga petroleum USD 22  pada 1999/2000 dan  kini USD 34.50 setong.

 

Menurut  Tan Sri Hassan Merican , Presiden Petronas berdasarkan perjanjian 22hb Mac 1975 mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 Petronas akan membayar RM810 juta untuk tahun 2000. kepada negeri Terengganu.

 

 

Tun YDP

 

Apabila kerajaan BA dibawah Pas berkuasa kita telah merancang pelbagai projek  dan program jangka pendek dan panjang untuk kesenangan penduduk berdasarkan jaminan Royalti minyak  yang merupakan 80% belanjawan 2000.Kerajaan Terengganu sedar bahawa  ramainya golongan petani , nelayan, peneroka getah dan kelapa sawit, pekebun kecil tidak bertanah dan berumah dkampong-kampong.   Untuk itu Kerajaan Terengganu telah memberi keuntungan langsung kepada rakyat walaupun Kerajaan kekurangan hasil saperti  penghapusan Tol, cukai pintu, lessen judi, kurangkan premis arak dan menghapuskan kadar faedah kepada peminjam kerajaan.  Dalam masa yang sama menaikkan kadar elaun Imam/bilal, ketua kampong dan bantuan kebajikan golongan miskin.  Beberapa program untuk memperbaikki taraf hidup rakyat juga dirancang saperti  menyelesaikan masaalah rakyat tidak bertanah, tapak kediaman dan tanah pertanian juga pelbagai projek yang berdayamaju untuk mengeluarkan rakyat Terengganu dari paras kemiskinan, dan memberi jaminan bahawa tidak ada rakyat Terengganu yang akan terkandas pelajarannya kerana kemiskinan.  Bayangkan betapa zalimnya Kerajaan Pusat yang terpengaruh dengan pimpinan Umno Terengganu menafikan hak Kerajaan Terengganu mentadbir Kerajaan Negeri dengan menukar kepada wang ehsan dan disalurkan melalui  JPP yang dikuasai Umno,(pejabat operasi pun di tempatkan di bangunan Umno).  Tanpa Royalti, Terengganu hanya mampu memperolihi pendapatan sekitar  RM162 juta, itupun termasuk wang geran wajib Kerajaan Pusat yang belum lagi dibayar sepatutnya telah dijelaskan pada Feb. dan  Oktober yang lalu.  Dengan pendapatan  tersebut  Terengganu muncul sebagai negeri Termiskin di Malaysia dan bagaimana untuk menyepurnakan belanjawan tahun 2000 yang mencecah  RM 683.7juta. Kerajaan Pusat juga telah membatalkan beberapa projek langsung yang melibatkan rakyat saperti  13 projek RMKR bernilai  RM 37,403,900, 12 projek Bekalan Air Rakyat  RM 135,500,000 dan  RM 1.9 juta projek Majlis Daerah yang telah dilulus tetapi ditarek balik…..Orang tua-tua kata nanti buruk siku,  tapi orang muda kata  NANTI UMNO REPUT  .kita bertanya kepada pemuda Umno yang kononnya pantang melihat hak Melayu dicabar, tunjuk belang konon untuk membakar bangunan dalam kes Sequi yang menjadi mangsa mainan politik BN….kini dalam kes yang jelas bahawa kerajaan pimpinan orang Melayu dinafikan haknya…bagaimana pendirian pemuda Umno?

 

 

UMNO  MENGANJUR PERPECAHAN

 

 

