DSAI Terus Di Zalimi !!!

Menyusul arahan Dollah Badawi, Kementerian Dalam Negeri telah mengambil tindakan untuk memindahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim segera ke penjara Sungai Buloh walaupun panel doktor lebih cenderung untuk meneruskan rawatan rapi di HKL sehingga surgeri (pembedahan) yang dijadualkan akhir bulan Januari atau awal Februari dapat disempurnakan.

DSAI telah mengemukakan cadangan cara pembedahan endorscopic atau micro-surgeri. Tetapi setakat ini kelulusan masih belum diperolehi.

Setelah didesak, HKL menghantar rombongan ke penjara minggu lalu. Setelah mendapati kedudukan tandas, katil, paip air untuk mandi tidak memuaskan, mereka telah mencadangkan kepada penjara supaya mengambil tindakan yang diperlukan.

Masaalahnya ialah soal rawatan dipenjara. Hanya 3 orang Pembantu Hospital yang bertugas pada waktu-waktu pejabat dan adalah sukar dibebankan mereka bertugas hampir setiap malam disamping menjaga kesihatan 3,000 (tiga ribu) tahanan yang lain dipenjara. Lagi pula tidak terdapat sebarang kemudahan fisioterapi dipenjara. Ratusan ribu ringit diperlukan untuk mengadakan kelengkapan asas seperti ultrasound, traction dan sebagainya.

Setakat ini, walaupun bertindak dalam keadaan tertekan, pihak HKL termasok doktor pakar adalah lebih professional. Disebaliknya pihak penjara menggelabah tak tentu arah setelah menerima tekanan dari Menteri Dalam Negeri, Dollah Badawi.

Ketua Pengarah Penjara Dato' Omar Dan memberi pengakuan untuk memindahkan DSAI dalam tempoh satu minggu!!! Bahagian Keselamatan dibawah Pengarahnya Muhammad Jaafar terus menerus mengeluarkan arahan, surat tunjuk sebab menekan pegawai dan kakitangan Penjara Sungai Buloh agar lebih keras dan tegas mengawasi DSAI.

Pada 20hb. Disember 2000 yang lalu, Penguasa Penjara Husin Mastan bersama orang kanannya Baskeran telah masuk ke Bilik hospital DSAI, menggeladah bilik dan merampas barang serta mencari beberapa dokumen penting. Ini adalah satu kesalahan jenayah. Yang menghairankan ialah mengapa Husin terus menghubungi Utusan Melayu untuk memburukkan DSAI. Kumpulan Utusan pula tidak henti-henti memburuk-burukkan DSAI walau dalam keadaan dizalimi dan sakit sekalipun. Mereka sanggup menyiarkan berita yang bukan-bukan seperti DSAI mengadakan perjumpaan dengan Sdr. Ezam dan Mahfuz dibilik hospital, DSAI buat-buat sakit dan sebagainya. Semoga ALLAH membalas mereka-mereka yang tidak berhati perut ini.

Pada 18hb. Januari 2001 Timbalan Ketua Pengarah Penjara, Mustafa Osman menemui semua pegawai Penjara Sungai Buloh memberi amaran supaya mengawasi dan bertindak keras terhadap DSAI. Malangnya, isu keselamatan termasuk kes pembunuhan tahanan muda pada 9hb. Januari 2001 di Blok Ihsan, kes kematian banduan sakit yang dikatakan terjatuh katil, kes pergaduhan kumpulan tidak dibangkitkan. Lebih dikesalkan oleh pegawai ialah kebajikan mereka, isu skim perkhidmatan dan elaun tidak disentuh langsung.

Ucapan beliau tidak ubah sebagai wakil UMNO yang hanya mematuhi arahan Ketua tanpa soal!!! Itulah wabak penyakit yang dibawa oleh Mahathir selama hampir 20 tahun yang perlu diNYAHkan buat selama-lamanya.

Sekian buat kali ini. Berjumpa lagi diruangan yang lain.

Salam perjuangan dari Awang Siber.