Setiap kali perhimpunan Agong Umno, wakil Terengganu akan bercakap soal perpecahan…..dengan lakonan drama video sekali…maka terbeliaklah  mata perwakilan Umno seluruh negara betapa jahatnya parti lawan di Terengganu memecahbelah ummat.  Di kawasan saya terdapat lebih dari dua puluh mesjid yang diadakan sembahyang berasingan.  Alhamdulillah salepas  Pas berkuasa tidak sampai sabelas bulan hampr seluruh isu tersebut dapat diselesaikan kecuali satu dua malah ada yang buat mesjid sendiri sekarang angkara  perlakuan penyokong  Umno yang masih belum terima hakikat kekalahan. Tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap ketua Perhubungan Umno Terengganu menubuhkan  Jawatan kuasa Perengkat Pusat (JPP) dan menghidupkan kembali JKKK adalah bertentangan dengan semangat  Federalisasi yang memperuntukan bidang kuasa negeri dan Persekutuan.  Timbalan Presiden Umno ini membawa budaya berpecah belah Umno Pulau Pinang yang  keujudannya tidak  dihurmati  ka Terengganu….Timbalan Presiden Umno inilah ketika bersama-sama dengan Semangat 46  dulu memberi amaran sesiapa yang menyokong kembali  Dr. Mahathir dan Umno akan di TEMBAK.  Inilah pemimpin yang memimpin Terengganu sekarang yang penasihat undang-undangnya adalah Menteri yang tidak boleh membezakan Mou dengan Perjanjian.  Mereka mencipta dua kelompok masyarakat dan ketika menyambut Hari Kemerdekaaan yang diadakan serentak seluruh Negara….Umno Terengganu menunjukkan sikap perpecahan luar biasa mengadakan upacara sendiri di kawasan MRSM Kuala Terengganu.  Saya ingin bertanya Kementerian Pendidikan samaada  Kementerian ini akan terus bersekongkol dengan Umno dalam melaksanakan program parti disemua perengkat.  Bayangkan diperengkat sekaolah Rendah dan Menengah , dewan sekolah digunakan untuk program parti dan pengetua dan guru besar sekolah dilarang menjemput wakil-wakil rakyat untuk hadir kamajlis PIBG dan program sekolah tetapi minta bantuan kewangan tak apa (sebab itulah belanjawan ini memberi imbuhan RM 100 -150 kepada  gurubesar dan pen.getua).  Wakil Perlis  dia kata Terengganu penuh dengan bendera Pas dan bendera negari Terengganu di sepanjang jalan…. Tak apalah kerana Kerajaannya diperentah oleh Pas, tapi sedar atau tidak bahawa pada  3 dan 4hb. Nov yang lalu  Umno telah menaikkan bendera sepanjang jalan dan ribuan bendera Umno yang telah ditolak rakyat Terengganu ini  bergantungan dipagar sekolah Menengah Komplek, MRSM dan Maktab Perguruan Batu Rakit…dan difahamkan  Setiausaha Agong Umno pu hadir sama…..apakah  kawasan sekolah dan maktab ini milik parti Umno?

 

 

 

 

 

KEMENTERIAN  PENGANGKUTAN

 

 

Kementerian ini diperuntukkan sejumlah RM 1.423.5 juta bertujuan untuk mempastikan  dasar-dasar pembangunan infrastruktur pengangkutan serta memajukan system pengangkutan (darat, laut dan udara) supaya selamat, cekap, seimbang dan bersepadu bagi menggiatkan pertumbuhan sosioekonomi dan pembangunan negara.

 

Saya merasakan  Menteri Kementerian ini patut ditukar kerana pelbagai masaalah yang timbul diKementerian ini tidak dapat diselesaikan saperti masaalah lessen terbang yang tidak dapat diselesaikan, kadar kemalangan jalanraya yang menggerunkan, tambang pengangkutan awam yang terus meningkat dan membebankan rakyat  sedangkan mutu perkhidmatan masih di tahap lama dan tiadanya  perhubungan pengangkutan bersepadu.

Saya tidak faham kenapa kajian Pengangkutan  Bersepadu tidak dibuat walaupun peruntukan untuk itu diluluskan. Menurut  A. Rahman Paul Barter pengkaji system jalanraya Negara menyatakan  Sistem trnansport negara:  kemalangan jalanraya, jalan yang tidak menenangkan perasaan, pencemaran udara yang merbahaya, penantian bas yang lama, bising dan berdebu, jauh dan sukar perjalanan kerja buat simiskin, Kerajaan Tempatan yang bangkrap, tiada pilihan transport,  kesesakan lalulintas dan koruption dan tidak berkesan…Kementerian sepatutnya mengubah system pengangkutan kita supaya  menghasilkan:  pengangkutan awam yang mampu untuk semua, jalan yang selamat dan aman, udara bersih, banyak pilihan pengangkutan, laluan selamat kasekolah, kadar menunggu yang pendek dan cepat pengangkutan awam,  perancangan transport bersepadu, tiadanya kesesakan jalanraya, pengangkutan awam yang berkesan,  laluan khas untuk pejalan kaki dan basikal, pembinaan yang berkesan dan bertanggongjawab.

 

 

PELABUHAN.

 

Pelabuhan  Barat , Port Klang dianggap anak emas dan promosinya luar biasa.  Saya ingin mendapat penjelasan Menteri …Siapakah Hutchinson Port Holding Group yang mendapat 30% stake  West Port, Port Klang dan apa hubungannya  Konsortium Perkapalan yang dibailout oleh Petronas, sehingga Perdana Menteri pada 28hb Nov. yang lalu  mengadakan pertemuan berhubung   dengan billionair perkapalan Hong Kong Li Ka Shing dan anaknya Victor di Hong Kong?….Ini rakyat mahu tahu kerana Perdana Menteri sentiasa menentang sebarang usaha untuk Syarikat negara ini dari dimilikki oleh kuasa Asing apatah lagi pelabuhan Klang yang dianggap cukup strategic  dan Kerajaan baru saja meluluskan RM 1b untuk sector perkapalan?

 

Tuan YDP.

 

Di Setiu terdapat sebuah pelabuhan pelancungan perikanan yang menjadi pintu masuk kepada nelayan tempatan dan penghubung utama membawa pelancung ka Pulau Redang, Lang Tengah, Perhentian dan Pulau Bidung.  Walaupun Kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar tetapi kerana pentadbiran dulu yang tidak cekap menyebabkan  pelabuhan ini  makin tertimbus dan menjadi raksaksa besar didaratan. Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja tahunan untuk mengorek muara hampir satengah juta Ringgit.   Saya mencadangkan supaya pihak Kementerian  melihat pelabuhan ini secara serius bagi membaikpulih dan menjadikan pelabuhan “Barter Trade” untuk Pantai Timur menhubungkan pelabuhan di Vietnam ,Thailand dan Filipina.

 

 

INSTIUT GEOLOGI MALAYSIA

 

Peruntukan  sebanyak RM 4.75b untuk membina  jalan, jambatan, dan pelabuhan serta RM 7.56b untuk membina hospital.  Dengan peruntukan pembangunan begitu besar , kerajaan hendaklah serius supaya pembangunan dijalankan di kawasan yang selamat dan kontraktor dan peniaga tempatan yang lebih ramai mendapat peluang.   Pembangunan yang selamat  perlu mengambil kira  pelbagai faktur termasuklah faktur mukabumi,  batuan dasar, struktur tanah dan batuan serta aliran air bawah tanah.  Saya mencadangkan Kementerian Perushaan Utama membentangkan keperluan akta Instiut Geologi Malaysia supaya pembangunan infrastruktur dan bangunan di Malaysia dapat dibangunkan secara bersepadu.  Ini penting kerana kita tidak mahu pakar-pakar Geologi kita  hanya dipanggil untuk kerja-kerja post morten salepas satiap kali kejadian tanah runtuh dan bangunan tumbang…saperti kes highland tower, lebuhraya runtuh dan terakhir peristiwa kem  Oran di Chuping,Perlis…..terjerlus 10m….bayangkan kalau diatasnya bangunan tinggi.  Kini pembangunan dikawasan KL - Petra Jaya begitu pesat dan kita tahu , kebanyakan  batuan dasarnya adalah batukapur(limestone).  Tanpa mengambilkira faktur mukabumi dan kedudukan struktur tanah dan batuan kita bimbang nanti kos penyelenggaraan kemudahan infrastruktur dan keselamatan bangunan tidak terjamin.

 

 

Tuan YDP

 

Kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian kerana telah berjaya menggabungkan dua buah jabatan itu Kajibumi dan Galian  menjadi Jabatan Mineral dan Geosains.Menyedari perlunya  kajian kemungkinan  perlombongan  galian  melibatkan kos yang tinggi terutamanya perlombongan bawah tanah dan hardrock mining, maka saya cadangkan supaya pihak Kementerian membuat kajian ekonomi mineral kaperengkat yang lebih  terperinci  supaya usahawan tempatan terutamanya Bumiputra yang peratusnya amat kecil dapat peluang sama. Peruntukan  untuk  mineral ekonomi RM 5,528,466 adalah terlalu kecil.  Adalah dicadangkan supaya pihak kerajaan dapat mengawal pengeksportan mineral -mineral ekonomik yang biasanya dikenali sebagai “amang” supaya mineral ekonomik dan strategic ini tidak  berkurangan didalam negara dan  syaratkan supaya kilang pemerosesan dibuat di Malaysia.

 

Saya ingin menyebut kembali berhubung dengan batuan dimensi (granite marble)….perlunya dasar yang tegas supaya menggunakan bahan keluaran tempatan.  Difahamkan  sebahagian besar flooring bangunan KL Central dan Pusat Dangangan Antarabangsa Subang kan menggunakan bahan-bahan granite dari luar negara.

 

 

 

 

 

 

Ucapan belanjawan 2001

YB Che Ghani Ambak

MP Setiu